Dear Teddy,
sekali lagi aku menulis, meluahkan rasa. kerana ini sahaja medium yang aku punya. maafkan aku kerana selama ini aku banyak menyusahkan kamu. terima kasih atas sabarmu, terima kasih atas prihatinmu. terima kasih atas perhatianmu.
namun, aku sebagaimana manusia biasa, tak mampu untuk melepaskan kamu. tak mampu juga untuk memaafkan kamu. maaf untuk itu. aku masih belum mampu. menginjak 5 tahun perkenalan kita, terlalu banyak benda yang terjadi. terlalu banyak sangat memori. yang indah.. yang manis. juga ada yang pahit dan sedih juga marah. aku bukanlah sebaik nabi yang mampu ampunkan umatnya. aku bukan juga sebaik malaikat.
melihat semudah tu kau pergi dan melepaskan aku. jujurnya aku sangat terkesan. dengan rampasan dan kehilangan yang amat besar kamu telah lakukan pada aku. aku rasa aku pernah bagitahu kamu. you are not just being my partner but kau adalah sebahagian dunia aku. kau sebahagiaan diri aku. dan bila kau hilang, aku hilang semuanya. bagaikan tsunami. hilang arah tuju aku mencari jejak langkah. mencari kekuatan. aku lelah. aku x mampu.
banyak perkara termasuk prinsip aku yang kamu langgar.... mungkin kamu lupa. tapi, tidak pada aku. aku kini bagaikan orang gila yang cuba untuk bernafas sejak hari itu. hari yang taufan datang melanda aku. aku tertanya pada diri sendiri. apa lagi salah aku? kamu yang curang. kamu yang bermain perempuan. kenapa aku bagaikan pesalah yang kau jatuhkan hukuman? bersama aku atas tanda simpati? tapi... aku mohon pengertian kamu, sesuatu yang terlalu besar telah kau ragut.. apakah kau tidak punya rasa tanggungjawab atas diri kamu pada aku?
benar... aku yang bodoh. percaya kepada kata kata kamu. aku yang bodoh, terjebak dalam permainan kata-kata kamu. benar.... aku yang hina. tapi, aku juga manusia yang punya hati, yang punya harapan dan impian. Semoga Allah buka hati kamu untuk bertanggungjawab atas salah kamu pada aku. dan aku harap perkara sama tak berlaku pada anak kamu nanti.
Love,
Chentaa Hatii
No comments:
Post a Comment