Showing posts with label Usrah Islam. Show all posts
Showing posts with label Usrah Islam. Show all posts

Friday, February 24, 2023

Kisah Masyitah, si Tukang Sikat Firaun

 

 

Kisah Masyitah

Kisah tukang sikat firaun bernama Mashitah atau dieja Masyitah merupakan kisah yang sering menjadi bahan ceramah israk mikraj dan terkenal di kalangan masyarakat kita.

 Daripada Ibn Abbas r.a., katanya: 
Rasulullah SAW bersabda: Pada malam saya diisrakkan ke langit, saya telah mencium satu bauan harum, lalau saya berkata kepada Jibril: Bauan harum apakah ini? 
Jawab Jibril: Ini adalah bauan harum daripada tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya.
 Saya berkata; Apa yang berlaku kepada beliau? 

Jawab Jibril; Pada satu hari ketika dia sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, Dengan nama Allah. Kata anak perempuan Firaun, sikat tersebut telah jatuh daripada tangannya, lantas beliau mengucapkan kalimah: Dengan nama Allah. 
Kata anak perempuan Firaun: Bapa sayakah yang anda maksudkan? 
Jawab tukang sikat itu; Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhan Bapa anda ialah Allah. Kata tukang sikat itu lagi: Beritahulah kepada-Nya tentang hal tersebut?
Jawab anak perempuan Firaun: Ya.

 Setelah anak perempuan Firaun itu memberitahu Firaun apa yang berlaku, Firaun telah memanggil perempuan yang menjadi tukang sikat itu lalu berkata; Wahai si fulanah, adakah benar anda mempunyai Tuhan selain daripada saya?
 Jawab perempuan itu: Ya, Tuhan saya dan juga Tuhan tuanku ialah Allah. 
Firaun memerintahkan dibuat satu bekas berbentuk anak lembu daripada menggelegak. Kemudian memanaskan air yang berada di dalamnya sehingga menggelegak. Kemudian perempuan itu diarahkan supaya terjun ke dalam bekas itu bersama dengan anak-anaknya. 

 Perempuan itu berkata kepada Firaun: Saya mempunyai satu hajat yang ingin saya utarakan kepada tuanku. 
Jawab Firaun; Apakah hajat itu? 
Saya ingin agar tuanku menghimpunkan tulang-temulang saya dan tulang-temulang anak-anak saya dalam satu kain dan kebumikanlah kami.
 Jawab Firaun: Itu adalah hak yang perlu kami lakukan untuk anda.
 Setelah itu anak-anaknya telah di perintahkan supaya dicampak satu persatu ke dalam bekas tersebut di hadapan mata beliau sehingga berakhir dengan anaknya yang masih bayi dan sedang menyusu. Pada ketika itu perempuan tersebut mula teragak-agak kerana mengenangkan anaknya itu. Tiba-tiba anaknya itu bersuara: Wahai ibu terjunlah, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan berbanding dengan azab di akhirat, lantas ibunya terjun ke dalam bekas tersebut. 

Katanya; Kata Ibn Abbas: Empat kanak-kanak yang bercakap pada masa kecil iaitu Isa bin Maryam, anak dalam kes Juraij, saksi Yusuf dan anak lelaki perempuan yang menjadi tukang sikat Firaun.


Friday, February 17, 2023

Rasulullah dengan Pendeta Buhaira

 

 

Rasulullah dengan Pendeta Buhaira 

Pertemuan Rasulullah dengan pendeta Buhaira Ketika umur Nabi Muhammad sekitar 9 sehingga 12 tahun, Baginda mengikut Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran. Namun pada ketika itu, Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom.

 Di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira. Apabila angkatan pedagang itu melintasi biara pendeta Buhaira, beliau telah mengajak angkatan tersebut untuk menikmati sedikit juadah, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui sesiapa. 

 Kafilah itu menerima undangan, namun meninggalkan seorang kanak-kanak lelaki (Nabi Muhammad) di luar untuk menjaga barangan dagangan. Buhaira walau bagaimanapun mengajak setiap individu dari kafilah tersebut untuk menjamah hidangannya. 

 Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. 
 Kata Abu Talib: Dari mana maklumat ini tuan perolehi? 
 Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati “al-Aqabah” tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda “Khatam al- Nubuwah” penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami. Riwayat yang lain pula mengatakan terdapat “pergerakan ajaib” suatu kabus atau awan telah memayungi Muhammad setiap kali baginda berjalan pada waktu siang hari walaupun dalam keadaan panas terik.

 Pendeta Buhaira lalu mengingatkan kepada Abu Talib (bapa saudara Nabi Muhammad) agar dia sentiasa mengawasi Muhammad dan menjaganya dengan baik. Abu Talib juga disuruh untuk mengawasi Muhammad supaya baginda tidak disakiti dan menjadi buruan kaum Yahudi dan Israel (dalam versi periwayatan Ibn Sa’ad) atau Byzantine (Rom Timur) (dalam versi periwayatan al-Tabari). Setelah itu, Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.


Friday, February 10, 2023

Nabi Sulaiman, Raja Segala Makhluk

  

Nabi Sulaiman, Raja Segala Makhluk

Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Baginda juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya. 

 Allah berfirman dalam Surah al-Naml: 
 Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman;
 dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: 
"Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". 

Dan Nabi Sulaiman -mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: 
"Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".[al-Quran 27:15-16 ] 

Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, baginda cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan kebun. Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu. Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah: "Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya. Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya." Pendapat yang dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan kebolehan baginda menyelesaikan perselisihan terbabit.

 Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak meredai baginda melangkah bendul dalam heriarki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan cetek pengalaman. 

Absyalum mahu mendapatkan takhta itu daripada bapa dan adiknya. Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas. Sampai satu ketika, Absyalum mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus merampas kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. 

Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan anaknya yang derhaka itu. Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulakan peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tenteranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup. Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia mahu bertarung dengan tentera bapanya. 

 Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerah Allah. Baginda juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan. 

Firman Allah bermaksud: 
 Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.[al-Quran 34:12]


Friday, February 3, 2023

Nabi Daud - Raja Yang Cerdas Perkasa

 

 

Nabi Daud - Raja Yang Cerdas Perkasa

Kisah Nabi Daud yang pertama berawal dari peristiwa perang Thalut dan Jalut. Seperti dilansir dari laman Asy Syariah, Daud merupakan salah satu prajurit dalam pasukan Thalut yang akan berperang menghadapi pasukan Jalut. Pasukan Thalut memang mempunyai keberanian yang tinggi serta siasat perang dan ilmu pengetahuan yang luas. Hal ini juga tercermin di dalam diri Daud. 

 Meski begitu, pasukan Tahlut tetap berusaha bersabar dan terus memohon pertolongan Allah SWT saat berperang menghadapi pasukan Jalut. Dalam perang tersebut, dengan keberanian yang dimilikinya Daud maju menghadapi Jalut dan membunuhnya. Perlahan tapi pasti, jumlah pasukan Jalut semakin berkurang. Pasukan yang tersisa semakin lemah dan mulai menderita kekalahan. Setelah kekalahan Jalut, Daud kemudian diangkat menjadi raja. Dalam hal ini, kemudian Allah SWT mengangkat Daud menjadi seorang nabi dan memberikan hikmah kerajaan yang kuat setelah usaha keras yang dilakukan Daud beserta pasukan Thalut lainnya. 

Bukan hanya itu, Allah juga memberikan Nabi Daud anugerah berupa ketaatan beribadah dan ilmu pengetahuan yang luas. Di sini Allah memberikan sifat awwab kepada Nabi Daud, yaitu seseorang yang mempunyai kesempurnaan pengetahuan tentang Allah SWT. Hal ini seperti yang tercantum dalam QS. Shad ayat 17 :
“Bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Dawud yang mempunyai kekuatan. Sesungguhnya dia seorang yang awwab.”(Shad: 17)


Friday, January 20, 2023

Nabi Zulkifli , Raja Yang Luar Biasa

 


Nabi Zulkifli, Raja Yang Luar Biasa

Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.


Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak. 

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya." Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. 

Sekali lagi raja berkata: "Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?" Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli. Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar." 

Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah. 

 Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur. Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda. Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau. 

Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar. 

 Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah. Rakyatnya berkata: "Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang." Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa:
"Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka."
Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu:
"Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan."
 

 Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud:
"Dan ingatlah akan Ismail, Nabi Ilyasa' a.s. dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling baik."




Friday, January 13, 2023

Nabi Harun Fasih Berbicara

 

 

Nabi Harun Yang Fasih Berbicara


Harun bin Imran bin Qahits bin Lewi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar. 

 Firman Allah bermaksud:
“Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.” 

 Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran:
“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.” 




Friday, January 6, 2023

Firaun Dan Mimpi

 


Firaun dan Mimpi

Nabi Musa diutuskan oleh Allah bagi memimpin Bani Israil ke jalan benar. Beliau merupakan anak kepada Imran dan Yukabad binti Qahat, (Musa bin Imran bin Qohath bin Lewi bin Yakqub bin Ishaq bin Ibrahim), bersaudara (adik-beradik mengikut sesetengah periwayatan) dengan Nabi Harun, dilahirkan di Mesir pada pemerintahan Firaun.

Waktu kelahirannya cukup cemas kerana Firaun menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang mentafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan Kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki Kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh. 

 Ibu Nabi Musa, Yukabad melahirkan seorang bayi lelaki (Musa) dan kelahiran itu dirahsiakan. Kerana merasa bimbang dengan keselamatan Musa, apabila musa mencecah umur tiga bulan Musa dihanyutkan ke Sungai Nil. Musa yang terapung di sungai itu ditemui isteri Firaun , Asiah sendiri ketika sedang mandi dan tanpa berlengah dibawanya ke istana. Melihat isterinya membawa seorang bayi, Firaun dengan tidak teragak-agak menghunuskan pedang untuk membunuh Musa. Asiah berkata: “Janganlah dibunuh anak ini kerana aku menyayanginya. Baik kita menjadikannya seperti anak sendiri kerana aku tidak mempunyai anak.” Dengan kata-kata dari Asiah tersebut, Firaun tidak sampai hati untuk membunuh Musa.



Tuesday, July 12, 2022

Cinta Hebata

 

daripada kita mengejar cinta manusia yang berubah ubah seperti ombak... 
ada patutnya kita kejar cinta yang lebih hakiki.. 
cinta yang lebih agung. 
cinta kepada Allah dan Rasul. 


good morning




 

Popular Posts