Monday, May 24, 2021

Top 5: Orang Paling Kaya Di Dunia

  


Top 5 Orang Paling Kaya Di Dunia


berdasarkan Forbes, kita akan cungkil 5 Orang Paling Kaya di Dunia

  1. Jeff Bezos

    Pada tangga pertama diduduki oleh lelaki hebat di belakang Amazon, Jeff Bezos.  Lelaki berumur 57 ini mempunyai nilai kekayaan sebanyak 177 Billion US.  Jeff Bezor dikatakan menubuhkan Amazon pada tahun 1994 di garasi rumah beliau di Seattle, Amerika Syarikat. 

    Selain daripada Amazon, Jeff Bezos juga merupakan pemilik Washington Post (akhbar) dan Blue Origin, sebuah syarikat yang membangunkan roket bagi tujuan komersial  

  2. Ellon Musk

    Di tangga kedua diduduki oleh Elon Musk. Elon Musk tak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang mengetahui pemilik Tesla dan juga Space X , sebuah syarikat pembangun roket. Pada tahun 2021, Ellon Musk dilaporkan mempunyai nilai  kekayaan sebanyak 151 Billion US. 

    pada Februari 2021, Space X dilaporkan bernilai 74 billion. 

  3. Bernard Arnault

    Bernard Arnault pula menduduki tangga yang ketiga. Mungkin nama Bernard kurang popular dikalangan kita, tetapi Bernard sebenarnya salah seorang taikum dalam industri fesyen di dunia. Antara jenama milik beliau adalah Luis Vuitton dan juga Sephora. 

    Pada tahun 2021, Bernard dikatakan mempunyai nilai kekayaan sebanyai 150 Billion US. 4 orang anak beliau turut bekerja di syarikat yang sama. 

  4. Bill Gates

    Bill Gates, susuk yang tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan pemilik Microsoft, memiliki nilai kekayaan sebanyak 124 Billion US. Selain Microsoft, beliau juga melabur di beberapa buah syarikat, antaranya Canadian National Railway dan AutoNation.

    Pada March 2020, Bill Gates meletak jawatan beliau di Microsoft dan beliau memiliki saham sebanyak 1 % atas software dan syarikat computer. 

  5. Mark Zuckerberg

    Mark Zuckerberg berada di tangga ke-5 top 5 kita pada kali ini. Menurut laporan Forbes pada tahun 2021, Mark yang juga pemilik Facebook memiliki 97 Billion US. 

    Mark Zuckerberg menubuhkan Facebook pada tahun 2004 di Harvard pada tahun 19 tahun. 


No comments:

Post a Comment