Saturday, May 11, 2024

Resipi Mee Bandung

 

 

Mee Bandung

Bahan Bahan 
  • 3 paket mee kuning (celur dan toskan) 
  • Hirisan daun sup, bawang goreng dan chili flakes untuk hiasan 
  • 1 kg daging (potong, rebus sampai empuk, simpan air rebusan) 
  • 2 biji bawang holland * 
  • 7 ulas bawang putih *
  •  1 cawan lada kering *
  •  2 sudu besar udang kering * 
  • 1 cawan minyak masak 
  • secukupnya Air 
  • 1 cawan sos cili 
  • 1/2 cawan sos tomato
  •  1/2 cawan sos tiram 
  • 1 kiub ayam 
  • 1 paket serbuk nasi goreng ayam Adabi 
  • secukup rasa Garam dan gula 
  • 1/2 kg isi udang 
  • 1 batang lobak merah (hiris) 
  • 1/2 biji bunga kobis (potong) 
  • 2 biji tomato (potong)
  •  5 biji telur
  •  3 pokok sawi bokchoy (potong) 
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air) 

Cara Memasak 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing & pecah minyak. 
  3. Tambah daging dan air rebusan. Kacau. 
  4. Masukkan isi udang. Kacau. 
  5. Perasakan dengan semua sos, garam, gula, kiub ayam dan serbuk nasi goreng ayam. Jika kurang kuah, tambah air. Kacau dan biar mendidih. 
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Kacau.
  7.  Bila dah menggelegak, masukkan telur sebiji demi sebiji, reneh sebentar. 
  8.  Masukkan sawi. Kacau dan tambah air tepung jagung. Kcau sebati bila kuah dah masak, tutup api.
  9.  Hidangkan dengan mee kuning, bawang goreng, daun sup dan chili flakes jika mahu pedas. Siap 

No comments:

Post a Comment