Thursday, November 11, 2021

Hmm

jantung berdetak dan hati pulak teringatkan dia. 

dalam zikir pada tuhan.. aku titipkan doa dan hasrat hatiku pada Dia. 


aku tahu risiko yang aku bakal hadap 

aku tahu sakit yang mungkin akan bertandang. 

tapi.. apa lagi usaha yang ada. 


orang mungkin anggap mudah. 

mereka tak duduk disisi aku. mereka tak duduk di tempat aku. 

yang melaluinya aku.. 

penat kalau terlalu fikirkan kata orang.. 

penat kalau terlalu mengikut hasrat orang. 

bila buat semua sendiri.. aku juga penat sebab xpunya penguat.. 


Allah ada... Allah itu ada.. 

insyaallah Allah bantu.. 

tu je kalimat yang mampu aku laungkan saat hati bergelora. buat penenang rasa. 



 

Tak Terluahkan

 pernah tak korang rasa macam ada benda nak diluahkan. 

tapi sebab banyak.. last tak terkeluar pon.. 

akhirnya simpan balik ke dalam hati. 

telan balik semua. 



haaaa.. itu la ape yang aku rasa sekarang.. 

banyak benda nak cakap.

tapi.. tak terluahkan.. 

akhirnya aku simpan semua kembali.. 


dalam tangis sendu hati.. 

aku selitkan sedikit rasa itu dalam tangisku bila bersama sang Pencipta. 

moga dengan itu, berkurang sedikit rasa di hati ni. 



Quantity Vs Quality Approach

 

Quantity Vs Quality Approach


 

 Quantity Approach ni bila kita fokus pada "sehari nak upload berapa kali" . Jadi matlamat kita lebih kepada jumlah sehari berapa kali. 

 Quality Approach pula lebih kepada "hari ni aku nak bagi value apa". Jadi kualiti content ini untuk pastikan content mendapat high engagement dan mudah membawa leads dan conversion. 

 Jadi awak rasa mana yang lebih sesuai?

Wednesday, November 10, 2021

Once We Get Married (2021)

 

 

Gu Xi Xi is a fashion shopper, who runs a small online shop from home, and buys Alex's couture wedding dresses for her clients. During a private reception, she gets acquainted with Yin Si Chen, the black-bellied president who came to discuss business cooperation with Alex. An incident occurs leading to them to temporarily maintain a contract cooperative marriage relationship for a win-win situation pertaining to Alex. The two with opposite personalities gradually find love in this contract marriage.


Lirik Belum Siap Kehilanganmu - Steven Pasaribu

 

 

BELUM SIAP KEHILANGANMU - STEVEN PASARIBU

Sewindu sudah 
 Ku tak mendengar suaramu 
 Ku tak lagi lihat senyumanmu 
 Yang selalu menghiasi hariku 

 Sewindu sudah 
 Kau tak berada di sisiku
 Kau menghilang dari pandanganku 
 Tak tahu kini kau di mana

 Ternyata belum siap aku 
 Kehilangan dirimu
 Belum sanggup untuk jauh darimu 
 Yang masih slalu ada dalam hatiku

 Sewindu sudah
 Kau tak berada di sisiku
 Kau menghilang dari pandanganku 
 Tak tahu kini kau di mana 

 Ternyata belum siap aku
 Kehilangan dirimu 
 Belum sanggup untuk jauh darimu
 Yang masih slalu ada dalam hatiku 

 Tuhan tolong mampukan aku 
 Tuk lupakan dirinya 
 Semua cerita tentangnya
 Yang membuatku
 Slalu teringat akan cinta 
 Yang dulu hidupkanku Ooh… 

Ternyata Belum siap diriku 
 Kehilangan dirimu
 Belum sanggup tuk jauh darimu 
 Yang masih slalu ada dalam hatiku 

 Tuhan tolong mampukan aku 
 Tuk lupakan dirinya
 Semua cerita tentang dirinya 
 Yang membuatku 
 Slalu teringat akan cinta yang dulu 
 Slalu teringat akan cinta yang dulu 
 Hidupkanku


Mr Bibik (2021)

 

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya. 

Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya.

 Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan. Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. 

Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa. Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini. Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan. Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. 

Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya?


serah diri

good morning. 

pagi ni kita serah diri n serah telinga. 

appointment kali ni first time jmpe pakar.. 

pastu rasa macam nanti akan kne marah.. sebab gatal stop ubat sendiri.. 

so... bersedia lah.. 


doakannnnn yang baik baik ye kengkawan 






 

drive dalam anxiety attack

 



 tak boleh pulak tido.. teringat tadi 

Allah uji aku lagi tadi. 

hari ni straight 4 hari Allah datangkan ujian anxiety dalam idup aku. dah jadi peneman pulak sakit tuu selalu pulak dia datang. 


after series yang keep on coming . 

at one point aku leleh n lemah semalam.. and i choose to flush out to someone that i trust. 

so, jmpe dia.. dengan niat nak luahkan rasa.. supaya aku punya sedikit ruang untuk aku bernafas.. berehat sebentar kemudian mula melangkah semula. 


tapi.. Allah uji.. sebelum gerak dari rumah tengah hujan.. then masa nak berhenti solat sekejap, eh eh turun hujan semula.. 

kengkonon nak picnic sambil borak sambil makan.. x jadi.. last curhat hati ke hati kat dalam kedai makan.. sambil makan. 


elok nak balik... tgh2 ademm.. eh eh tetiba anxiety datang weii.. setan ni rajin pulak dia keje pasca cuti am ni.. sakit weii.. allah je tahu rasa.. habis orang sebelah aku gonyong, genggam, gemas semahunya akuu.. dek nk luah rasa sakit tuu.. 

sampai ke rumah dia.. nak drop.. aku masih x elok lagi.. and aku minta layover sekejap.. bagi aku tenang sikit.. kalau tak camne nanti nak drive. 

bila agak dah tenang sikit... agak2 nampak jalan x berpusing satu dunia.. dengan lafaz bismillah kita drop dia and kita jalan pelan pelan drive balik rumah. 

aku ingat aku kuat.. baru keluar taman rumah dia.. ehh bawak kete gelong kiri kanan.. allahh.. nasib xada kereta uols.. 

sebab gelong bawak kereta.. opkos bawak kete pelan pelan je.. takut gelong nanti terbabas kemana mana. 

ye la.. dalam pala otak fikir bebukan.. fikir langgar tu.. langgar nii.. tangan bawak kete menggigil... pelan2 je tekan pedal minyak.. mata bilau bilau tengok jalan.. otak x function.. signal kiri kanan kadang fail. 


alhamdulillah.. dalam pelan.. allah pelihara aku.. 

sampai juga rumah.. 

walaupon kuat dugaan dia tadi.. 

and aku trauma drive dalam keadaan anxiety.. 






Tuesday, November 9, 2021

Storytelling, Marketing Yang Berbisa

 

 

Storytelling , Marketing Yang Berbisa


Storytelling adalah marketing yang berbisa. Sebab manusia suka dengar dan mudah tertarik dengan cerita. Manusia suka bila penulis atau si pencerita ‘pimpin’ mereka ke satu perjalanan. Umpama mereka berada di tempat kejadian. Lari sebentar dari realiti dan perkayakan fikiran dengan pengajaran kisah manusia lain. 

Mengajar si pendengar atau pembaca untuk memahami dunia dan orang sekeliling dengan perspektif yang berbeza kerana selama ini mereka hanya berada di ruang lingkup yang sama. Sekaligus mengajar untuk menjadi lebih produktif dan memberi ruang untuk keluar dari masalah dalaman yang selama ini buntu dan tak jumpa penyelesaiannya.  Meraikan perbezaan dengan berasa terbuka dalam menerima satu-satu perkara apabila ditenggelami dengan buah fikir dan emosi dari watak di dalam cerita. 

 Persoalannya, bagaimana nak penulis atau bercerita dengan baik? 

Segalanya perlu bermula dari pengalaman anda. Cerita anda perlu real untuk berjaya menusuk hati pendengar mahupun pembaca. Susun jalan cerita supaya dapat meningkatkan keinginan orang untuk tahu apa jalan cerita seterusnya. Mulakan dengan karakter yang penonton atau pembaca boleh timbulkan perasaan empati. Bina ketegangan dan perasaan nak tahu dalam penceritaan anda. Jangan terlalu pendek hingga nampak tak real. Jangan pula terlalu panjang hingga nampak meleret dan bosan. Akhirkan dengan penutup yang memberi makna tak kiralah dalam sedih dan tawa.

 Jom mula bercerita dalam konten sosial media anda.


Monday, November 8, 2021

unspeakable


 



teruk yaaa rasa tadi. 

sampai meraung mcm anak kecik aku tadi sebab rasa sakit yang tak mampu ku ungkapkan. 

rasa yang tk mampu luahkan. 


rasa sakit itu perit sekali. Allah je tahu betapa sakitnya jiwa aku ini. 

masa meluahkan.. mcm nak tertarik jiwa, jantung ni tahan rasa. 

and at the time yg sakit ini, aku disuruh fikirkan orang..

fikir diri sendiri pon aku tak mampu.. macam mana nak fikirkan orang?


tak boleh ke aku kadang kadang aku jadi selfish sikit.

cuma untuk kelangsungan idup aku.

tak berniat jahat..

cuma ingin teman berbual?

itu pon kejam juga ke aku?



lemahnya aku

 



aku sakit.. sumpah sakit gilaa

aku dalam keadaan passive

buat nota doa.. n inspirasi kehidupan 

dan tetiba rasa tak best ni datang. 

sekali pakej dengan rasa bisa satu badan. 


sumpahh.. aku penat.. aku penat lawan

aku dah tak larat.. 

aku sakitt.. tak mampu dahh.. 

air mata berjujuran.. tapi apa yang aku dapat.. xhilang pon. 


lemahnyaaa aku.. 

lemahnyaaaaaaa aku.. 

dalam lemah ini.. nama dia juga yang muncul dalam benak akal ni. 

rasa nak lari dan hilang di balik pelukan dia. 

lemahnya aku tanpa kehadiran seorang lelaki. 

lemah.. kau lemah.. kau lemahh.. 



Awesome Monday Texas Chicken.

hello peeps.. 
dari hari sabtu teringin nak makan texas ciken. 
tapi . .. bila buka foodpanda mcm ada makanan lain yang lagi sedap dari texas ciken. 
akhirnya order makanan lain.. 

kebetulan aritu masa godek website ..
ternampak texas ciken ade special promo.. 
so.. waddup waddup.. harusssss direbut. ahaks. 

AWESOME MONDAY promo
ayam 4 ketul
honey biscuits 4 ketul. 
RM 19.90


so.. kebetulan tadi keluar . 
harusssslah cuba mendapatkannya.. 
and memang puas hati. hee

awesome monday deals
add on drinks
loaded fries seawed. 

and epi luncheon .



 

Fixed Vs Growth Mindset

 

 

Fixed Vs Growth Mindset


Fixed mindset: Taknak lah buat ambil challenge, tak pandai and susah 

 Growth mindset: Nak belajar lah, nanti kalau dah power boleh improvise 


 Semuanya bermula dengan mindset! 
kalau mindset kita nak berjaya, apa jua halangan pun kita boleh harungi. 
 Tapi sebaliknya, susah untuk kita nak grow.


Popular Posts