Wednesday, March 16, 2022

Filem : Istanbul Aku Datang (2012)

 

 


Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian (Lisa Surihani) yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad (Tomok) yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana. 

 Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan. 

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris (Beto Kusyairy). Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan. Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.


No comments:

Post a Comment