Saturday, May 11, 2024

Movie Date Dengan Apek Celup

 ekceli bende ni plan dari minggu lepas..

kalau ikutkan diaaa.. minggu lepas nak kidnap aku gi tengok wayang..

tapi masa tu badan pon penat..

esok kerjaa..

pkol 10 lebih malam masa tu..

mana maunya kitaa.. 


so... kita pospon ke minggu ni..

kita tengok wayang... citer Syeriff.. 

orang dok cakap best best.. kita pon nak tengok laaa. 



macam biasa... balik kerjaa..
kita gerak pergi tgk wayang.. 
cuma bila plann... kita susun cantik timing kitaa..
so.. masa tengok wayang.. kita rasa puas.. 
tak ada la kita ternganga wayang tengok kita. 

for syerifff..
nantiiii.. aku  rajin.. aku buat review khasssss pasal citer tuuu . 


Resipi Mee Bandung

 

 

Mee Bandung

Bahan Bahan 
  • 3 paket mee kuning (celur dan toskan) 
  • Hirisan daun sup, bawang goreng dan chili flakes untuk hiasan 
  • 1 kg daging (potong, rebus sampai empuk, simpan air rebusan) 
  • 2 biji bawang holland * 
  • 7 ulas bawang putih *
  •  1 cawan lada kering *
  •  2 sudu besar udang kering * 
  • 1 cawan minyak masak 
  • secukupnya Air 
  • 1 cawan sos cili 
  • 1/2 cawan sos tomato
  •  1/2 cawan sos tiram 
  • 1 kiub ayam 
  • 1 paket serbuk nasi goreng ayam Adabi 
  • secukup rasa Garam dan gula 
  • 1/2 kg isi udang 
  • 1 batang lobak merah (hiris) 
  • 1/2 biji bunga kobis (potong) 
  • 2 biji tomato (potong)
  •  5 biji telur
  •  3 pokok sawi bokchoy (potong) 
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air) 

Cara Memasak 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing & pecah minyak. 
  3. Tambah daging dan air rebusan. Kacau. 
  4. Masukkan isi udang. Kacau. 
  5. Perasakan dengan semua sos, garam, gula, kiub ayam dan serbuk nasi goreng ayam. Jika kurang kuah, tambah air. Kacau dan biar mendidih. 
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Kacau.
  7.  Bila dah menggelegak, masukkan telur sebiji demi sebiji, reneh sebentar. 
  8.  Masukkan sawi. Kacau dan tambah air tepung jagung. Kcau sebati bila kuah dah masak, tutup api.
  9.  Hidangkan dengan mee kuning, bawang goreng, daun sup dan chili flakes jika mahu pedas. Siap 

Wednesday, May 8, 2024

[Drama] Perempuan Itu (2023)

 

 

Perempuan Itu


Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. 

 Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya. 

 Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Tuesday, May 7, 2024

Dinner with Miya

 tadi lepas balik kerja..

aku sempat merayau ke Gombak..

nak jumpa Cik Miyaaaaaaa.. 

dah lama plan nak jumpa xjumpa jumpa..

last last nak dekat habis raya.. baru la jumpaa. 


weols jumpa kat Oldtown area Gombak.

saja.. lepak.. borak borak kejap.. 


pastu jumpa laaaa my fruit child aku yang baru tuuu
last jumpa budak kenit tu masa dia baru 1 minggu. 
ni dh besar.. dh 3 bulan..
dok sengihhhh je budak tuu.. 


si abang dia pon join tadi..
dia nampak aku.. dia tepuk je kita..
gitu je budak bertuah tu sapaaa..
but opkosss lepas tu dia salam n cium tangan.. 
pakej dapat peluk n cium lagi. 

gonna meet them again... 
tu tengah tunggu waktu sesuaii..


[Scent] Dior - Hypnotic Poison

 


#Scent
(Dior - Hypnotic Poison ) 


  • Hypnotic Poison by Dior is a Amber Vanilla fragrance for women.
  •  Hypnotic Poison was launched in 1998.
  •  Hypnotic Poison was created by Annick Menardo and Christian Dussoulier. 
  • Top notes are Coconut, Plum and Apricot;
  •  middle notes are Brazilian Rosewood, Jasmine, Caraway, Tuberose, Rose and Lily-of-the-Valley; 
  • base notes are Vanilla, Almond, Sandalwood and Musk.


Monday, May 6, 2024

Jumpa My Celebrity Crush

 semalam aku ada post pasal aku pergi open house abang angkat aku..

Abg Qazem dan Juga Kak Embun.. 

dalam dok beropen house..

makan.. makan.. makan.

dan tetiba... ade seseorang datang.. 


masa tengok dia tu..

goshhh.. mata kita.. terpaku... 

aku kenal dia....

aku minat kat dia.. 

masih hensemmm lagi dia..


and he is salah sorang my celebrity crush masa zaman sekolah dulu.. 

hensemmm dooo dia.. 



taraaa... abg Rashdan Baba. 

okkkk.. rezekiii akuuuu.. 
jumpa crush zaman kecik dlu.. 
hehehehe


Mesin Photostat Rosak !!

 dalam banyak banyak benda kat ofis tu..

aku tak boleh terima kalau mesin fotostat aku rosak.

and amik masa lama giler nak betulkan..

memang mengamok.

memang hilang mood. 


ko rasa camne??? 

kerja aku memang selalu n banyak guna mesin fotostat..

kalau dia rosak.. wooo boleh buat jadi pening 


mesin ni pulak start rosak since khamis lepas..

so.. keje aku pending dari khamis smpai la hari ni.. 


betul2 betul gangguuu yeee



Sunday, May 5, 2024

Open House Kak Embun & Abg Qazem

 


tadi aku pergi open house rumah abg qazem dengan kak embun
dah dapat jemputan.. 
kita pergi laaaa.. 

abang ada masak daging palembang..
sedap giler oiii. 
kalau abang start jual ni..
aku antara orang yang akan repeat.. 
jujurr... sedapp.. 


and opkosss.. masa gather ni laaa kita jumpa kawan kawan kita.. 

thank you kakkk dan abang atas jemputan. 


Saturday, May 4, 2024

Resipi Pes Sambal Ikan Bakar

 

 
Pes Sambal Ikan Bakar

Bahan Bahan 
  • 2 biji bawang besar* 
  • 4 ulas bawang putih* 
  • Segenggam lada kering* 
  • 1 inci halia* 
  • 1 inci lengkuas*
  •  3 batang serai* 
  • 4 biji lada besar merah* 
  • Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing2)* 
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang belakang)* 
  • 1 sudu besar udang kering* 
  • 1 ketul kecil gula melaka 
  • 2 asam keping 
  • secukup rasa
  •  Garam dan gula secukupnya
  •  Air 2 cawan
  •  minyak masak 

Cara Memasak : 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. 
  3. Perasakan dengan gula melaka, asam keping, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Tambah sedikit air dan tumis sampai garing sekali lagi. 
  5. Dah siap, sejukkan dan simpan dalam bekas.


Friday, May 3, 2024

Edge Award

 


akhirnyaaa...
hari yang kita tunggu akhirnyaaa..
hhehehe.. 

hari ni juri dan judges for Edge Award datang..
segala mak nenek stress fo the last 2-3 months akhirnyaaa habis hari ni..
alhamdulillah..

lepas ni mebi boleh stay rilex sikit...
x stress sangat.. 


Thursday, May 2, 2024

thank you


hari hari terakhir intern dibawah jagaan seketul cik purple..
alhamdulillah... x rosak kot budak ni.. 
im dedicated okeyy jd mentor dia ni.. 


thank you jadi peneman kat ofiss..
thank you sabar dengan workload banyak kat ofiss..
thank you jadi assistant pada akak.. 


i wish you all the best in future..
sedut banyak lagi ilmu kat tempat baru.. 


Wednesday, May 1, 2024

[Drama] Wanita Syurga (2024)


Wanita Syurga


Menceritakan tentang Ardini (Siti Khadijah Halim) yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar, (Redza Rosli) lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Warith. 

 Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya. Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. 

Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Farah (Riena Diana). Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Farah kerana dia seorang yang bekerjaya. Ardini mendapat sokongan Puan Faizah, ibu mertuanya menjalani masalah rumah tangganya. 

Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu. Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang?


Hari Buruh

 



Popular Posts