Friday, February 24, 2023

Kisah Masyitah, si Tukang Sikat Firaun

 

 

Kisah Masyitah

Kisah tukang sikat firaun bernama Mashitah atau dieja Masyitah merupakan kisah yang sering menjadi bahan ceramah israk mikraj dan terkenal di kalangan masyarakat kita.

 Daripada Ibn Abbas r.a., katanya: 
Rasulullah SAW bersabda: Pada malam saya diisrakkan ke langit, saya telah mencium satu bauan harum, lalau saya berkata kepada Jibril: Bauan harum apakah ini? 
Jawab Jibril: Ini adalah bauan harum daripada tukang sikat anak perempuan Firaun dan anak-anaknya.
 Saya berkata; Apa yang berlaku kepada beliau? 

Jawab Jibril; Pada satu hari ketika dia sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, Dengan nama Allah. Kata anak perempuan Firaun, sikat tersebut telah jatuh daripada tangannya, lantas beliau mengucapkan kalimah: Dengan nama Allah. 
Kata anak perempuan Firaun: Bapa sayakah yang anda maksudkan? 
Jawab tukang sikat itu; Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhan Bapa anda ialah Allah. Kata tukang sikat itu lagi: Beritahulah kepada-Nya tentang hal tersebut?
Jawab anak perempuan Firaun: Ya.

 Setelah anak perempuan Firaun itu memberitahu Firaun apa yang berlaku, Firaun telah memanggil perempuan yang menjadi tukang sikat itu lalu berkata; Wahai si fulanah, adakah benar anda mempunyai Tuhan selain daripada saya?
 Jawab perempuan itu: Ya, Tuhan saya dan juga Tuhan tuanku ialah Allah. 
Firaun memerintahkan dibuat satu bekas berbentuk anak lembu daripada menggelegak. Kemudian memanaskan air yang berada di dalamnya sehingga menggelegak. Kemudian perempuan itu diarahkan supaya terjun ke dalam bekas itu bersama dengan anak-anaknya. 

 Perempuan itu berkata kepada Firaun: Saya mempunyai satu hajat yang ingin saya utarakan kepada tuanku
Jawab Firaun; Apakah hajat itu? 
Saya ingin agar tuanku menghimpunkan tulang-temulang saya dan tulang-temulang anak-anak saya dalam satu kain dan kebumikanlah kami.
 Jawab Firaun: Itu adalah hak yang perlu kami lakukan untuk anda.
 Setelah itu anak-anaknya telah di perintahkan supaya dicampak satu persatu ke dalam bekas tersebut di hadapan mata beliau sehingga berakhir dengan anaknya yang masih bayi dan sedang menyusu. Pada ketika itu perempuan tersebut mula teragak-agak kerana mengenangkan anaknya itu. Tiba-tiba anaknya itu bersuara: Wahai ibu terjunlah, kerana sesungguhnya azab dunia lebih ringan berbanding dengan azab di akhirat, lantas ibunya terjun ke dalam bekas tersebut. 

Katanya; Kata Ibn Abbas: Empat kanak-kanak yang bercakap pada masa kecil iaitu Isa bin Maryam, anak dalam kes Juraij, saksi Yusuf dan anak lelaki perempuan yang menjadi tukang sikat Firaun.


No comments:

Post a Comment