Tuesday, February 28, 2023

[Novel] Perfectly Halal - Suri Ryana

 

 

Perfectly Halal - Suri Ryana

Menjadi seorang Fatihah Nabila bukan mudah. Dicurangi Ayden Aqashah benar-benar memberi tamparan hebat dalam meniti usia dewasanya. Namun, siapa sangka di kala dia mahu menjauhi lelaki itu, takdir seakan menolaknya rapat pada Aidid Aqashah, kembar seiras Ayden pula.

 Bekerja sebagai caretaker mama Aidid dan Ayden, Datin Mahani benar-benar membuatkan hidupnya seperti menaiki roller coaster. Tunggang-langgang! Ayden sering merayu untuk kembali manakala Aidid sentiasa dingin dan mencari salahnya. 

Keadaan di vila bertambah kacau-bilau apabila Clown 13, badut pembunuh yang berbahaya kembali memburu Datin Mahani yang sedang terlantar sakit. Tanpa diduga ada rahsia yang tersimpan bersama dendam kesumat yang bergumpal kusut. Satu kejadian hitam benar-benar memberi tamparan hebat dalam hidup Tia. Ketika jiwa gadis itu hampir mati, Aidid muncul membawa harapan. 

 “Aku akan bertanggung jawab ke atas kesalahan yang Ayden lakukan pada kau. Be my wife and I’ll protect you till my last breath, Tia...” -Aidid- 

 Siapa saja yang mampu menentang jodoh yang telah lama tertulis di lohmahfuz? Namun, berjayakah pernikahan ini tika keraguan menghuni fikir pabila Aidid mahu merahsiakannya untuk sementara waktu? Apatah lagi sayugia menyedari Maya Nysa, gadis pilihan keluarga Aidid masih terkejar-kejarkan lelaki itu. 

 “Hidden truths are unspoken lies, Tuan Aidid... no matter how careful we are, we will get caught.” -Aidid 
 “Don’t you trust me, Tia? Aku tak main-main dengan kau. Please... trust me. Ada sebab yang sangat besar kenapa aku sembunyikan pernikahan ni.” -Aidi 

 Cinta yang mengasyikkan itu tetap tersulam indah biarpun pelbagai rintangan yang menerjah. Tika leka diulit bahagia, sekelip alpa hampir memisahkan nyawa.

 “Penantian ini sangat panjang Tia... abang hampir hilang Tia pada Ayden dan kali ini abang akan pastikan yang abang tak akan hilang Tia lagi. Untuk selama-lamanya.” -Aidid- 

 “Terima kasih sebab cintakan Tia. Honestly, I think I’ve fallen for you too...” -Tia- 

 Suratannya, rahsia demi rahsia terungkap dan identiti seorang demi seorang pengkhianat terbongkar. Selama mana hubungan mereka dapat bertahan kerana menurut badut berbahaya itu, hutang nyawa bayarannya juga nyawa


No comments:

Post a Comment