Friday, February 7, 2025

Makan Menarik Sekinchan


  • Abah Bonda Ikan Bakar
    • Alamat: Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
  • N16 Bus Cafe Sekinchan 
    • Alamat: F4V7+7V, Kampung Parit Empat, 45400 Tanjong Karang, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 11.30am-7pm (Jumaat-Ahad sahaja)
  • Kedai Bawah Pokok 2 
    • Antara makanan yang menjadi tarikan ialah roti canai melayu mereka. Dengan kepelbagaian jenis dari roti kosong ke roti tampal, roti sardin ke roti sarang burung, semua mereka ada. Masakan panas seperti goreng-goreng dan sup kaki ayam juga ada di sini. Bagi yang sukakan pencuci mulut, anda boleh pekena ABC di sini. 
    •  Alamat: Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 5.30pm-8pm (setiap hari)
  • Warung Amai Mentarang 
    • Warung Amai Mentarang ini dikenali sebagai kedai makanan laut yang dibakar. Saiz makanan-makanan laut di sini juga agak besar dan memuaskan. Antara makanan laut yang boleh anda pesan nanti termasuk ketam, udang dan mentarang. Kalau anda tak pernah cuba mentarang, mesti cuba tau. Jika anda kurang berminat dengan bakar-bakar, mereka juga boleh menyediakan makanan laut ini dalam bentuk berlauk seperti masak lemak cili api, masak tiga rasa dan banyak lagi. 
    •  Alamat: Jalan lapis, 1, Jalan Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
  • Cendol Pulut Was Sekinchan 
    • Dengan berbagai jenis cendol, pasti memuaskan. Cendol durian, pulut, cendol aiskrim pon ada. 
    • Alamat: Jalan Tali Air 6, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
  • Restoran D’Masri 
    • Restoran ini popular dengan hidangan istimewa mereka yang dinamakan ayam pasu. Ayam yang dibakar perlahan dalam pasu menggunakan arang, memang sedap dan unik. 
    • Alamat: 24/4B, Taman Ria, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
  • Mee Bandung Udang Pantai B.M 
    •  Nasi putih bersama lauk-pauk, masakan goreng-goreng juga ada di sini. 
    •  Alamat: Kampung Batu 23, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari) 11.30am-12pm (rehat)
  • Restoran selera Rimba
    •  Malah, menu mereka juga berasaskan binatang eksotik tau. Restoran ini juga sangat popular di kalangan golongan berkonvoi dan sering dijadikan pit stop. Berbalik kepada menu eksotik tadi, jangan terkejut. Antara masakan eksotik yang mereka sediakan ialah daging landak, rusa, ikan baung, arnab, kijang, dan udang galah, yang dimasak dalam pelbagai juadah seperti masak rendang, pedas atau berkicap. Bagi anda yang ingin mencuba keunikan masakan eksotik ini, bolehlah berkunjung ke sini. 
    •  Alamat: Kampung Belia 2, Jalan Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor 
    •  Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (11am-5pm) | Jumaat (Tutup)
  • AZR Mentarang Fresh Sekinchan 
    • Ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, ketam nipah masak cili api adalah antara hidangan yang menjadi kesukaan ramai
    • . Alamat: Jalan Tali Air 7, Kg Sg Leman, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 11am-8pm (setiap hari)
  • Chef Danial Halal Chinese Cuisine 
    • Dimulakan oleh Chef Danial Abdullah yang berpengalaman bekerja di Holiday Inn Subang Jaya selama 15 tahun. Kini, beliau menyediakan makanan masakan cina yang murah dan halal. Antara masakan yang menjadi signature di sini ialah sup ketam, ayam masak gajus dan cili kering, ikan stim teow chew, dan udang butter. Mereka juga menyajikan makanan lain seperti nasi ayam Hainan, Yee Mee, Wantan Mee dan Mee udang yang digelar Har mee. Bagi anda yang suka masakan cina, singgah ke restoran Chef Danial Halal Chinese Cuisine. 
    •  Alamat: Jalan masjid, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: Isnin (Tutup) | Selasa-Ahad (12pm-10pm) | Rehat (7pm-8pm)
  • Sekinchan Coconut Farm 
    • Antara makanan yang ada di sini adalah rojak, nasi lemak, dan ah mah kuih. Walaupun kafe dipunyai oleh peniaga cina, jangan risau, rojak dan nasi lemak dimiliki oleh peniaga melayu dan makanan-makanan di sini adalah halal. 
    •  Alamat: Lot 14307, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, 45400, Selangor Darul Ehsan. 
    •  Waktu Operasi: 10am-5pm (Sabtu & Ahad sahaja)
  • Restoran Sri Sekinchan 
    • Di waktu pagi, anda bolehlah mencuba lempeng dan roti canai mereka. Pada waktu tengah hari, mereka menyediakan lauk-pauk masakan kampung yang cukup menyelerakan seperti ikan keli masak lemak, sotong sambal dan sayur-sayuran dimakan dengan nasi putih panas. Dikatakan antara yang special di sini ialah kari kambing mereka. Antaranya ialah masak 3 rasa, stim limau, sambal, masam manis dan buttermilk. 
    •  Alamat: 15, Jln Mawar, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
  • Kopi Sawah 
    •  Buka setiap hari kecuali Rabu Jam 12.30pm – 7.00pm
  •  Kopi Kerja 
    •  Buka setiap hari kecuali Isnin Jam 12.00pm – 7.00pm
  •  VU Coffee & Tea 
    •  Buka setiap hari kecuali Selasa Jam 12.30pm – 7.00pm 
  • Hay Paddy Cafe 
    • Buka setiap hari kecuali Isnin 
    • Selasa jam 9.00am – 5.00pm 
    • Rabu sehingga Ahad jam 9.00am – 7.00pm
  • Colek D’Sawah 
    •  Buka setiap hari Rabu sehingga Ahad Jam 12.00pm – 7.00pm 
  •  Dapo Putih 
    •  Buka setiap hari kecuali Selasa Jam 7.00am – 10.00pm 
  • The Bendang 
    •  Buka Jumaat hingga Ahad Jam 11.00am – 7.00pm 
  •  Laman Tebu Aidil 
    •  Buka setiap hari Jam 11.30am – 7.00pm 
  • Warung Fat Boy Sekinchan 
    •  Buka setiap hari kecuali Isnin Jam 11.00am – 7.00pm 
    • Jumaat jam 2.00pm – 7.00pm 
  • Laman Choco 
    •  Buka setiap hari kecuali Rabu Jam 9.00pm – 7.oopm
  •  Bingjoy 
    •  Buka setiap hari kecuali Selasa dan Rabu Jam 2.00pm – 7.00pm  
  • The Make Sabak Bernam 
    •  Buka setiap hari Jam 10.00am – 8.00pm
  • Hay Celup Tepung Selambak 
    • Suka makanan celup tepung? Kalau ya, korang wajib singgah di sini! Hay Celup Tepung Selambak menyajikan hidangan sotong, udang, dan pelbagai makanan laut lain yang digoreng tepung dengan sempurna. Menu andalannya, seperti Udang Harimau dan Set Dulang Selambak yang penuh dengan pelbagai jenis makanan laut, pastinya membuatkan korang puas hati. Sos Ganu dan sos Thai sebagai pencicah, memang menggiurkan! 
    • Alamat: Lot 14210A, Jalan Besar, Tali Air 6, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, Selangor 
    • Waktu Operasi: 1 petang - 10 malam (Selasa - Ahad) 
    • No. Telefon: 011-6939 4157
  • Burger Stop Western & Grill 
    • Ingin menikmati makanan barat dengan pemandangan sawah padi yang hijau? Burger Stop Western & Grill di Sungai Besar adalah tempat yang tepat! Menawarkan menu seperti spaghetti, chicken chop, dan meatball, kedai ini sangat popular di kalangan penggemar hidangan barat. Makanan yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan! 
    • Alamat: Parit 7 1/2 Timur Jalan Baru, Kampung Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor 
    • Waktu Operasi: 3 petang - 10 malam (Rabu - Ahad) No. Telefon: 011-3533 5893
  • Gerai Rojak Shamal 
    • Kalau korang peminat rojak, pastikan tak lepaskan peluang untuk mencuba rojak di Gerai Rojak Shamal. Walaupun gerainya kecil, rojak yang disajikan di sini memang padu! Dari laksa hingga rojak ayam dan rojak buah, pasti korang akan tambah makan.
    • Alamat: Jalan Terusan Utama, Sungai Besar, Selangor 
    • Waktu Operasi: 12 tengahari - 5 petang (Isnin - Sabtu) 
  • Hay Kafe 
    • Terletak di tengah-tengah ladang padi, Hay Kafe menawarkan pengalaman makan yang sangat santai. Di sini, korang boleh menikmati hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rempah atau pasta, sambil menikmati pemandangan yang menenangkan. Tempat ini sangat sesuai untuk bergambar dan melepaskan stres! 
    • Alamat: Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor 
    • Waktu Operasi: 9 pagi - 4.30 petang (Sabtu - Ahad) 
    • No. Telefon: 011-1026 6965
  • Restoran Terapong Pantai Batu 
    • 23 Sungai Nibong Alamat Pantai Batu 23, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia 
    • Waktu Buka Setiap hari : 7 AM – 8.30 PM
  • Faridah Mentarang Bakar 
    • Alamat Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia 
    • Waktu Buka Selasa – Ahad : 11 AM – 5 PM
  • Mee Udang King Original 
    • Alamat Masjid, 23, Jalan Tengah Masjid, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
    •  Waktu Buka Sabtu – Khamis : 11 AM – 7 PM



No comments:

Post a Comment