Tuesday, October 28, 2025

Nasi Daun Pisang ~!! Dan Terima Kasih Orang Baik

 

semalam ada orang teringin nak makan nasi daun pisang..
diorang ajak...
disebabkan aku sejenis kawan yang lapar.. dan single.
kita onz je.. 

kali nie kitorang makan kat Kanna Curry House, Seksyen 17, Petaling Jaya. 


macam biasa.. masa order..
ade drama drama dia..
minta kari kepala ikan.. si waiter nk bagi kepala ayam.. 
pastu gesture tak nak sayur.. 
gesture dia nak tambah tambahkan nasi..
nak bagi papadom lebihh.. 

pastu baru nak makan.. 
tetiba waiter yang bawak papadom tu datang.. 
tambah papadom kat pinggan kitorang.. 
member cakap "haih laaa ko ni.. murah perhatian" 
eh eh.. kita lak disalahkan.. 

pastu tetiba datang sorang ni.. 
"uols.. dont worry.. bill makanan korang dah setel ye.. enjoy your food" 
terkedu kitorang masing masing.
tapi.. terima kasih orang baik..
and we enjoy our food heavenly.. 




 

Friday, October 24, 2025

Lirik: Qalbi Fi Madinah - Maher Zain & Harris J

 

 

Saala dam’ii syawqaa 
Ya Habiibii ilayk 
Faadha qalbii ‘isyqaa 
Bisshalaati ‘alayk 

Thaarat ruuhii hubbaa 
Fil-manaami ilayk 
Raama kullii qurbaa 
Sayyidii labbayk 

Qalbi fil-Madina 
Wajadassakiina 
Qala ya Nabinaa 
Assalamu ‘alayk

 Qalbi fil-Madina
 Wajadassakiina
 Muhammad Nabinaa 
Assalamu ‘alayk 

 Shalawatullahi wa salamuh ‘
Alayka ya Rasulallah 
Shalawatullahi wa salamuh 
‘Alayka ya Habiballah 

Shalawatullahi wa salamuh
 ‘Alayka ya Rasulallah
 Shalawatullahi wa salamuh
 ‘Alayka ya Habiballah 

Rasulallah
 Habiballah 
Rasulallah 
Habiballah 

 Ya Abazzahra 
Kam ahinnu ilayk 
Lilqubbatil khadhra 
Ji tu ushallii ‘alayk 
Ya jadd al-Hasanayn 
Muhammad ya zayn 

Ya man ji tanaa bushra 
Thaahaa, nur al-‘ayn 

 Qalbii fil-Madina 
Wajadassakiina 
Qala ya Nabinaa 
Assalamu ‘alayk 

Qalbii fil-Madina 
Wajadassakiina
 Muhammad Nabinaa 
Assalamu ‘alayk 

 Shalawatullahi wa salamuh 
‘Alayka ya Rasulallah 
Shalawatullahi wa salamuh
 ‘Alayka ya Habiballah 

Shalawatullahi wa salamuh
 ‘Alayka ya Rasulallah 
Shalawatullahi wa salamuh
 ‘Alayka ya Habiballah 

Rasulallah
 Habiballah 
Rasulallah
 Habiballah (Habiballah) 
Rasulallah (Rasulallah)
 Habiballah (Habiballah)
 Rasulallah (Rasulallah)
 Habiballah 

 Qalbii fil-Madina 
Wajadassakiina 
Muhammad Nabinaa 
Assalamu ‘alayk


Tuesday, October 21, 2025

Jumpa Kesayangan

 

 

hari Ahad lepas..
masa tu kebetulan baru lepas makan kat Putra Mall..
sebab pergi Matta Fair kat PWTC... 

plan asal nak jumpa lepak dengan Mel, Bear & Abang Eddy..
tapi.. masa tengah makan tu.. tetiba jujen video call..
kita angkat laaa.. 
dah angkat tu... jujen cakap " eh.. ada orang nak cakap dengan ko" 
bila dia pan camera... tertacap muka sorang mamat sengihh.. 
KASYAH ~!!!!!  

hahahahaa.. lama x jumpa mamat niiii
hilang dari radar.. 
jujen pon lama tak jumpa.. 

so.. alang alang berkesempatan..
kitorang pon jumpa laaaa..
lepakssss.. 

winduuuuuusss
jope ada lepaks lepaks lagi lepas ni..
amin.. 



Seronok betul yeee cutii..

 

 

seronok betul yeeee cuti... 
dari sabtu sampai ke isnin..
hahahaha.. 
marvellous. 


Thursday, October 16, 2025

Trauma Bila Hujan

 

 

aku tetiba macam ada traumaaaa kalau hujan kat area2 site aku.
kelmarin... hujan and petir..
affect riser level 37.
pastuuu. technician aku bodoh.. xdapat rectify problem tuu..

semalam.. hujan..
1 building terus blackout..
alkisahnyaaaa.. TNB trip..

traumaaa sungguh akuu yeee

Wednesday, October 15, 2025

Bengang Betul Aku.

 

 
disebabkan hujan lebat dengan petir..
it trigger bangunan aku punya circuit. 
jadinya ade la some part yang affect...

for kes yang jadi semalam.. 
petir tu trigger circuit breaker kat riser level 37..
which affect lampu kat common area..
water pump shut down..
lift punya access card 

technician aku on site dari pkol 5.30 smpai pkol 9.30 malam..
dok la mencari punca.. tapi dia tak jumpa.
siap aku suruh call chargeman.. minta pandangan ke ape kee.. 
hareemmmm.. x jmpe...
pastu dia balik

sebenarnya bukan tak jumpaa.. 
dia x check overall..
tu miss few items n points masa dia report. 
kesahnyaaaaa.. sbb tu org pon bagi cadangan yang tak betul laaaa.. 

dan pkol 11.25 malam aku sampai site..
check efected area.. 
rupanyaaa... electric kat msb kat riser tu x fully blast on
memang tak akan masuk laaa letrik kalau tak onkan dia.. 



benda kecik jeeee weii..
kalau aku kena panggil chargeman datang.. tak ke haru..
semata nak on switch tu... kena bayar RM 300 
whatt the heekkk.. 
sumpahh aku marah... 

pagi tadi aku tiawww la..
dia ngaku dia tak tengokkk
dia cakap site lama dia, dia tak boleh pegang..
aku bertekak la juga semalam..
tapii.. aku pon bengang juga laaa.. 
and aku hantar surat report pasal incident semalam. 
tunjuk yang aku tak puas hati.. 

biorkannn..
sekarang.. aku mengantukkkk.. 



Electric Out!

 

 

semalam hujan lebat masa petang.. lepas waktu kerja
petir kuattt wei.. 
dan kemudian.. aku dapat report.. 
"all lift tak boleh guna... access card problem" 
naseb baik juga yang technician masih ada kat site..
so.. dia tolong la check dengan guard. 

then... dapat info yang water pressure pon tak ada..
so.. technician check.. memang pump system out of electric..
memang takkan mungkin boleh run pump la.. 

suruh tengok msb dengan riser... 
report kata okey...
pastu cakap sebab lift x run.. sebab tu kata pump pon x run. 

jemmm sebentar kepalaaa.. 


Tuesday, October 14, 2025

Shopping Perfume

 

 

semalam disebabkan nak jumpa orang..
and aku macam sampai awal..
so... aku pon menyinggah ke suatu tempat..

aku buat apa???
aku pi shopping perfume..
hahahaha.. habisss RM 150..
sekian 


Saturday, October 11, 2025

Thursday, October 9, 2025

5 Rules of Happiness

5 rules of Happiness

1. Dont hate 
2. Dont worry
3. Give More
4. Expect Less
5. Live Simply 




Cara Buat ORS

 

 

Bahan-bahan (untuk 1 liter air): 
  •  6 sudu kecil gula (lebih kurang 30 gram) 
  •  ½ sudu kecil garam (lebih kurang 3 gram)
  •  1 liter air bersih / air masak yang telah sejuk 

 Cara penyediaan: 
  1.  Masukkan gula dan garam ke dalam 1 liter air.
  2.  Kacau hingga semua larut sepenuhnya. 
  3.  Pastikan rasa larutan tidak terlalu masin atau terlalu manis – rasa yang betul ialah seperti air mata (sedikit masin manis). 

 Cara pengambilan: 
  •  Minum sedikit demi sedikit tetapi kerap, terutamanya selepas setiap kali cirit-birit atau muntah. 
  •  Untuk kanak-kanak, boleh diberi menggunakan sudu kecil atau cawan kecil supaya tidak termuntah balik.
  •  Jangan simpan lebih 24 jam — buat baru setiap hari jika perlu. 

 Peringatan penting: 
  •  Jika pesakit masih muntah teruk, lemah sangat, atau tak boleh minum langsung, perlu dapatkan rawatan di klinik/hospital. 
  •  ORS tidak menghentikan cirit-birit, tapi mencegah dehidrasi (kekurangan air dalam badan).


Fungsi ORS

 

 

ORS bermaksud Oral Rehydration Salts atau Garam Rehidrasi Oral. Fungsinya adalah untuk menggantikan cecair dan garam mineral (elektrolit) yang hilang dari badan, terutamanya akibat: 
  •  Cirit-birit (diarrhea) 
  •  Muntah Peluh berlebihan (contohnya semasa demam atau cuaca panas) 

 Fungsi utama ORS: 
  •  Mencegah atau merawat dehidrasi — ia membantu badan mengekalkan keseimbangan air dan garam. 
  •  Mengembalikan tenaga dengan cepat — ORS mengandungi sedikit glukosa yang membantu penyerapan garam dan air dalam usus. 
  •  Membantu pemulihan lebih cepat — terutama bagi kanak-kanak atau orang tua yang mudah kekurangan air. 

 Kandungan asas ORS biasanya termasuk: 
  •  Natrium klorida (garam biasa)
  •  Kalium klorida 
  •  Sodium sitrat atau bikarbonat 
  •  Glukosa (gula)
 Cara guna: 
  1. Larutkan satu paket ORS dalam 1 liter air bersih dan minum sedikit demi sedikit selepas setiap kali cirit-birit atau muntah.



Tuesday, October 7, 2025

Picnic Di Port Dickson

 

alkisahhhh... 
aku dan kawan-kawan... plan nak picnic kat Port Dickson. 
release release stress kan..
so.. kitorang pi la jenjalan kan.. 
kali ni kita plan pergi Picnic di Port Dickson..


keunikan picnic ni..
biasa orang pergi picnic siang-siang..
kitorang pergi malam malam..
BBQ...
makan makan..
pastu tido kat tepi pantai..

dalam pkol 8, kitorang gerak dari KL..
pastu jumpa konvoi dekat RNR Seremban..
terus menghala ke Port Dickson. 
kami ke Blue Lagoon, PD. 

Sampai Blue Lagoon dalam pkol 10 lebih..
kereta banyak pula kali ni..
lepas tu kitorang setup tempat
jangan tanya berapa banyak barang kitorang bawak..
yang penting weols selesa yeee.. hehehe

kitorang pasang canvas..
then ada yang assemble meja..
ada yang assemble kerusi healing..
then.. ade yang assemble tempat nak masak.. 
bakar arang for BBQ etc. 



dan taraaaa.. makanan for tonight.
ada ayam bakar
kambing bakar.
speghetti aglio olio. 
kuah mushroom
salad
jambu. 
jajansz. 



lepas makan.. kitorang sembang sembang..
sambil ditermani bulan..
ade juga orang yang dok mencari ketam ke ape ntah kat laut sana.. 



this is our morning view..
masyaallah.. cantikkkk betul. 



dah picnic tepi laut..
jangan laaa cakap x berendam..
masing2 dok jadi mermaid and dugong kat laut.. 

lepas mandi laut..
kitorang bilas badan.. mandi.. 
siap2 pergi makan.. 
dah makan.. balik KL balik..
sekian jeeeeeeeeee siri jenjalan saya,



Sunday, October 5, 2025

[Review] Gmeelan Cushion Foundation

 

 

 Saya telah mencuba Gmeelan Cushion Foundation dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Teksturnya ringan dan mudah diratakan pada kulit, menjadikan pemakaian harian terasa selesa. Kelebihan utama produk ini ialah kemasan dewy-matte yang nampak semula jadi, tidak terlalu berkilat tetapi tetap memberi kesan kulit sihat dan berseri. 

 Dari segi ketahanan, foundation ini mampu bertahan sehingga 6–8 jam tanpa perlu banyak touch-up, walaupun di cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia. Ia juga memberikan perlindungan SPF, sesuai untuk mereka yang sering berada di luar. 

Liputan (coverage) boleh diubah suai daripada sederhana ke penuh, sesuai untuk menutup cela ringan seperti parut jerawat atau tona kulit tidak sekata. Selain itu, kemasannya yang ringan membuatkan kulit rasa lembap dan tidak melekit, menjadikannya pilihan terbaik untuk kulit kering mahupun kombinasi. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, sedikit setting powder sudah memadai untuk mengekalkan kemasan yang segar sepanjang hari. 

 Kesimpulan: Gmeelan Cushion Foundation adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk sesiapa yang mahukan cushion foundation dengan kemasan cantik, tahan lama, dan sesuai dengan cuaca tropika. Ia memudahkan rutin solekan harian sambil memberikan hasil seperti kulit yang semula jadi dan bersinar sihat.


Friday, October 3, 2025

Global Sumud Flotilla (Part 2)

 

  
Global Sumud Flotilla.. 
semala, seharian aku mengintai info info terkini tentang perjuangan misi Global Sumud Flotilla ini. 
macam yang aku tulis semalam.. 
beberapa aktivis dari Malaysia ditangkap dan diculik oleh pihak Israel. 

 

khabar akhir yang aku baca...
kesemua aktivis yang menaiki bot terutama dari Malaysia telah dipintas.. ditangkap dan diculik pihak Israel. 
kini mereka berada di dalam tahan pihak Israel. 

Global Sumud Flotilla... 
walaupon kelihatan gagal di mata sesetengah orang..
tapi bagi aku.. ini adalah satu misi yang agak berjaya..
why???
mata dunia dibuka kembali dengan isu Gaza ini.. 

fikirkan... kenapa utusan bot2 gelombang pertama ini kebanyakannya aktivis, pempengaruh.. 
bukan orang2 yang mampu memberi sumbangan besar dan lebih terperinci.. contoh macam doktor perubatan dan lain-lain.?
kerana mereka adalah 1st liner... benteng pertama
untuk tarik mata dan perhatian dunia kepada misi ini..
percubaan membuka laluan... 
melalui siluk2 perairan yang jika Allah izinkan sampai mereka ke bumi bertuah Gaza. 
jika apa-apa terjadi kepada mereka.. 
seperti pintasan, kekerasan dan lain-lain berlaku.. 
Dunia sedang melihat dan kembali pantau perjalanan mereka.. dan rombongan seterusnya..

seterusnya... dikhabarkan gelombang bot2 kedua sudah berlepas..
Semoga Allah lindungi mereka.. amin 

Thursday, October 2, 2025

Habib - KLCC

 


tambah koleksi...
kali ni model dia KLCC.. 

soooooo cantikkk.. 


SUMUD FLOTILLA

 

 

SUMUD FLOTILLA.. 
aku rasa malam semalam gempar media social Malaysia..
tentang update mengenai perkembangan terbaru SUMUD FLOTILLA. 
yang dah masuk kawasan zon merah..
which is dekat dengan kawasan Gaza. 

GEMPAR juga semalam mengenai ancaman yang diberikan oleh pihak tentera Israel
keatas rombongan pejuang pejuang kemanusiaan di seluruh pelusuk dunia hingga beberapa kapal dikepung. 
juga GEMPAR mengenai beberapa aktivis yang telah diculik oleh Israel termasuk akvitis dari Malaysia. 

Allahu Akbar..
Ya Allah.. kau bantulah saudara-saudara kami di Gaza Palestin Ya Allah..
Ya Allah.. kau bantulah sahabat sahabat kami yang turun berjuang di jalanmu Ya Allah.. 
Kau permudahkanlah perjalanan misi mereka Ya Allah.. 
Kau turunkan bala yang Maha Dasyat keatas Rejim Zionis yang kejam.. 
Amin.. Amin.. Amin Ya Rabb


Wednesday, October 1, 2025

[Review] Kdrama - Beyond The Bar

 

 


Kalau anda suka drama undang-undang tapi nak sesuatu yang ada lebih jiwa daripada sekadar adegan jerit-jerit di mahkamah, Beyond the Bar mungkin drama yang anda cari. Ditayangkan di JTBC dan Netflix pada tahun 2025, drama 12 episod ini gabungkan dunia undang-undang dengan kisah kemanusiaan — dan ya, ada juga elemen cinta. 

Jalan Cerita 
Drama ini berkisar tentang dua peguam yang sangat berbeza:
  •  Yoon Seok-hoon (Lee Jin-wook) – seorang peguam senior yang tegas, berprinsip, dan sangat menjaga integriti kerja. 
  •  Kang Hyo-min (Jung Chae-yeon) – peguam muda yang penuh idealisme, bersemangat tapi masih baru dalam dunia litigasi. 

Setiap episod bawa kes mahkamah yang berbeza, tapi yang menarik ialah bagaimana kes-kes itu ada kaitan dengan kisah peribadi watak utama. Dari kes keganasan rumah tangga sehinggalah rasuah korporat, Beyond the Bar pastikan undang-undang nampak lebih dekat dengan manusia, bukan sekadar prosedur. 

Apa Yang Best 
  •  Penuh emosi – 
    • Setiap kes ada lapisan cerita. Anda bukan sekadar tengok perbicaraan, tapi turut rasa marah, sedih, ataupun lega bersama watak. 
  • Perkembangan Hyo-min – 
    • Seronok tengok perubahan dia daripada peguam baru yang agak clumsy jadi lebih yakin dan matang. Hubungan mentor-mentee dengan Seok-hoon memang jadi nadi cerita. 
  • Kualiti produksi – 
    • Visual kemas, pengarahan mantap, dan skrip yang disokong oleh input daripada pakar undang-undang buat drama ini nampak credible. 
 Apa Yang Kurang 
  •  Lakonan dipertikai – 
    • Jung Chae-yeon ada aura, tapi tak semua penonton puas hati. Ada masa dia nampak kurang hidup bila bawa dialog undang-undang yang berat.
  •  Sub-plot cinta – 
    • Hubungan cinta antara dua watak utama agak kontroversi sebab jurang umur pelakon yang besar. Ada penonton rasa sweet, tapi ramai juga rasa tak perlu. 
  •  Kes mahkamah “terlalu mudah” – 
    • Macam biasa dalam K-drama, ada kes yang selesai terlalu senang atau bergantung pada twist dramatik. Kalau anda jenis nak realistik, mungkin akan rasa janggal. 
  •  Pacing tak sekata – 
    • Ada episod yang lebih fokus pada kisah watak, ada pula yang berat pada kes undang-undang. Kadang-kadang rasa tak seimbang, dan ending pula tinggalkan beberapa persoalan tergantung. 

 Kesimpulan 
 Beyond the Bar bukanlah drama yang sempurna, tapi ia tetap menarik untuk ditonton. Ia lebih kepada “undang-undang sebagai perjuangan manusia” daripada “undang-undang sebagai permainan teknikal.” Kalau anda suka drama yang ada mesej tentang keadilan, moraliti, dan perkembangan diri — dengan sedikit bumbu cinta pejabat — drama ini sesuai untuk anda.


New Month...

 

 

hope everything goes well...
jangan laaaa jadi macam tragedi oktoberrrrr.. 
amin..