Wednesday, September 10, 2025

[Resipi] Perapan Kambing

 

BAHAN-BAHAN: 
  •  2 kg daging kambing, ayam/ daging /ayam
  •  1 sudu makan lada hitam tumbuk kasar 
  •  1/2 cawan sos BBQ 
  •  1/2 cawan sos tiram  
  • 1/2 cawan sos lada hitam 
  • 1/2 cawan kicap manis
  •  2 sudu makan gula pasir/ gula merah 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1sudu makan rosemary kering 
  •  2 sudu makan serbuk cili
  •  Sedikit pewarna oren (jika suka- fungsinya untuk naikkan warna perapan) 

BAHAN KISAR: 
  • 4 biji bawang merah besar 
  • 4 batang serai 
  • 5 ulas bawang putih 
  •  2 sudu makan cili kering


 CARA MEMASAK: 
  1. Bersihkan daging kambing, ayam atau daging. Tos dan ketepikan. 
  2. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan kisar dengan kesemua jenis sos. Sebatikan.
  3.  Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati. 
  4.  Masukkan kambing/daging/ ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata. 
  5.  Perap daging selama 2 jam. Jika mahu lebih sedap, perap semalaman.
  6. Bakar daging dan nikmati bersama sos Thai.


No comments:

Post a Comment