Sunday, March 31, 2024

Foot Spa

 bila bila ade kesempatan.. 

dan muncul juga mood nak bersenang senang..

kadang-kadang aku buat sesi love-self theraphy kat rumah.. 

and kali ni aku buat Foot Spa kat rumah..

lebih tepatnya kat bilik.. 



sebelum kita mula foot spa tu..

kita bakar lilin aromatheraphy dulu la.

amik mood kata orang.. 

feeeling feeling kat spa betul.. 


so.. mula bancuh garam bukit dengan air suam.. 

bagi larut dulu sikit.. 

then masukkan essential oils.. 

pastu kita rendamkan kaki dalam 10 ke 15 minit..

masa ni... fuhh rasa besttt.. 

rasa letih keluarrrrr macam tuuu.. 


dah rendam tuu.. 

then angkat satu persatu and scrub bahagian kaki..

kalau ade scrubber untuk leg tuu.. pon boleh guna..

keluarkan segala daki daki dan kulit mati yang ada.. 

sentalll cukup cukup.. 

sambil sambil tu urut urut sikit kaki tuuu.. 

bilasss... 


haaaa dah siap..

pastu letak la cream ke lotion kee..

bagi kulit moist.. 



Color Theme : Pale Baby Blue

 holla guysss.. 

setiap tahun.. aku dengan family memang beraya boria..

lagi lagi masa first raya tu. 

dari kecik camtuu.. 


tahun ni.. geng yang laki menang..

sebab.. adik aku dah belikan siap siap baju melayu berbulan sebelum raya. 

so.. geng pompuan kena laaa follow the color theme. 

and he choose : Baby Blue


baby blue or sky blue ni..
Ya Allah.. payah betul nak cari ye baju dia tahun ni.. 
kesana sinii.. tak jumpa.. 

at first nak pilih yang lain sikit or a bit darker..
tapi.. si adik pompuan kita pon sama followww..
dahhh aku terencatt... nak juga kena cari warna sama.. 
and i just grab whatever laaa.. 
naseb laaaa.. 


Saturday, March 30, 2024

Absolute Bazaar Raya @ Mitec

 semalam aku keluar dengan kawan kawan aku.. 

biasalah nak dekat raya ni..

kita pergi shopping barang barang raya. 


memula pergi ke Jalan TAR.. 

nak cari baju raya punya pasall..

pusing sana sini.. tak jumpa ye apa yang aku nak.. 

then.. aku pon memujuk la si bear.. 

"jom pergi MITEC" 

dia pon melayan.. hehe.. nasibb. 



kat MITEC ni..
ada banyak giler vendor..
macam macam ada.
ada baju.. kasut.. perfumes.. make up.. skincare.. 
ada juga jugal kek.. dan lain lain. 

yang aku ni dok la pusing sana sini cari bajuuuu..
susah juga laaaa nak cari baju ikut kaler tema kali ni.. 
sabooo je laaa kita wakk. 

kat mitec ni terjumpa dengan abg Qazem and family..
sempat i beli product terbaru diorang.. 
x sabar nak tryy.. 


My Beauty Cosmetics @ Tropicana Gardens

 


semalam.. lepas balik kerja..
sempat juga la aku melencong jalan ke satu expo ni..
My Beauty & Cosmetics 
kat Tropicana Gardens, Damansara. 

ni satu expo yang ada few jualan bertemakan skincare dan cosmetics. 
ade makeup.. ada skincare..
ada juga barang-barang penjagaan diri. 

kebetulan.. my skincare dah nak habis..
so its time to topup my skincare..
dan kita amik kesempatan untuk beli barang dengan harga yang lebih murah. 

and.. dekat RM 200 terbang semata beli skincare.. 
boleh laaa ehhh.. 
barang keperluan kan.. 


Thursday, March 28, 2024

Novel : Saat Hadirnya Cinta

 

 

Saat Hadirnya Cinta

TIGA tahun lebih AYARA NASHMIA hidup menyepi tanpa keluarga di sisi. Walaupun sering dibuai rasa rindu, dia tidak tegar untuk pulang ke kampung atas sebab onar yang pernah dilakukan dahulu. Segala rahsia serta kejadian yang berlaku dalam tempoh berada jauh dari keluarganya cuba ditutup rapi dengan sebaiknya. 

 Walaupun cuba menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, namun dia terpaksa juga berhadapan dengan seorang lelaki yang seakan-akan cuba untuk mengejarnya dari semua arah. Puas ditolak dan dihalang namun lelaki itu langsung tidak pernah mengalah. 

 “Kau nak apa lagi, Raze? Tak puas-puas lagi kau nak kacau hidup aku? Kau nak suruh aku mati dulu biar kau puas hati?” - AYARA NASHMIA 

“Selagi kau tak setuju kahwin dengan aku, selagi itulah aku ganggu kau.” - RIZQH ESFAHAN

Namun pertemuan kembali dengan adik kandungnya Aniq mengubah segala-galanya. Lelaki yang sering sahaja mengganggunya itu tiba-tiba diangkat menjadi satu watak penting dalam drama ciptaannya 

 “Aniq... Erm, kenalkan ni Raze... Husband akak.” - AYARA NASHMIA

 “Saya Aniq Nashmin. Satu-satunya adik Ayara.” - ANIQ NASHMIN 

“Oh... Saya Rizqh Esfahan... boleh panggil Raze atau panggil Abang Raze aje. “ - RIZQH ESFAHAN 

 Baru sahaja mahu menghembus nafas lega, Ayara dikejutkan pula dengan berita tentang Puan Rashidah yang mahu menjenguknya di bandar setelah sekian lama tidak berjumpa. Saat itu Ayara sudah gelabah sakan. Mana dia mahu mencari suami sementara yang sanggup berlakon ketika emaknya datang? Adakah dia patut menjadikan Raze menjadi mangsa keadaan sekali lagi? 

 “Tak nak kiss tangan dulu ke?” - RIZQH ESFAHAN 

“Jangan nak mengada-ada sangatlah!” - AYARA NASHMIA 

 Sesungguhnya kedatangan Puan Rashidah untuk melawat Ayara itu betul-betul membawa satu lagi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dia bukan sahaja mahu menjenguk kehidupan Ayara dengan suami lakonan anaknya itu. Namun dia membawa satu berita yang lagi besar. Dan saat itu Ayara pula sudah tersepit di tengah-tengah. Ditambah pula dengan kehadiran bekas kekasihnya yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. Adakah mereka berdua hanya berlakon untuk ketika itu sahaja ataupun lakonan mereka berlanjutan sehingga ke titik penamat? Dan bagaimana pula dengan rahsia lama yang disimpan oleh Ayara itu?


Wednesday, March 27, 2024

Drama : Melastik Ke Hatimu 2 (2023)

 

 

Melastik Ke Hatimu 2

Kini kehidupan pasangan Ziyyad dan Haura semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun. Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung. 

 Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin, iaitu adik Haura ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur. 

Enggan 'pisang berbuah dua kali', Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya. Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya. Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura. 

Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura. Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya. Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. 

Luqman yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus menganggu Ziyyad. Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka?


Tuesday, March 26, 2024

[Scent] Prada - Luna Rossa Edp

 


#Scent
(Prada - Luna Rossa Edp )

  • Luna Rossa Ocean Eau de Parfum by Prada is a Amber Woody fragrance for men.
  •  This is a new fragrance.
  •  Luna Rossa Ocean Eau de Parfum was launched in 2023. 
  • Top note is Grapefruit; 
  • middle notes are Woody Notes and Frankincense; 
  • base notes are Vanilla and Amber Xtreme


Saturday, March 23, 2024

Matta Fair

Matta fair.. 
Semalam lepas balik dari.kerja. 
Tetiba si mekk sorang tu mesej.. 
Pastu ajak lepak.. 
Dah terlajaklah kami ke matta fair.

First time ni pergi matta fair dengan dia.
Selalunya aku yang rancang, aku yang setelkan arrangement semua.. dia join in.

Alhamdulillah.. apa yang aku nak.. dapat dah.. so kita tunggu tarikh pergi je ni.. 
X sabar !!! 

Thursday, March 21, 2024

Novel : Milik Engkau Saja

 

 


Milik Engkau Saja 


Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap! 

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati! 

 "Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff 
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina 

 Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! 

Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih? Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang? Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. 

Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian. Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?


Wednesday, March 20, 2024

Kdrama : Celebrity (2023)

 

 

Celebrity

Seo Ah-ri (Park Gyu-young) finds herself thrown into a life of fame, wealth, and desire as she explores the world of social media influencers. However, Ah-ri mentions how these influencers buy "followers", which tricks laypersons into believing that they are celebrities. As her reputation begins to tarnish during her rise and eventual fall, Ah-ri exposes the scandalous lives of the influencers, involving scams, harassment, drugs, and eventually murder.


Kdrama : Doctor Cha (2023)

 

 

Doctor Cha

The series follows the story of Cha Jeong-suk, a housewife of twenty years who becomes a first-year medical resident.


dapat intern

Hola hola... 
Kat opis baru ni.. sejak isnin lepass.. 
Aku dapat hadiah ehh dr HQ.. 
Dapat intern.. 

Nak kena ajar.. 
Jadi supervisor.. 
Nak kne jd leader. 
Nk kena jd mentor. 


So far 3 hari ni.. okeyy.. 
Semoga dia okey juga la kedepan. 


Roy is My Husband?

Halluu guyss.. 
Citer kali ni macam something shocking. 

I pergi somewhere... dia macam tempat ala ala orang buat activity team building. 
Nk pergi team building tu naik kapal terbang ye guys.. hahaha kerrlasss kan. 
Dh smpai destinasi.. naik van.. then kena naik bukit sikit bru smpai rumah inap. 
Masa ni pakai bagpack. 

Fyi.. aku antara makhluk yang kureng dengan bagpack. Malas kemas yg packk tuu..
 kita pula jenis kalau boleh semua pon nak bawak.. semua pon nk angkut.. semua pon penting. Haaaa gitchu. 

Dah habis program team building tu.. 
Kita pon makan beramai ramai. 
Pastu balik bilik..  mse bru bgun dr meja makan tu.. asyik la tertinggal brg.
Pastu ade bdk ni tlg amikkan . 
Tp dia amikkan brg yg aku tunjuk je. 
Yg brg lain dia x amik.  
Last2... aku amik sendiri.. 
And gerak balik bilik. 

Masuk je bilik.. ade dgr bunyi tv.. 
Then aku panggil "bae... is that you?" 
Dia jawab "lambat.. patut dh ready nk check out dah". 
Dia majuk guysss.. dia majukkk. 
Me... 'sorry hubby.. i makan tadi'
Dgr jawapan ni dia macam cool sikit.. 



Then he ask me to hug him.. 
He kisss me. 💋 💋  💋 
Mse tu i melingkar tangan kat bahu dia.. 
Haaaa.. mse tu ternampak i pakai cincin kat jari manis dia.. 
Dlm hati.. my husband??!!. 

Then go mandi n siap2.. 
Nk check out.. 
He helped me with my bags.. 
Then dgn muka x bersalah ckp kat dia. 
"Beg beranak". Dia angguk je. 


Hmmm... tu je mimpi kali ni.. 
Ape pon... kita tgk la jodoh kita dgn sape.. 
Yang in reality. 


Tuesday, March 19, 2024

[Scent] Paco Robanne - Olympea Flora

 


#Scent
( Paco Robanne - OLympea FLora )


  • Olympéa Flora by Paco Rabanne is a Floral fragrance for women. 
  • This is a new fragrance.
  •  Olympéa Flora was launched in 2023. 
  • Top notes are Black Currant, Sorbet and Pink Pepper; 
  • middle notes are Rose and Peony;
  •  base notes are Vanilla, Patchouli, Cashmere Wood and Salt.


Monday, March 18, 2024

Lirik Satu Rasa Cinta - Arief

 

 

Satu Rasa CInta


Jangan tanya bagaimana esok
 Ku tak ingin menerka perasaan ini
 Yang kutahu, hari ini ku mencintaimu 
Yang kutahu, ku sangat menyayangimu 

Biarlah semua berlalu
 Jalani seperti apa adanya 
Bunga 'kan mekar meski kemarau melanda
 Bunga 'kan mekar meski kemarau melanda

 Bukan ku ingin memastikan 
Akulah cinta sejatimu 
Yakinkan hatimu 
Akulah takdir yang engkau nantikan

 Ku ingin kau merasa tent'ram 
Biarlah berada di sampingku 
Kar'na diriku sangat menyayangimu 

Ku akan membuktikan 
cinta di hatimu Satu rasa menggapai bahagia
 Kupinang dirimu s'bagai teman hidupku 
Berjanjilah, Kasih, setia bersamaku 

Biarlah semua berlalu
 Jalani seperti apa adanya
 Bunga 'kan mekar meski kemarau melanda
 Bunga 'kan mekar meski kemarau melanda

 Bukan ku ingin memastikan
 Akulah cinta sejatimu
 Yakinkan hatimu Akulah takdir yang engkau nantikan

 Ku ingin kau merasa tent'ram
 Biarlah berada di sampingku 
Kar'na diriku sangat menyayangimu 

Ku akan membuktikan cinta di hatimu
 Satu rasa menggapai bahagia 
Kupinang dirimu s'bagai teman hidupku
 Berjanjilah, Kasih, setia bersamaku



Friday, March 15, 2024

Cerita Ramadhan

 


hye korang... 
selamat berpuasa.. 

entah laa. sejak sejak puasa ni..
lemau giler badan..
bangun awal 1 jam je.. sebab nak sahur kan.. 
kenkadang kalau lepas sahur, ada masa lagi.... aku bantai sambung tido..
tapi.. rasa mengantuk dia.. Allahu akbar.. 
macam rasa orang mabuk masa drive nak pergi kerja tu.. 
tak boleh tahan. 

kat ofis.. elok lak kita..
xde laaaaa teruk sangat alahan puasanyaa..
masih buat kerja macam biasa.. 
masa awal2 waktu bekerja je la lesu sikit. 

balik... kena hadap jem ye kengkawan..
hampehhh betulll. 
oh ye.. dapat balik 1 jam awal..
so pkol 4.30 berbondong la kita pergi balik..
redah jemmm.
pastuu. balik rumah.. 

sampai rumah..rehat2 sikit..
berbukaaa. 
klu nak pergi bazar pon pergi yang dekat dengan rumah jeeee kita. 

haaa.. pastu.. malam tido awal eh
dia kalau sekali tido.. memang lupa dunia
sedar2 dah pkol 5... time to eat. 
haaaa cengiitu laaa kehidupan. 

penatttlaaa awak..
entah ape yang penat pon kita tak tahu.. 


Thursday, March 14, 2024

Novel : The Wedding Breaker

 

 

The Wedding Breaker

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose 

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga! 

 Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya. 

 “What’s so funny?” 
 “Talking to me?” 
 “Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.” 

 Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?! 

 “I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.” 
 “Sayang kat abang rupa-rupanya ya?” 
 “Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.” 

 Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya? 

 “Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil



Wednesday, March 13, 2024

Kdrama : Bora Debora ! (2023)

 

 

Bora Deborah!

Yeon Bo Ra merupakan pakar cinta kondang yang terkenal melalui media sosial. Tak hanya itu, ia kerap diundang ke siaran radio dan biasa diwawancarai oleh media atau jurnalis 

Hal tersebut sangat berdampak ke kehidupan pribadinya. Popularitasnya berhasil membawa Bo Ra menjadi sukses dan mendapatkan hidup yang sangat layak. Diketahui bahwa Bo Ra tinggal di hunian luas dan mewah. Ia tidak tinggal dengan orang tua, melainkan bersama adiknya yang bernama Yeon Bo Mi.

 Selain menata karier, Bo Ra juga mengawasi sang Adik. Namun, Bo Mi bukanlah remaja ceroboh seperti apa yang dibayangkan oleh kakaknya. Bo Ra juga memiliki teman bernama Yu Jeong yang biasa menemaninya sehari-hari. Mereka juga kerap berbagi cerita tentang kehidupan dan asmara. 

Bo Ra mempunyai pacar bernama Noh Ju Wan yang merupakan pebisnis ternama dari resto waralaba Ayam Goreng Ibu. Hubungan keduanya baik-baik saja dan sudah berjalan selama kurang lebih tiga tahun. 

Lamanya kisah cinta tersebut membuat Bo Ra makin serius. Ia berharap agar Ju Wan segera melamarnya. Terlebih Ju Wan sempat menyampaikan bahwa mereka akan menikah tahun ini. Namun, pria tersebut tak kunjung melamar Bo Ra. Hal itu membuat Bo Ra cemas. 

Sementara itu, ia mencintai Ju Wan dengan setulus hati. Meski sangat ingin dilamar, Bo Ra enggan menunjukkannya dan bersikap seperti biasa agar tidak terlihat berlebihan. Di suatu malam, Ju Wan mengajak Bo Ra berkencan. Bo Ra bersiap dan bersolek sedemikian rupa agar menarik. Seakan-akan menyiapkan diri ketika Ju Wan melamarnya. 



Tuesday, March 12, 2024

[Scent] Xerjoff - Erba Pura

 

 

#Scent
( Xerjoff - Erba Pura )

  • Erba Pura by Xerjoff is a Amber fragrance for women and men. 
  • Erba Pura was launched in 2019.
  • Erba Pura was created by Christian Carbonnel and Laura Santander. 
  • Top notes are Sicilian Orange, Calabrian bergamot and Sicilian Lemon; 
  • middle note is Fruits;
  • base notes are White Musk, Madagascar Vanilla and Amber.


Ramadhan

 

Sunday, March 10, 2024

Roy Mengorat KIta

 
korang... korang... 
nak tau takkk?? 
Roy ngorat kita.. 
mengada..
 minta dimanja. 

dok la pujuk sana sini..
kejar sana sini..
nak kita... 

haihhhh awaakk... buang tebiat kee?
Mana tejaaamu?? 

giler la mimpi kali ni.. 


Saturday, March 9, 2024

My Novel Collection

 


My Novel Collection




Jumpa Ted & Wife Dia


 

hye guyss.. 
macam pelik ehh mimpi kali ni..
aku mimpi.. aku pergi satu event.. 
ala.. event ape ntah.. 
biasalah.. kita kan kaki jenjalan.. 

dan masa berjalan jalan kat event tu..
tetiba terjumpa dengan Mr Teddy. 
eh eh eh awak... sempat menyibuk kat sini ehh.. 

yang tak boleh belah lagi..
ade wife dia juga ikut sekali.. 
kita macam okey jee..
tetiba dalam mimpi tu.. tergaduh lak dengan wife dia..
entah laaaa.. pening kepala.. 


ni sumer salah si Mr Butterfly..
dia dok cakap pasal hantu..
mimpi camni lak masuk.. 


Thursday, March 7, 2024

[Novel ] Aku Cinta Dia

 

 

Aku Cinta Dia - Sharifah Abu Salem


DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. 


Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.


Wednesday, March 6, 2024

Drama Layang Layang Perkahwinan

 

 

Layang Layang Perkahwinan

Saida yang mementingkan kesempurnaan mencipta ketidakselesaan bagi Azim, yang mencari keselesaan dalam perhatian Tsuraya. Pasangan ini begitu licik menyembunyikan hubungan terlarang mereka, meninggalkan Saida dalam gelap namun perasan tentang perubahan tingkah laku Azim. 

Kebenaran mengejutkan muncul apabila Saida mengetahui perkahwinan rahsia Azim dengan Tsuraya, yang disokong oleh pengetahuan keluarganya. Bertekad untuk tidak mengalah, Saida dengan berani mendedahkan pengkhianatan Azim kepada orang ramai, hanya untuk menghadapi tuduhan perselingkuhannya sendiri dengan Ammar.


Tuesday, March 5, 2024

[Scent] By Kilian - Love Dont Be Shy

 

#Scent
( By KiLian - Love Dont Be Shy )

  • Love Don't Be Shy by By Kilian is a Amber fragrance for women. 
  • Love Don't Be Shy was launched in 2007. 
  • The nose behind this fragrance is Calice Becker. 
  • Top notes are Neroli, Bergamot, Pink Pepper and Coriander; 
  • middle notes are Orange Blossom, Honeysuckle, Jasmine, Iris and Rose; 
  • base notes are Sugar, Vanilla, Caramel, Musk, Civet and Labdanum.
 



Saturday, March 2, 2024

Tetiba Dia Resign

 

hari ni aku cuti..

setelah 2 minggu kerja macam tak ada hari esok.. 

sabtu ahad kerja.. 

hari ni cuti..


 

so.. bila freee.. kita amik kesempatan untuk rest cukup cukup..

bagun dari nap tadi..

terkejut bila dapat message..

kawan sekerja bagitau dia resign.. and hari ni last day dia..

ahhh feninnn sisturrr.. fenin~!! 


dah aku terkapai kapai kat ofis nantii.. 

dia handover segala mak nenek pon tak ada..

atuuuu.. camne tuu



Cik Xora Pi Jmpe Doktor

 

hari ni kebetulan cuti... 

so.. kita plan nak bawak CIk Xora pergi servis

nothing much nak tukar pon..

cuma service biasa... and tukar air filter sahaja.. 


tapi pomen tu ade juga cakap..

tayar nak due dahh..

so.. kita dah kena laaa kumpul budget for the tayar.. 


feninnn sister..