Storytelling , Marketing Yang Berbisa
Storytelling adalah marketing yang berbisa.
Sebab manusia suka dengar dan mudah tertarik dengan cerita.
Manusia suka bila penulis atau si pencerita ‘pimpin’ mereka ke satu perjalanan.
Umpama mereka berada di tempat kejadian.
Lari sebentar dari realiti dan perkayakan fikiran dengan pengajaran kisah manusia lain.
Mengajar si pendengar atau pembaca untuk memahami dunia dan orang sekeliling dengan perspektif yang berbeza kerana selama ini mereka hanya berada di ruang lingkup yang sama.
Sekaligus mengajar untuk menjadi lebih produktif dan memberi ruang untuk keluar dari masalah dalaman yang selama ini buntu dan tak jumpa penyelesaiannya. Meraikan perbezaan dengan berasa terbuka dalam menerima satu-satu perkara apabila ditenggelami dengan buah fikir dan emosi dari watak di dalam cerita.
Persoalannya, bagaimana nak penulis atau bercerita dengan baik?
Segalanya perlu bermula dari pengalaman anda.
Cerita anda perlu real untuk berjaya menusuk hati pendengar mahupun pembaca.
Susun jalan cerita supaya dapat meningkatkan keinginan orang untuk tahu apa jalan cerita seterusnya.
Mulakan dengan karakter yang penonton atau pembaca boleh timbulkan perasaan empati.
Bina ketegangan dan perasaan nak tahu dalam penceritaan anda.
Jangan terlalu pendek hingga nampak tak real.
Jangan pula terlalu panjang hingga nampak meleret dan bosan.
Akhirkan dengan penutup yang memberi makna tak kiralah dalam sedih dan tawa.
Jom mula bercerita dalam konten sosial media anda.
No comments:
Post a Comment