Monday, February 3, 2025

Sekinchan

 

Tempat menarik Sekinchan 

  •  Sawah Padi Sekinchan
    •  Alamat: Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
  • Ah Ma’s House 
    • Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan  Waktu beroperasi: 10am-6pm (setiap hari)
    • Menariknya lagi, di Ah Ma’s House ini anda boleh membeli pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih kapit. Pembuatan kuih Kapit disini masih lagi menggunakan cara dan alatan tradisional.
  • Pantai Cermin / Sky Mirror Sekinchan 
    • Alamat: Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor 
    •  Waktu beroperasi: Bermula 8 pagi (pada waktu pasang surut yang khusus) 
    • Sky Mirror Sekinchan adalah merupakan sebuah tebing pasir atau pulau kecil yang muncul di tengah-tengah perairan. Apabila air surut dan menjadi cetek, barulah kawasan ini akan kelihatan. Disebabkan itu, waktu berkunjung ke sini adalah mengikut air pasang dan surut bagi membolehkan anda menerokai kawasan ini dan mengambil gambar sepuasnya. Apabila air cetek, ia akan muncul dan menimbulkan refleksi seperti cermin. Biasanya ia hanya terjadi 3-4 jam pada waktu pagi. 
    •  Harga tiket masuk adalah RM70 untuk dewasa 17 tahun ke atas dan RM60 untuk17 tahun ke bawah. Anda boleh dapatkan tiket masuk di Traveloka. Tiket masuk ini lawatan ke Sky Mirror dan juga aktiviti ATV selama 3 jam.
  • Pantai Redang 
    • Alamat: Jalan Pantai Redang, Sekinchan, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 8pm/9pm/10pm (setiap Malam)
  • Blue Tears 
    • Fenomena bioluminescence ini terjadi secara semulajadi disebabkan sejenis algae atau plankton yang ada dalam air yang mengeluarkan cahaya biru kehijauan. Anda boleh naiki bot dari jeti sky mirror untuk menyaksikan sendiri fenomena luarbiasa ini.
    • Menurut pakar, waktu terbaik untuk menyaksikan dan menikmati Blue Tears ialah pada jam 9pm ke atas. Lebih gelap, lebih terang cahaya yang akan anda saksikan. 
    • Alamat: 215, Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
  • Eagle Feeding di Pasir Penambang 
    • Alamat: 215, Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor Waktu Oeprasi: 3pm-6.45pm (setiap hari)
  • Pasar Jerami Ban Kenal 
    • Pasar Jerami Ban Kenal merupakan sebuah tempat tarikan yang berunsur pasar petang. Hanya beroperasi pada hujung minggu, pasar petang di sini memang meriah. Selain dari pasar petang, Pasar Jerami Ban Kenal ini juga dikunjungi kerana keunikan suasana di sini. Pagar masuk ke tempat ini sahaja sudah menjadi tarikan ramai dengan susunan jerami bergulung menghiasi pintu masuk. Ramai suka bergambar di sini kerana latar belakangnya yang nampak seperti negeri Texas di Amerika Syarikat. 
    •  Alamat: Parit 14 Ban Kenal, Simpang Lima, 45300 Sungai Besar, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 1pm-7pm (Sabtu & Ahad sahaja)
  • Laman Tebu Aidil 
    • Sebenarnya ia merupakan sebuah ladang tebu dan Bunga Orkid. Namun, terdapat sebuah gerai di sini Di mana mereka merah air tebu secara langsung. Memang sedap, terutama sekali ketika cuaca panas.Mereka turut menyajikan pelbagai makanan lain di sini tau. Ada laksa, nasi impit, nasi lemak, kepak ayam madu, buah-buahan dan macam-macam lagi. Memang seronok makan di sini sambil menikmati suasana ladang tebu yang juga menjadi port bergambar kegemaran ramai. Memang insta-worthy la tempat ini kerana suasananya dan latar belakang yang berlainan. 
    •  Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor 
    •  Waktu Operasi: 11.30am-7.30pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa & Rabu)
  • Sekinchan Coconut Farm 
    • Sebuah lagi ladang yang perlu anda kunjungi ialah Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4. Sebenarnya, ia merupakan ladang kelapa, tetapi banyak gerai makanan dan minuman dibuka di sini. Jadi anda dan keluarga dapat menikmati makanan dalam suasana yang cukup istimewa.
    • Alamat: Lot 14307, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekincan, Selangor, Malaysia 
    •  Waktu Operasi: 10am-5.30pm (setiap Sabtu-Ahad sahaja)







No comments:

Post a Comment