Cik Chenta, perlu ke kita ada 'H' (dibaca Honda) untuk memikat hati gadis gadis Malaysia.
H sebagai tanda memikat hati gadis gadis Malaysia
bagi menjawab soalan ini, rasanya masing - masing ada pilihan/ preference masing- masing dalam memilih pasangan. namun tidaklah semua materialistik sehingga menjadikan "H" sebagai satu landasan atau kayu pengukur dalam ciri-ciri pilihan lelaki idaman.
Bagi Cik Chenta, berbanding terlalu fokus kepada jenama, Chenta lebih berminat kepada persediaan si lelaki itu untuk menguruskan kewangan beliau masa kini dan masa akan datang. Bab pengurusan kewangan ini lebih penting dalam kesinambungan kehidupan . Apa yang nak dibanggakan dengan kereta H tetapi bab yang lain entah kemana. jika memang rezeki punya pasangan yang mempunyai kereta juga sudah bersyukur.
Cik Chenta lebih melihat kepada jaminan perhubungan dan masa depan yang dirancang oleh si lelaki dan juga pasangannya di masa akan datang. itu lebih penting bagi Chenta, kereta idaman boleh dimiliki apabila cukup wang. Chenta rasa ramai perempuan akan sokong dengan statement ini, perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang mampu memberi jaminan masa hadapan (berdasarkan planning dan usaha yang dilakukan) daripada seseorang lelaki.
jangan kerana tidak masih belum mampu memiliki kereta berjenama "H" membuatkan anda berasa kurang yakin dengan pasangan anda. Insyaallah akan ada pasangan yang mengerti, memahami dan menyokong serta menyayangi anda walaupon kereta anda tidak berjenama "H".
No comments:
Post a Comment