dulu aku pernah dengar.
jika inginkan sesuatu.. berdoalah.. minta pada Allah.
dan aku mengatakan hasratku..
berdoa.. hingga kadang kadang berderai air mata meminta kamu menjadi jodohku.
hingga ketika aku menunaikan umrah dahulu..
nama kamu juga dalam doa jodohku.
beberapa tempat mustajab doa juga ku usahakan.. ku usulkan namamu dalam bagian doaku.
bila saat kau setuju dengan hasrat hati yg meminta kamu bertanggungjawab atas aku.
aku gembira sangat.. bagaikan Allah telah makbulkan doa aku
tapii.. apekan daya.. itu suratan akhirnya.
aku terima.
jika masa kau masih milikku..
saat aku yakin Allah perkenankan doaku.
aku yakin, aku , kau dan kita akan bahagia..
tapi.. saat ia retak berpecah beribu..
saat itu juga aku jatuh..
hilang keyakinan aku tentang masa depan.
hilang harapan aku.
bila mengingatkan perkahwinan dengan rasa cinta..
aku kdg2 jd takut.. apakah ia akan berpanjangan.
tidak mahu aku.. jika aku kahwin.. bahagia cuma seketika.. kemudian berantakan hingga bercerai.
aku takut..
semoga jodoh yang Allah berikan pada aku nanti.. adalah jodoh yang baik.. jodoh yang mampu menggembirakan dan membahagiakan aku.. jodoh yang mampu membimbing aku di jalan redha Allah.. jodoh yang mampu setia bersama dengan aku. jodoh yang mampu menjadi ketua yang baik dan penyayang buat keluarga kecil kami..
amin.
No comments:
Post a Comment