Thursday, August 26, 2021

Aku Tak Faham Cara Fikir Dia


Dear Diary, 

aku cuba untuk menahan diri dari menuliskan ini. tapi, aku tetap tertanya dan makin kerap persoalan ini bermain di fikiran aku. semacam mana aku ada luahkan tentang closure aku dengan Mr Teddy.. banyak persoalan yang terbit dalam fikiran aku tentang apa yang dikatakan. 

1. Why Need Validation Percakapan Orang Tentang Aku 

jujurnya, aku tertanya tanya.. adakah aku seperti mahukan validation orang berkenaan dengan aku? setahu aku, tak ada pulak. kalau ye pon.. mungkin validation dia dan juga teman dekat aku. sebabnya.. dia dan teman dekat / rapat ni yang lebih faham dengan aku. yang lebih mengerti aku. yang lebih mengetahui aku. jadi mungkin nasihat, kata-kata atau teguran mereka yang lebih aku yakin kena dengan aku. 

cuma yang aku persoalkan ialah... dia tak pernah sekali pon mengaku tentang aku. hanya bila di depan orang yang selalu jumpa kami. atau bila bertemu dengan orang ramai. aku tak kisah tentang itu. aku okey. cuma aku sedih bila kadang-kadang aku nampak dia sebagai bagi ruang untuk orang berkata tentang aku. ya, mungkin benar apa yang dikata, tapi ulasan dia seterusnya juga mengundang mulut mulut untuk berkata tentang aku. bagaikan membuka pintu. orang tak tahu hal sebenar, memang akan menanti peluang untuk berkata-kata. dan dia buka pintu ruangan tersebut. 

2. Breaching Privacy VS Mencari Kebenaran. 

he talked about breaching his privacy sebab aku kadang-kadang curi baca mesej whatsapp dan telegram dia. dia rasa seperti aku mengintai setiap tindak tanduk dia. benar, aku kena mengaku bende ni. aku baca mesej dia. dulu masa mula mula dengan dia.. tak ada pulak aku nak check fon sumer bagai kan... sebab dulu dia tak menipu aku. or what we can say, we are not attached together. mungkin sebab tu kot aku banyak diam. 

tindak tanduk dia yang kadang-kadang sumbang.. dengan reply reply awek awek yang selalu dia chat/tweet.. aku bagaikan curious.. bukan tak percaya.. cuma hati terdetik sesuatu. jujurkah dia dengan aku? setiakah dia? dan perempuan ada sesuatu yang istimewa yang kita panggil INSTINCT.. aku tak ada la selalu nak baca mesej dia. bila tergerak hati.. dan selalunya instinch aku betul.. dia buat hal belakang aku. 

3. Rebel 

melalui cerita dia, dia mula rebel bila dia mula duduk menyewa di Putrajaya. rumah bujang.. boleh dikatakan selalu duduk seorang.. kerja tetap.. gaji agak stabil.. mungkin peluang untuk dia mula "enjoy" dengan suasana tersebut. bermain perempuan, flirting sana sini... bagi harapan sana sini.. dating sana sini.. and aku persoalkan.. kenapa ini harus terjadi?? katanya REBEL... dia tengah REBEL...  

kalau aku, dia katakan kesalahan.. kenapa ada kesalahan yang seterusnya?? nak melupakan kesalahan yang dia buat dengan aku dengan melakukan kesalahan yang lain..? menutup kesalahan dengan salah salah lain? yang ini.. sumpah aku tak paham. jujurnya.. aku tak boleh terima. sumpah ~!! aku tak boleh terima jawapan yang ini. 

bila aku cakap dia buat aku macam "pelacur" dia marah... habis.. ape lagi yang aku nak katakan? dengan aku.. dengan perempuan lain? lagaknyaaaa..... ermm.. entah la.. aku hilang kata kata. dia kata dia xpernah kategorikan aku sebagaimana itu. tapi tindakan dia? aku bagaikan madu yang sepahnya dibuang.. dipermainkan.. diperkotak katikkan.. 

but ... its okey... aku tidak mahu mengejar lagi.. buat ape nak mengejar.. kalau alih alih aku yang sakit hati. tapi jujurnya, aku masih belum boleh maafkan dia lagi. 

aku mohon dia bertanggungjawab atas semuanya yang dia telah lakukan pada aku.. SEMUANYA.. tindakan dia yang melukakan aku.. tindakan dia yang curangi aku.. tindakan dia yang menyakiti aku.. bila aku dengan dia, aku cuba tatang dia bagaikan minyak yang penuh.. aku cuba jadikan yang teratas dalam hidup aku.. aku setia dengan dia... but, ini balasan dia. how he wanna do it? pepandai la dia fikirkan.. dia kan budak bijak pandai.. 


Love, 
Chentaa Hatii


No comments:

Post a Comment