Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Thursday, September 11, 2025

[Resipi] Popiah Big Mac

 


Bahan-bahan popia big mac: 
  •  Bawang merah 
  • Bawang putih 
  • Daging kisar 
  • Garam 
  • Lada hitam 

Cara-cara penyediaan popia big mac: 
  1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau. 
  2.  Kemudian, masukkan daging kisar, garam secukupnya dan lada hitam. 
  3. Biarkan sehingga masak dan ketepikan. 

Bahan-bahan sos: 
  •  Sos keju 
  • Sos cili 
  • Mayonis 
  • Sos tomato 
  • Bawang holland 
  • Pickles/jeruk 

  1. Hiris bawang dan jeruk
  2. Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati. 
  3.  Ambil kulit popia, letakkan inti daging, sedikit keju dan sos. 
  4.  Gulung dan goreng popia big mac sehingga keperangan atau masak sepenuhnya.
  5.  Popia big mac sedia untuk dihidangkan bersama sos tadi.


Wednesday, September 10, 2025

[Resipi] Perapan Kambing

 

BAHAN-BAHAN: 
  •  2 kg daging kambing, ayam/ daging /ayam
  •  1 sudu makan lada hitam tumbuk kasar 
  •  1/2 cawan sos BBQ 
  •  1/2 cawan sos tiram  
  • 1/2 cawan sos lada hitam 
  • 1/2 cawan kicap manis
  •  2 sudu makan gula pasir/ gula merah 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1sudu makan rosemary kering 
  •  2 sudu makan serbuk cili
  •  Sedikit pewarna oren (jika suka- fungsinya untuk naikkan warna perapan) 

BAHAN KISAR: 
  • 4 biji bawang merah besar 
  • 4 batang serai 
  • 5 ulas bawang putih 
  •  2 sudu makan cili kering


 CARA MEMASAK: 
  1. Bersihkan daging kambing, ayam atau daging. Tos dan ketepikan. 
  2. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan kisar dengan kesemua jenis sos. Sebatikan.
  3.  Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati. 
  4.  Masukkan kambing/daging/ ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata. 
  5.  Perap daging selama 2 jam. Jika mahu lebih sedap, perap semalaman.
  6. Bakar daging dan nikmati bersama sos Thai.


Saturday, May 25, 2024

Resipi Nasi Goreng Kampung


Nasi Goreng Kampung

  • 2 cawan Nasi Sejuk 
  • 1 genggam ikan bilis 
  • 5-6 pokok kangkung 
  • 2 ulas bawang putih- cincang halus 
  • 1 ulas bawang merah- hiris halus 
  • 2 sudu minyak masak 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar susu cili 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu sambal belacan 
  • 2 biji cili padi 
  • 1 biji telur-telur mata 

Cara Memasak 
  1. Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing.
  2. kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili padi.
  3. Masukkan sos tiram dan juga sos cili. 
  4.  Masukkan sos ikan dan sayur kangkung serta Nasi. 
  5.  Akhir sekali masukkan sambal belacan dan gorenglah sehingga nasi betul2 masak. 
  6. Dalam masa sama di dapur sebelah lagi gorenglah telur mata. 
  7.  Siap dihidangkan


Saturday, May 18, 2024

Resipi Nasi Lemak Halba

 

 

Nasi Lemak Halba

 Bahan Bahan : 
  • 3 pot beras 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2 biji bunga lawang 
  • 1 sudu besar halba
  •  3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  •  1 inci halia 
  • 1 cawan santan 
  • 3 sudu besar gula 
  • 1 sudu besar garam 
  • 1 helai daun pandan
  •  5 cawan air

Cara Memasak : 
  1.  Basuh beras bersih. 
  2. Masukkan air, bawang, kulit kayu,buah pelaga, gula, garam.
  3.  Kemudian masukkan halba dan santan. 
  4.  Masukkan santan dan daun pandan. On the rice cooker. 
  5. Siap. Gembur nasi sekata. 
  6. Hidangkan bersama timun, sambal ikan bilis, telur serta ayam goreng.


Saturday, May 11, 2024

Resipi Mee Bandung

 

 

Mee Bandung

Bahan Bahan 
  • 3 paket mee kuning (celur dan toskan) 
  • Hirisan daun sup, bawang goreng dan chili flakes untuk hiasan 
  • 1 kg daging (potong, rebus sampai empuk, simpan air rebusan) 
  • 2 biji bawang holland * 
  • 7 ulas bawang putih *
  •  1 cawan lada kering *
  •  2 sudu besar udang kering * 
  • 1 cawan minyak masak 
  • secukupnya Air 
  • 1 cawan sos cili 
  • 1/2 cawan sos tomato
  •  1/2 cawan sos tiram 
  • 1 kiub ayam 
  • 1 paket serbuk nasi goreng ayam Adabi 
  • secukup rasa Garam dan gula 
  • 1/2 kg isi udang 
  • 1 batang lobak merah (hiris) 
  • 1/2 biji bunga kobis (potong) 
  • 2 biji tomato (potong)
  •  5 biji telur
  •  3 pokok sawi bokchoy (potong) 
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air) 

Cara Memasak 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing & pecah minyak. 
  3. Tambah daging dan air rebusan. Kacau. 
  4. Masukkan isi udang. Kacau. 
  5. Perasakan dengan semua sos, garam, gula, kiub ayam dan serbuk nasi goreng ayam. Jika kurang kuah, tambah air. Kacau dan biar mendidih. 
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Kacau.
  7.  Bila dah menggelegak, masukkan telur sebiji demi sebiji, reneh sebentar. 
  8.  Masukkan sawi. Kacau dan tambah air tepung jagung. Kcau sebati bila kuah dah masak, tutup api.
  9.  Hidangkan dengan mee kuning, bawang goreng, daun sup dan chili flakes jika mahu pedas. Siap 

Saturday, May 4, 2024

Resipi Pes Sambal Ikan Bakar

 

 
Pes Sambal Ikan Bakar

Bahan Bahan 
  • 2 biji bawang besar* 
  • 4 ulas bawang putih* 
  • Segenggam lada kering* 
  • 1 inci halia* 
  • 1 inci lengkuas*
  •  3 batang serai* 
  • 4 biji lada besar merah* 
  • Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing2)* 
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang belakang)* 
  • 1 sudu besar udang kering* 
  • 1 ketul kecil gula melaka 
  • 2 asam keping 
  • secukup rasa
  •  Garam dan gula secukupnya
  •  Air 2 cawan
  •  minyak masak 

Cara Memasak : 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. 
  3. Perasakan dengan gula melaka, asam keping, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Tambah sedikit air dan tumis sampai garing sekali lagi. 
  5. Dah siap, sejukkan dan simpan dalam bekas.


Saturday, August 19, 2023

Resipi Ayam Madu Merah BBQ

Ayam Madu Merah BBQ


Bahan-bahan: 

  • 400g ayam tanpa tulang 
  • 1 sudu besar madu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos kicap pekat 
  • 1 sudu besar sos kicap 
  • 2 sudu besar gula 
  • 1/2 sudu kecil bawang putih 
  • 1 sudu kecil halia 
  • 1 sudu kecil lada putih 
  • 1/2 sudu kecil serbuk lima rempah cina 
  • 3 sudu besar sos merah 
  • Garam secukup rasa 


Cara-cara: 

  1. Campurkan semua bahan dan perap bersama ayam. 
  2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata. 
  3. Pada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.
  4.  Masak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api. 
  5. Sapu sos pada permukaan ayam. 
  6. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.


Saturday, August 12, 2023

Resipi Kerabu Maggi


Kerabu Maggie

 

KERABU MAGGI

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk Kerabu Maggi:
    • 2 pek mi segera perasa Tomyam
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 biji tomato
    • 2-3 sudu besar sos ikan
    • 1 sudu kecil kicap cair
    • 1-2 biji limau nipis
    • 1 batang serai
    • 4-6 tangkai cili padi
    • Daun ketumbar
    • 1/4 biji bawang holland
    • 1 sudu kecil gula perang
    • Sedikit garam
    • 1/4 kuntum bunga kantan
    • 1 batang cili merah
    • Sedikit isi ayam
    • 3 ekor sotong
    • 4-6 ekor udang
    • Lobak merah
    • Timun
    • Kacang panjang
    • 1 sudu besar minyak bawang putih

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk prep:
    1. Cincang halus bawang putih, potong kasar tomato, hiris nipis cili padi, cili merah, serai, bunga kantan (pilihan), daun ketumbar.
    2. Asingkan batang dan daun ketumbar kemudian hiris kasar daun dan batang.
    3. Potong memanjang karot, timun, kacang panjang dan bawang holland.
    4. Limau nipis, potong dan perah ambil jus.
    5. Potong kecil isi ayam dan sotong. Udang buang kulit dan kepala.
  2. Cara-cara untuk rebus:
    1. Celur isi ayam, sotong dan udang.
    2. Ambil simpan 1/2 cawan air rebusan.
    3. Celur maggi sampai lembut. Kemudian angkat dan bilas dengan air sejuk.
  3. Cara-cara untuk gaul:
    1. Dalam mangkuk yang besar masukkan perencah Tomyum, sos ikan, bawang putih cincang dan kacau sekata.
    2. Masuk kicap cair, jus limau nipis, batang daun ketumbar, cili padi, air rebusan, serai, bawang holland, gula perang dan garam.
    3. Masukkan sotong dan isi ayam. Gaul sebati.
    4. Masukkan maggi, tomato, bunga kantan, ulam-ulaman, garlic oil, dan udang.
    5. Gaul sebati dan hiaskan dengan daun ketumbar.
    6. Tambah jus limau nipis untuk lebih masam.

Tip:

  • Untuk tahu udang dah masak atau belum, udang akan bertukar warna oren dan kepala bengkok bertemu ekor.
  • Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak, jadi meggi tak kembang sangat nanti.

Saturday, August 5, 2023

Resipi Paku Pakis Tumis Ikan Bilis

 

Paku Pakis Tumis Ikan Bilis


 Bahan-Bahan 
  •  2 sudu minyak masak 
  • 200g Pucuk Paku ( ambil bahagian lembut Sahaja) 
  •  ¼ cawan 
  • ½ sudu besar penambah rasa 
  • 10g ikan bilis, dibasuh & digoreng 

 bahan ditumbuk 
  • 1 biji bawang merah 
  • 2 bawang putih 
  • 3 cili merah 

 Cara Memasak 
  1.   Panaskan minyak masak, tumiskan bahan a sehingga wangi 
  2.  Masukkan pucuk paku & air. Kacau hingga lembut 
  3.  Letak perasa 
  4.  Masukkan ikan bilis & kacau sekata 
  5.  Siap untuk dihidang


Saturday, April 29, 2023

Resipi Bihun Sup Fishball

 

resepi sup fishball

Bihun Sup Fishball 


CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH

 Bahan: 

  •  2 labu bawang putih – diketuk & cincang 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1 sudu teh minyak bijan (kalau suka) 


Cara-cara: 

  1.  Mula-mula, panaskan minyak dan goreng bawang putih dengan api perlahan. Tunggu sampai nampak bawang putih bertukar kekuningan. 
  2. Sementara tunggu minyak menyejuk nanti bawang akan garing dan perang. AWAS jangan tunggu dah perang baru tutup api, takut nanti bila menyejuk bawang jadi hangit dan pahit. 
  3. Akhir sekali, titiskan minyak bijan dalam minyak bawang putih tadi dan simpan dalam botol kaca. Kalau ditutup kedap, ia boleh tahan sampai 2 minggu.


CARA BUAT BIHUN SUP FISHBALL 

BAHAN: 

  • Untuk sup: 
    •  Kiub / pati ikan bilis 
    • Fishball (boleh guna meat ball / chicken ball) 
    • Dried kelp (optional, dalam ini saya tak guna) 
    • Dada ayam (optional) 
    • Lada sulah 
    • Garam secukup rasa 
  • Untuk garnishing pula, boleh pilih saja daripada bahan-bahan yang ada di rumah. Antaranya: 
    • Sedikit daun sup 
    • Daun bawang 
    • Daun salad (saya suka romaine lettuce sebab rangup) 
    • Isi ayam yang dicarik 
    • Sekeping tauhu digoreng & hiris nipis
    •  Fishcake digoreng & hiris nipis 
    • Minyak bawang putih 

*Kalau nak pedas boleh buat cili potong + kicap cair


CARA-CARA: 

  1. DIDIH AIR BERSAMA BAHAN PERASA
    - Pertama, didihkan air dan masukkan kiub pati ikan bilis.
    - Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
     *Kalau rajin dan memang ada stok, boleh pakai buat stok ikan bilis buatan sendiri atau dried kelp. Tapi kalau malas, guna kiub pun dah sedap dah.
  2. MASUKKAN FISHBALL
    - Bila kuah dah cukup rasa, boleh masukkan fishball.
    - Tunggu mendidih, kecilkan api dan biar merenih.
     *Boleh masukkan sekeping isi dada ayam dalam air rebusan tadi. Kalau dah masak, angkat dan carik isi ayam untuk garnishing. Ini untuk maniskan lagi rasa kuah. Kalau tak nak guna ayam pon tak mengapa. 
  3. CELURKAN MEE
    - Seterusnya, sediakan mangkuk hidangan.
    - Boleh guna bihun/mee kuning/mee wantan/kuey teow /apa-apa saja jenis noodle yang anda suka. Celur dan toskan.
  4. GARNISHING
    - Kemudian, untuk garnishing boleh letak apa-apa saja bahan yang disukai.
     - Antaranya daun sup, daun bawang, duan salad, tauhu, isi ayam yang dicarik, fish cake yang digoreng, atau apa saja bahan lain yang anda suka.
    -  Kalau suka pedas, boleh letak cili potong dan kicap cair.
  5. SEDIA DIHIDANG!
    - Dah siap semua bahan, boleh tuangkan sup panas dalam mangkuk noodle tadi.
    -  Jangan lupa, akhir sekali kita letak minyak bawang putih yang dibuat awal-awal tadi.
    - Hidangkan panas-panas memang ‘terangkat’. Slurppp!



Saturday, April 22, 2023

Resipi Bubur Lambuk

 

Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap dan Mudah - Panduan Semasa

Bubur Lambuk



Bahan-bahan:


  • Dua pot beras yang dicuci dan rendam 15 minit 
  • Daging tetel 
  • Kentang 
  • Lobak Merah 
  • Bawang besar 
  • Bawang putih 
  • Halia sikit 
  • Lada hitam halus setengah camca 
  • Kiub pati ayam dua kiub
  • Sepaket rempah sup 
  • Sepaket kecil bawang goreng 
  • Daun sup dan daun bawang 
  • Sekotak kecil santan kara



Cara- Cara :

  1. Blend bawang-bawang dan halia. Panaskan minyak dua sudu dan tumis sampai naik bau
  2. Masuk rempah sup dan tumis skali Masuk daging tetel..balik-balikkan
  3. Masuk beras tadi..balik-balikkan. Jangan letak air dulu..petua ni,supaya nasi kita tak hancur dan masih sebutir-sebutir bila masak nanti.
  4. Baru masuk air..sukat untuk sampai masak bubur kita dan masuk carrot dan kentang sekali.
  5. Bila dh 3/4 masak, masuk sekotak santan kara
  6. Masuk garam secukup rasa, lada hitam halus setengah camca dan kalau ada kiub pati ayam tu masuk masa ni.
  7. Masuk bawang goreng sepeket tu tinggalkan sikit je utk tabur masa nk mkn nanti..masuk daun sup n daun bawang..biar mereneh dlm 10 minit.

Saturday, April 15, 2023

Resipi Tart Cadbury

 

Tart Cadbury

BAHAN-BAHAN 

Tepung gandum 1/2 kg Mentega / Butter 

1 bungkus (saya guna Buttercup) 

Coklat Cadbury (pastikan baru keluar dari peti sejuk beku supaya tak cair)


1. Gaulkan Mentega & Tepung 

     Pertama sekali, campurkan 1/2 kg tepung gandum bersama 1 bungkus mentega. Untuk resepi ini saya cuma gunakan Buttercup saja. Kalau nak lagi sedap, boleh gunakan pure butter yang mahal sedikit harganya. Contoh jenama pure butter ini antaranya Anchor, SCS, atau Golden Churn. Gaulkan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi doh.

2. Bentukkan Kuih Tart 

     Seterusnya dah boleh gunakan acuan kuih tart macam dalam gambar di bawah ini. Keluarkan coklat dari peti sejuk beku. Balutkan coklat sampai semuanya tertutup.

3. Bakar 

     Panaskan oven dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 5-7 minit. Sapukan kuning telur pada bahagian atas tart kalau nak dapatkan warna yang lebih menarik. Kemudian bakar suhu 130 api atas bawah 30 minit. Ikut juga oven masing-masing untuk bakar sebab lain oven lain kepanasannya.

 


Saturday, April 8, 2023

Resepi Sotong Masak Lemak Serai

 

 


Sotong Masak lemak Serai

Bahan-bahan 

  • 5-7 ekor sotong
  • 1 biji kelapa (santan) 
  • 4 biji bawang merah*
  • halia (size ibu jari) *
  • 1 ulas bawang putih*
  • serai (diketuk)
  • bawang besar (dipotong wedges) 
  • gula 
  • garam
  • serbuk perasa
  • lada hijau

 

Cara membuat: 

  1.  tumbuk / kisar bertanda * 
  2. masukkan bahan tadi kedalam periuk bersama santan
  3. biarkan santan mendidih
  4. setelah mendidih, masukkan serai, sotong, bawang besar, sedikit garam, gula dan serbuk perasa
  5. akhir sekali masukkan lada hijau. kacau sebati dan siap



Saturday, April 1, 2023

Resipi Semperit COklat

 


Semperit Coklat

BAHAN - BAHAN 

 1 1/2 cawan mentega 

1 cawan gula castor 

1 biji telur (ambil kuning je) 

1/4 cawan serbuk koko 

1 1/2 cawan tepung gandum 

1 cawan tepung kastard 

1 sudu kecik essen vanila


CARA - CARA MEMBUATNYA 

 1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang. 

 2. Masukkan kuning telur dan essen vanila dan kacau sebati. 

 3. Masukkan campuran tepung gandum, tepung kastard dan serbuk koko yang telah di ayak sedikit demi sedikit dalam adunan hingga habis. 

 4. Bentukkan dan bakar. 


 Nota : Kalau masa nak masuk kat acuan semperit rasa lembik sangat, masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan uli sebati.

 




Resipi Semperit Susu Coklat

 

Semperit Coklat


Bahan untuk resepi semperit coklat sedap : 

  •  Seketul butter ( 250 gram ) 
  • Sebungkus tepung jagung ( 500 gram ) 
  • Satu cawan susu coklat 
  • Satu penutup tudung esen vanilla 

 


Cara buat semperit coklat : 

  1.  Pukul butter, susu coklat serta esen vanila hingga sebati 
  2. Masukkan tepung jagung, gaul dan tekan. Dah siap, masukkan dalam acuan. ( saya guna acuan pecah 15 ) 
  3.  Step akhir, bakar pada suhu 170 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. 



Resipi Samperit Susu


Samperit Susu

Bahan - Bahan 

 125 gm mentega atau marjerin 

1/4 cawan susu pekat (dalam 7-8 sudu besar )

270 gm tepung jagung (lebih kurang 2 cawan +1/4 cawan lagi )


 Cara - Cara 

 1. Masukkan butter dan kacau.Tambah susu pekat kacau rata. 

2. Masuk sikit - sikit tepung jagung sambil uli pakai hujung jari sampai doh tak melekat di jari Jangan tuang semua sekali pula tepung. Uli penting sampai doh tu licin maksud nya tak ada yang lekat di tangan.

 3. Boleh guna acuan pecah 15. 

4. Letak coklat chips sebagai hiasan kalau letak pink atau putih lagi cantik. 

5. Bakar suhu 150 C, masa 20 minit dalam oven yang telah dipanaskan ikut oven masing - masing.

 


Saturday, March 25, 2023

Resipi Udang Masak Lemak

 

Related image

Udang masak lemak


Bahan bahan: 
10-15 ekor udang
1 batang serai - ketuk
1 kotak santan pekat
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa


Bahan Tumbuk: 
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup


Cara cara: 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 
  2. Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul. 
  3.  Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. 
  4. Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi Choc Chip Cookis Ala Famous Amos

 

RESEPI MUDAH 4 BISKUT COKLAT CHIP TANPA TELUR

Choc Chip Cookies ala Famous Amous


Bahan A:

  •  250 gram marjerin  
  • 1 1/4 cawan brown sugar 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 1 biji telur 

Bahan B

  •  2 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung jagung 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  •  6 sudu besar minyak 
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


Cara- Cara : 

  1. Kacau rata semua bahan A
  2. Masukkan bahan B kecuali cip coklat. Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. 
  3. Sejukkan Adunan  ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam. 
  4. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang. 
  5. Masukkan Dalam Oven Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.


Saturday, March 18, 2023

Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis

 

Image result for sambal tumis ikan bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis



Bahan bahan: 

100 gram/1/2 mangkuk ikan bilis
 1 biji bawang besar - hiris
 1 sudu kecil pes asam jawa
 1 sudu kecil garam kasar
 1/4 keping gula Melaka
2 sudu kecil gula pasir
 Minyak

Bahan kisar:
 6 sudu besar cili kisar
 7 biji bawang merah
 3 ulas bawang putih
 Sedikit belacan - opsyenal


Cara cara:

  1.  Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis dan kacau seketika sehingga agak agak ikan bilis layu. 
  2.  Tuangkan bahan kisar. Masak lama dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 
  3.  Masukkan pes asam jawa, garam dan gula Melaka. Kacau lagi. 
  4.  Setelah terbit minyak, masukkan pula bawang besar hiris dan kacau hingga bawang layu. 
  5. Akhir sekali, masukkan gula dan perlahankan api. Renihkan sambal sehingga benar benar cantik berkilat dan terbit minyak. 
  6. Gula akan menjadikan sambal lebih berkilat. Jadi separuh darinya dimasukkan akhir sekali. 



Saturday, March 11, 2023

Resipi Ayam Geprek

 


Image result for recipe ayam geprek

Ayam Geprek

Bahan-Bahan
Ayam
Telur 
Tepung Menggoreng (Crispy)
Garam

Bahan Untuk Sambal
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Api

Cara Membuatnya :
1. Marinate Ayam dengan sedikit garam
2. Celup Ayam kedalam Tepung.. Kemudian ke dalam telur .. seterusnya ke dalam tepung sekali lagi barulah digoreng kedalam kuali (Deep Fried) 

Untuk Sambalnya..
1. Goreng kesemua bahan... 
2. Keluarkan semua bahan dan tumbuk menggunakan batu lesung

Siapppp

Popular Posts