Saturday, September 3, 2022

Resipi Japche

 

 

Japche

BAHAN-BAHAN: 
  •  1 genggam glass noodle 100g daging/ayam | hiris nipis (perap dengan sos tiram, lada hitam)
  •  3 pokok bayam (ambil daunnya sahaja) | rebus dan tos 
  • 3 ketul shitake mushroom | hiris nipis 
  • 1 pokok daun bawang | hiris memanjang 
  • ½ bawang holand | hiris nipis 
  •  ½ batang lobak merah | potong memanjang
  • ½ biji cili benggala kuning | hiris nipis
  •  ½ biji cili benggala hijau | hiris nipis 
  • 2 biji telur | (asingkan putih dan kuning) buat telur dadar kemudian hiris nipis 
  • Kicap cair 
  • Minyak bijan 
  • Bijan sangai 
  • Gula secukupnya 

 CARA-CARA: 
  1.  Panaskan air hingga menggelegak. Masukkan glass noodle rebus hingga empuk toskan. 
  2. Masukkan dalam 1 bekas. Masukkan 2 sudu besar sedikit kicap, 1 sudu besar cair minyak bijan dan sedikit gula kemudian gaul sebati. Ketepikan. 
  3. Pan lain, panaskan sedikit minyak. Goreng sebentar daging/ayam yang sudah diperap tadi sehingga masak. Ketepikan. 
  4.  Kemudian goreng kilas setiap bahan shitake mushroom, lobak merah, bawang holland, cili benggala merah dan kuning secara berasingan sehingga masak. 
  5.  Masukkan kesemua bahan goreng kilas ke dalam bekas yang mengandungi glass noodle tadi. Gaul sebati, kemudian masukkan telur dadar dan daun bawang. 
  6. Perasakan lagi dengan kicap cair , minyak bijan dan gula. Tabur bijan sangai. Sedia dihidang 

 *Goreng kilas = goreng sebentar dia atas pan/kuali


No comments:

Post a Comment