Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, March 28, 2024

Novel : Saat Hadirnya Cinta

 

 

Saat Hadirnya Cinta

TIGA tahun lebih AYARA NASHMIA hidup menyepi tanpa keluarga di sisi. Walaupun sering dibuai rasa rindu, dia tidak tegar untuk pulang ke kampung atas sebab onar yang pernah dilakukan dahulu. Segala rahsia serta kejadian yang berlaku dalam tempoh berada jauh dari keluarganya cuba ditutup rapi dengan sebaiknya. 

 Walaupun cuba menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, namun dia terpaksa juga berhadapan dengan seorang lelaki yang seakan-akan cuba untuk mengejarnya dari semua arah. Puas ditolak dan dihalang namun lelaki itu langsung tidak pernah mengalah. 

 “Kau nak apa lagi, Raze? Tak puas-puas lagi kau nak kacau hidup aku? Kau nak suruh aku mati dulu biar kau puas hati?” - AYARA NASHMIA 

“Selagi kau tak setuju kahwin dengan aku, selagi itulah aku ganggu kau.” - RIZQH ESFAHAN

Namun pertemuan kembali dengan adik kandungnya Aniq mengubah segala-galanya. Lelaki yang sering sahaja mengganggunya itu tiba-tiba diangkat menjadi satu watak penting dalam drama ciptaannya 

 “Aniq... Erm, kenalkan ni Raze... Husband akak.” - AYARA NASHMIA

 “Saya Aniq Nashmin. Satu-satunya adik Ayara.” - ANIQ NASHMIN 

“Oh... Saya Rizqh Esfahan... boleh panggil Raze atau panggil Abang Raze aje. “ - RIZQH ESFAHAN 

 Baru sahaja mahu menghembus nafas lega, Ayara dikejutkan pula dengan berita tentang Puan Rashidah yang mahu menjenguknya di bandar setelah sekian lama tidak berjumpa. Saat itu Ayara sudah gelabah sakan. Mana dia mahu mencari suami sementara yang sanggup berlakon ketika emaknya datang? Adakah dia patut menjadikan Raze menjadi mangsa keadaan sekali lagi? 

 “Tak nak kiss tangan dulu ke?” - RIZQH ESFAHAN 

“Jangan nak mengada-ada sangatlah!” - AYARA NASHMIA 

 Sesungguhnya kedatangan Puan Rashidah untuk melawat Ayara itu betul-betul membawa satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dia bukan sahaja mahu menjenguk kehidupan Ayara dengan suami lakonan anaknya itu. Namun dia membawa satu berita yang lagi besar. Dan saat itu Ayara pula sudah tersepit di tengah-tengah. Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasihnya yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Adakah mereka berdua hanya berlakon untuk ketika itu sahaja ataupun lakonan mereka berlanjutan sehingga ke titik penamat? Dan bagaimana pula dengan rahsia lama yang disimpan oleh Ayara itu?


Thursday, March 21, 2024

Novel : Milik Engkau Saja

 

 


Milik Engkau Saja 


Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap! 

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati! 

 "Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff 
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina 

 Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! 

Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih? Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang? Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. 

Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian. Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?


Thursday, March 14, 2024

Novel : The Wedding Breaker

 

 

The Wedding Breaker

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose 

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga! 

 Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya. 

 “What’s so funny?” 
 “Talking to me?” 
 “Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.” 

 Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?! 

 “I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.” 
 “Sayang kat abang rupa-rupanya ya?” 
 “Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.” 

 Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya? 

 “Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil



Thursday, March 7, 2024

[Novel ] Aku Cinta Dia

 

 

Aku Cinta Dia - Sharifah Abu Salem


DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. 


Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.


Tuesday, June 27, 2023

Review Novel Biar Sembuh Luka Semalam

 


first time kan... nak review buku kat blog ni.. 

hopefully ... membantu korang la untuk dapatkan sedikit info tentang buku buku yang chenta baca. 

Novel Biar Sembuh Luka Semalam

 

sebenarnya chenta baru kali pertama cuba baca karya terbitan iman publication. 

apa lagi tentang si penulisnya.. aidil ghazali..

biar sembuh luka semalam. 

tajuk yang chenta pilih masa kat pesta buku (PBAKL 2023) kat pwtc baru baru ni..

baru juga tahu iman publication ade terbitkan novel.. hehe..


biar sembuh luka semalam..

buku ni banyak menceritakan tentang watak heroinnya, nita..

nita yang berubah selepas kemalangan yang mengakibatkan ayahnya lumpuh.. 

nita yang menguruskan perniagaan keluarga - bakeri. 

nita yang patah hati dek kasih tak kesampaian. 

nita yang berdepan dengan luka lama. 

basically most of the story berpusat kepada nita. 


hero pula.. walaupon nama dia hero.. cerita tentang dia sedikit kurang berbanding nita. 

haris, si hero.. yang dulunya pernah berkerja di bakeri milik keluarga nita.

kemudian melanjutkan pelajaran di luar negara

balik semula ke malaysia... 


 yang diceritakan dalam novel ni banyak berkisahkan 

keluarga.. persahabatan..perniagaan.. 

-hubungan anak dengan ayah. 

- hubungan nita dengan pekerja-pekerja dia. 

- cabaran dalam perniagaan.. 


dalam novel ni juga banyak cerita tentang dunia bakeri..

jenis jenis roti.. cara buat roti dan lain lain.. 


bagi chenta.. novel ni jenis novel ringan..

yang boleh dibaca..dihayati sedikit sebanyak dalam kehidupan. 

untuk chenta... pergerakan cerita dia banyak terganggu sebab terlompat lompat.. dek flashback yang tiba tiba..  aliran cerita banyak tergantung sebab next chapter tetiba flashback. 

jadi.. perjalanan emosi chenta ketika baca novel ni banyak mengganggu..

orang kata baru nak feeeelinggggggggggg.. ehhh iklan... potong.. 

ade few cerita yang sedikit tergantung.. so.. ade lobang lobang yang chenta tertanya.. 

contohnya.. nak dimengerti kenapa haris menghilang jejak... cabaran yang dia hadapi ketika di luar negara.. tapi ceritanya sedikit sangat.. sekadar di pinggiran. 


Tuesday, June 13, 2023

[Novel] Biar Sembuh Luka Semalam

 

Biar Sembuh Luka Semalam

“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua." 

 Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak. Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut. 

 Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing. 

 Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanyalah menoreh luka lama. 

 Semakin dia cuba menghindar, semakin itulah dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.


Tuesday, March 28, 2023

[Novel] Cinta Ada Disini - Sha Ibrahim

 

 

Cinta Ada Disini

Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan perasaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai. 

 Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan 'stylo' kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah milik daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Tujuannya ke villa itu hanya satu. Ingin menagih semula kasih yang sudah lama dia dambakan.

 Di villa mewah itu, misinya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidaklah seindah seperti apa yang dia bayangkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Jelas dia memang dipulaukan oleh keluarga kandung sendiri. 

 "EJ? Siapa EJ? Adik bongsu kesayangan? Wait...wait...Adam, kita ada adik ke?" - ASYRAFF 
 "Macam ni sajalah, aku tak tahu kenapa daddy suruh kau datang sini, tapi apa yang aku tahu, aku dengan Asyraff tak pernah ada adik, kami tak pernah ada adik yang namanya apa tadi...Yes! Edlynn, nama dah moden tapi orangnya tak adalah moden mana pun," – ADAM

 Lama-kelamaan hati Edlynn mula berbelah-bahagi. Dia mula goyah. Amanat mummnynya sedikit demi sedikit semakin dia dilupakan. Buat apa dia mengejar pada yang tidak sudi? Kenapa pula dia harus berubah semata-mata untuk insan yang langsung tidak menghargai dirinya? Sudah tiba masanya untuk dia tunjuk siapa dirinya yang sebenar. Biar semua terkejut. Biar semua makan hati. Dia bukan gadis lemah yang hanya mampu menelan apa saja perkara yang menghiris perasaannya. 

 “I know mummy...Jasmin tahu kalau mummy ada...mummy mesti marah dengan apa yang Jasmin buat sekarang ni. Tapi mummy tak ada. Buat apa Jasmin nak jaga hati mereka yang langsung tak ambil berat pada Jasmin. Kan best kalau mummy masih ada, dah tentu telinga Jasmin dah kena pulas sekarang ni. Dah tentu pipi Jasmin dah merah kena cubit kan?”- EDLYNN JASMIN

 Mampukah Edlynn untuk berada di dalam villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Maria mampu menjadi sebahagian daripada hidupnya walaupun dengan jelas wanita itu sangat membenci dirinya? Semuanya akan terjawab dalam 'CINTA ADA DI SINI'. 

 “Selagi ia wujud dalam hati… selagi itulah rindu akan terus bersemi.”


Tuesday, March 21, 2023

[Novel] Anak Cikgu Sebelah Rumah - Sha Ibrahim

 

 

Anak Cikgu Sebelah Rumah - Sha Ibrahim

Farah pernah buat kerja gila. Masuk meminang anak cikgu sendiri; merangkap jiran sebelah rumah. Lebih memalukan, pinangannya ditolak dan dia pula membawa diri ke Auckland selama empat tahun.

Balik semula ke Malaysia, Farah sekali lagi buat kerja gila. Kali ini, dia bersetuju untuk menjadi menantu bekas cikgunya itu. Kalau dulu, yang dia gilakan sangat adalah si abang. Namun, yang dia nak kahwin kali ini adalah dengan si adik, merangkap musuh sepanjang zaman. Entah ‘ubat pengasih’ apa yang dihembus Hairi. Perasaan dia terhadap lelaki itu berubah mendadak. Perasaan benci bertukar sayang. Dan perasaan meluat yang dirasakan setiap kali memandang seraut wajah itu, bertukar menjadi suka. Malah, dia mula kenal erti rindu. 

 "Aku tak tahulah apa yang kau dah mandremkan aku. Ayat pengasih apa yang kau dah tiup kat aku? Apa yang aku tahu, perasaan aku pada kau dah berubah. Kalau Tuhan dah tetapkan yang aku ni bakal isteri kau, insya-Allah aku akan terima dan cuba yang terbaik." – Farah 
 "Insya-Allah. Kita sama-sama cuba yang terbaik." – Hairi 

 Itu sebelum kahwin. Selepas kahwin, lain pula jadinya. Hairi tiba-tiba berubah. Perubahan mendadak yang menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam benak Farah. Dia ada buat silapkah? Dia ada buat Hairi marahkah? Rasanya, mereka berkahwin atas kerelaan masing-masing. Namun, mengapa sekarang mereka seperti kena kahwin paksa. Diakah yang terpaksa? Ataupun Hairi yang sebenarnya dipaksa? Entahlah. Dia sendiri pun keliru. Dan disebabkan itu, Farah terus-menerus buat kerja gila. Lebih parah, kali ini Hairi turut diheret sama! 

 “Apa kata kalau kita hidup macam dulu-dulu. Macam sebelum kahwin. Kau dengan urusan kau. Aku dengan urusan aku. Habis cerita! Apa pendapat kau?” – Farah. 
 “Kau serius ke?” – Hairi. 

 Itu sahaja pilihan yang ada; untuk memberi ruang kepada Farah memikirkan ke mana hala tuju perkahwinan mereka, serta mencari punca sebenar perubahan mendadak encik suami. Berjayakah Farah mengekalkan ikatan suci yang sudah termeterai itu? Apa punca sebenar perubahan Hairi? Berjayakah Farah dan Hairi mengecap bahagia?


Tuesday, March 14, 2023

[Novel] Uniknya Cinta - Sha Ibrahim

 

 

Uniknya Cinta - Sha Ibrahim 

Nur Amani binti Mukhlis - Dia sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidup yang diciptakannya sendiri sejak dulu lagi. Tiada CINTA yang akan hadir dalam hatinya selagi tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga tidak dilunaskan dengan sebaiknya. 

Perwatakan Amani yang selamba dan mesra membuatkan dia disenangi ramai lebih-lebih lagi kaum adam. Kala muncul Imran Haniff secara tiba-tiba di dalam hidupnya, prinsip yang dipegang mulai goyah. Hati Amani mula tidak keruan dan dia kian keliru dengan perasaan sendiri. Mampukah dirinya bertahan dengan rayuan dan kata-kata manis serta sikap ambil berat Imran Hanif Hashim itu? 

 Dalam kalutnya Amani, kecomelannya tetap terserlah di mata Imran Haniff membuatkan hati lelaki itu bergetar hebat setiap detik. 

 Imran Hanif bin Hashim- Nur Amani binti Mukhlis mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Lain dari yang lain. Di saat gadis seusianya sibuk mencari CINTA, keutamaan Amani hanya kepada ibu bapa dan keluarga menyebabkan hatinya tertarik dengan gadis itu. Sepanjang dirinya mengenali Amani, dia belajar untuk mencintai dan dicintai dengan cara yang amat berbeza. Mereka bahagia dalam usikan dan benih-benih cinta. Namun siapa sangka, mereka berpisah jua atas kehendak Amani. Imran reda jika itulah kehendak Amani dan dia akan menurut walau kasih dan cintanya yang dianugerahkan oleh Yang Esa dalam hati lelakinya hanya untuk Amani. Kuatkah jodoh antara Imran Hanif Hashim dan Nur Amani Mukhlis?

 “Im…Im…Im…Encik Imran. Saya Am…Im…Am…Im…Am…Im…Am,”
 “IMAM! Perasan tak?”
 “A’ahlah! Comel!”
 “Tahu tak apa!” 
 Uniknya cinta Amani dan Encik Imran, unik juga aturan jodoh mereka.


Tuesday, March 7, 2023

[Novel] Signal Hati - Sha Ibrahim

 


Signal Hati - Sha Ibrahim 

“Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!” 

 Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan. 

 “Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku soalan ni kenapa? Kau nak kahwin ke? Dan yang paling penting… kenapa perlu tanya aku? Bukan ke kau dengan aku ni ibarat Israel dengan Palestin?” ~ Qaisara 
 “Yang pasti kau Israel!” ~ Naqib
 “Kaulah Israel! Pembuli!”~ Qaisara. 
 “Eleh… macam kau tak pernah buli aku balik!”~Naqib 

 Perjalanan hidup Qaisara yang pada mulanya tenang dan aman bertukar menjadi hiruk piruk saat dia dituduh berkhalwat dengan sahabat baiknya Anas dan terpaksa dikahwinkan. Puas dia merayu, puas dia meraung, namun tiada siapa yang mempercayainya. Saat dia melutut memegang kaki Naqib dan menuntut janji, Naqib pula berlalu pergi. 

 “Tapi percayalah cakap aku, Sara. Kalau ditakdirkan satu hari nanti, dah tak ada sesiapa untuk kau mengadu nasib, kau boleh datang pada aku. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan tetap terima kau, walaupun ditakdirkan satu dunia buang dan membenci kau. Itu janji aku, Sara.” ~ Naqib
“Naqib… kau tak boleh buat aku macam ni? Kau tak boleh tinggalkan aku. Kau kena pujuk ma supaya percayakan aku. Kau kena yakinkan ayah yang aku tak salah dalam hal ni. Tolong aku, Naqib. Kau tak kesiankan aku ke? Naqib! Buka pintu! Tolong aku! Naqib!” ~ Qaisara 

 Tanpa disangka-sangka, Naqib sepupu merangkap musuh ketat Qaisara melamar Qaisara untuk menjadi isterinya. Lamaran yang pada mulanya ditolak oleh Qaisara terpaksa diterima disebababkan alasan yang tertentu. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Naqib sepanjang menjadi suami Qaisara. Dan bagi Qaisara, Naqib yang dulunya sepupu dia jauh sangat bezanya dengan Naqib yang sudah menjadi suaminya kini.


Tuesday, February 28, 2023

[Novel] Perfectly Halal - Suri Ryana

 

 

Perfectly Halal - Suri Ryana

Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula.

 Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang! Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. 

Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut. Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan. 

 “Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid- 

 Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu. 

 “Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Aidid 
 “Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidi 

 Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.

 “Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid- 

 “Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia- 

 Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar. Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa


Tuesday, February 21, 2023

[Novel] Qalif : Watak Cinta Terindah - Dila Dyna

 


Qalif : Watak Cinta Terindah -  Dila Dyna

“Kahwin dengan I, El.” – Qalif Mikael 

 Usai lamaran diucap, sejarah hitam memadam gelap impian cintanya. Empat tahun terperangkap dalam kenangan lalu, pintu hati ditutup serapatnya. Kepulangannya mempertemukan dia dengan seorang gadis. Gadis yang tanpa dijangka bakal mengubah 3600 paksi cintanya! 

 “Excuse me, miss! Awak tak nampak ke saya nak masuk parking ni tadi?!” – Qalif Mikael 

 “Excuse me, saudara. You ada bagi signal ke tadi? Signal stick dalam kereta tu bukan untuk hiasan aje tau. Cabut je kalau tak pandai guna!” – Kayla Husna 

 Penyatuan dua keluarga memaksa kedua-duanya hidup di bawah satu bumbung. Mula memutik cinta di hati yang sekian lama tandus. Namun belum sempat kembang menjadi bunga, kelopak sudah layu menyembah bumi.

 “Berambus! I tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut you! Mulai saat ni... you dengan I dah takde apa-apa lagi Qalif! Ambil balik cincin you ni!” – Kayla Husna 

 “Sesekali I takkan terima apa yang you dah buat pada mama, Kayla. Mencintai you... adalah perkara paling bodoh yang pernah I buat seumur hidup I!” – Qalif Mikael

 Biarpun Qalif adalah watak cinta terindah dalam hidup Kayla, the damaged has been done! Kerana kebodohannya, kini dia mengemis sebuah kemaafan. Akankah Qalif kembali sekali lagi sebagai watak terindah dalam hidupnya, atau beku cinta itu kini tiada lagi pencairannya?


Tuesday, February 14, 2023

[Novel] Cinta Infiniti - Ain Kamalia

 

 

Cinta Infiniti - Ain Kamalia

DALAM fikiran Farhani Idayu ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi. Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan. 

 “Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr... Sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. – Umar Azharie 

 “Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!” – Daniel Iskandar Seorang arkitek bermata cantik, seorang lagi bos kerek yang boleh tahan kacak.

 Farhani Idayu memang pening kepala melayan kerenah mereka yang asyik ingin mendekatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa nama Umar Azharie yang mula ada dalam hatinya. Lagipun, dia tak gemar dengan latar belakang Daniel Iskandar yang dianggapnya terlalu kaya. 

 “Betul Hani tak suka orang kaya? Maksudnya Hani sukalah orang biasa yang sederhana macam abang ni, kan?” – Umar Azharie 

“Yalah. Hani tak suka orang kaya...” – Farhani Idayu 

 Namun, Farhani Idayu bagaikan tersepit saat Daniel Iskandar memintanya menjadi ‘pelakon’ dengan watak sebagai bakal isterinya. Semuanya gara-gara nak elakkan diri daripada terus digilai Mazni. Farhani Idayu mahu tak mahu, terpaksa mengikut rentak bosnya itu. Takut pula tak lulus praktikal!


Tuesday, February 7, 2023

[Novel] Babak Terakhir - Hannah Ezaty

 

 

Babak Terakhir - Hannah Ezaty

“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL

 “Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA 

Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster' yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk. Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu. 

“Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL

 “Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” – SOFEA 

Rizal pula, memang sengaja mengusik Sofea. Hanya dengan usikan dia dapat menarik perhatian gadis kasar yang gila-gila itu. Ya, Fea memang gila-gila. Kereta BMW pun sanggup dipecahkannya. 

“Hei, you gila ke apa Sofea? Kereta orang tau!”- RIZAL 

“Kereta orang ke, kereta beruang ke, ada aku kisah? Puas hati aku! Bodoh sangat letak kereta sampai menghalang jalan orang. Lain kali kalau nak tinggalkan kereta macam ni, letaklah nota ke, tinggalkan nombor telefon ke, e-mel ke...” - SOFEA 

Apabila Sofea yang kuat melawan, yang kuat memberontak dan brutal, dipadankan dengan Rizal si pembuli yang poyo, yang suka berlagak cool, selamba, nakal dan pandai memasak, akankah muncul babak-babak terindah dalam hubungan itu?


Tuesday, January 31, 2023

[Novel ] Sayangku Mia - Una Unee

 

 

Sayangku Mia - Una Unee

Seandainya Engkau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku. 

 Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. 

 “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar 

 Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan.

 “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar 

 “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya


Tuesday, January 24, 2023

[Novel] Pesonamu - Una Unee

 

 

Pesonamu - Una Unee

Hasya Humaira Danial Tarmizi atau Aira yang bertugas sebagai dietitian akhirnya terpaksa akur dengan prinsip sendiri untuk tidak jatuh cinta dengan mana-mana doktor di hospital tempat gadis itu bekerja, setelah melihat kesungguhan Doktor Afiq Naufal yang mula membuka pintu hatinya dan menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman istimewa, biarpun pada mulanya mereka berdua sering bertengkar tentang profesion kerjaya masing-masing. 

 "Aira, saya ikhlas nak memperisterikan awak. Saat pandangan pertama, saya sebenarnya dah jatuh hati pada awak. Bila awak datang tegur saya, waktu tu saya rasa sangat bahagia sebab awak perasan kewujudan saya. I really love you, Aira." – DOKTOR AFIQ NAUFAL

 "Aku takkan sesekali kahwin dengan doktor!" – AIRA

 Dalam mula menyulam cinta bersama, kemunculan Emir Rayyan telah mula menimbulkan kekusutan Aira yang asyik diganggu oleh lelaki kasar dan bengis ini. Kecantikan Aira telah membuatkan lelaki bergelar diver ini nekad mahu menjadikan Aira sebagai isteri dan juga melahirkan anak-anaknya. Lelaki ini juga bersedia untuk bersaing dengan Doktor Afiq Naufal. Dan satu kejadian tidak diigini yang telah terjadi menyebabkan Aira kini berasa rimas dengan Emir Rayyan! 

 "Emir, boleh tak awak terima kenyataan yang kita ni memang tak ada jodoh? – AIRA

 "Kalau aku tak dapat, aku akan make sure orang lain pun tak dapat kau." – EMIR RAYYAN 

 Gila! Itulah yang Aira rasakan apabila mendengar permintaan mengarut itu. Dirinya terus diburu dan lelaki keras kepala seperti Emir Rayyan bukanlah orang yang boleh dibuat main. Gara-gara lelaki itu juga, hubungannya dengan Doktor Afiq Naufal hampir musnah. Antara Emir Rayyan dan Doktor Afiq Naufal... Siapakah yang menjadi pilihan Aira? Berjayakah Emir Rayyan merangkul cinta Aira? Atau dapatkah Doktor Afiq Naufal menjadikan Aira sebagai suri hidupnya? Kejadian tidak diingini apakah yang telah terjadi kepada Aira ketika gadis ini bersama Emir Rayyan?


Tuesday, January 17, 2023

[Novel Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah

 

 

Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah

FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri. 

Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang. 

 “Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF 
 “Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA 

 Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap­­ tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda. 

 “Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA 

 “Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF 

 Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran. Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?


Friday, January 13, 2023

[Review] Novel Cinta Infiniti

 

 
minggu lepas... Cik purple baru abis baca novel ni.. 
biasalah... sambil sambil nak tidur tu kan..
kita baca novel sambil amik mood.. 
untung nasib... masuk dalam mimpi..
hehehehe.. 
Cinta Infiniti 
and this is my review. 


Cinta Infiniti...
permulaan kisah.. dibuka dengan seorang pelajar yang baru nak internship..
dengan suasana keluarga yang rapat... 
tapi sedikit konservatif... 
JANGAN BERCINTA SELAGI BELUM GRADUATE 
tapi.. lepas graduate.. disuruh kawin.. 

dalam citer ni dipertemukan dengan  2 cinta sekali guss.. 
mula dengan usik mengusik.
tanpa sedar.. timbul rasa.. 
rasa sayang.. rasa rindu.. rasa ingin memiliki.. rasa ingin protect.. 
alaaa.. macam korang buat kat pasangan korang la..
cuma dalam citer ni.. ade 2 laki buat bende tu kat si heroin ni.
(untungggg heroin... ade 2 orang laki sayang) 

tapi.. kadang-kadang takdir berkata lain..
saat kita menyunjung kasih kita pada seseorang bagaikan minyak yang penuh.
kalau bukan takdir.. dia bukan juga akhir jodoh kita. 
(macam kisah aku dengan Mr Ted laaa pulak) 
tapi... kat sini dia menunjukkan sisi gelap bila kita terlalu obses dengan perasaan cinta 
hingga akhirnya bukan cinta jadinya..
possesif.. 

for me.. its a nice novel to read..
ade elemen cinta..
ada elemen persahabatan. 
kisah keluarga.. 
banyak juga laaa benda yang sedikit relate with my love life story.. 
tapii.. nasib i x obses dengan diaa.. 
oh... ending dia happy ending.. 



Tuesday, January 10, 2023

[Novel] Kisah Naz dan Khaalish - Hanina Abdullah

 

 

Kisah Naz dan Khaalish - Hanina Abdullah 

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa. 

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu? Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia. 

 “Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”

 “Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.” 

 “Technically? Technically?!” 

 Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu… 

 Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.” 

 Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


Friday, January 6, 2023

[Review] Novel Qalif : Watak Cinta Terindah

 

 

novel ni.. cik purple beli masa Peta Buku KL tahun lepas kat PWTC
and alhamdulillah.. dah selamat baca.. 
Qalif : Watak Cinta Terindah 
and this is my review


novel ni.. just a simple novel.
yang dengan baca tajuk dia pon.. korang boleh bayangkan macam mana jalan cerita dia.. 
sesimple tu jeee.. 
haaaa.... cuba laaa teka.. 
Qalif - tentang seorang lelaki yang paling dia sayang 
Watak Cinta Terindah - kisah jalan cerita cinta paling agung dia. 
hhahhahahaa.. konklusi diaaaa begitu. 

tapi.. sebagaimana dengan novel lainnya..
tentunya ada jalan cerita dan plot diaaa.. 
which kat sini... something yang light..
dan ada benda yang korang boleh teka.. 
cuma.. ade sikit twist yang macam sesurrpriisssss 
hhahahahhaa... gittuu. 

for me dalam drama ni memang focus dia pada si hero and heroin..
and just fokus pada percintaan. 
elemen tambahan yang korang boleh get.. is about family.. maruah.. 
yang lain.. biasa biasa je. 

if you wanna read something yang simple.. 
yang relax..... yang tak banyak fikir.. 
tak banyak main emosi..
you can read this novel 



Popular Posts