Friday, May 31, 2024

rindu sangat ke haaaaaa awak

 


Just a quick post. 
Malam td lepas habis zoom call dgn encik faiz..  kita pon golek golek n tido. 
Sedap tido weii. 

Tetiba masuk la dalam alam mimpi.. 
Ini bukan mimpi seram ye.  
Dalam mimpi tu terjumpa dengan Mr Ted kat satu tempat.. mcm ofis ke ape ke. 
Pastu borak2 kejap n dia ajak balik rmh dia.
Mse tu aku dengan ms angel. 

Balik rumah dia.. borak borak.. 
Dia bgtau ade event aqiqah ke ape ntah untuk anak dia kat masjid dkt2 dgn rmh aku. 
( aku pelik.. asal nk buat kat masjid dkt rmh aku kan...) 
Then.. dia ajak sembang.. dia baring kat katil sambil pegang jari aku.. aku pandang dia pelik. Dia lepaskan. 
Then sembang lagi... dia pelan2 pegang balik jari aku.. sembang2 then tetiba dia berdengkur. 
(Wahhh.. sedappp betul dia eh.. pegang jari org terus lena ehh) 
Dgr dia dengkur.. aku pon ikut terlelap sama. 
(Bad habits... amponn) 
Then dia kejutkan bangun. 

Kitorang lepak kat belah ruang tamu pulak.. 
Kat situ.. minta ms angel urut.. 
Sbb lenguh badan.. dia pon sebok nakk juga. 
Dia duduk dpn aku lak.. minta urut.. 

Ok.. habis scene.. 

Then masuk scene aku nk pi jmpe kawan. 
Someone datang dtg jauh.. 
N ni lepak ramai ramai. 
Sampai je kat sana.. ehh ehh.. dia pon ade. 
Memula nk dok sebelah dia.. sbb ade seat kosong.. tp x jd. 
Then.. masa aku lepak n mkn.. dia dr seat dia duduk bertentangan dengan aku. 
Aku makan.. dia dok tenung2 aku. 

Haihh la awak.. 
Rindu sangat kat saya keeee eh. 


Wednesday, May 29, 2024

[Drama] Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (2019)

 

 

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi (Nafiz Muaz) dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila (Uqasha Senrose) telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara akibat perbuatan abang kandung Kris, Khairyl (Yusuf Bahrin). 

Kris yang mengetahui bahawa kejadian yang menimpa Salsabila adalah disebabkan oleh perbuatan abangnya membuatkan dia berasa bersalah lalu membantu Salsabila bebas daripada pertuduhan tersebut. Pertolongan ikhlas Kris telah membantunya membuatkan Salsabila telah jatuh hati kepada Kris dan mereka mula saling jatuh cinta. 

 Namun kedatangan Yasmin (Elly Mazlein), iaitu tunang kepada Khairyl ke ladang milik datuk Kris dimana tempat Kris dan Salsabila bekerja membuatkan Kris berasa rimas dengan Yasmin yang selalu cuba mengoda dan menyusahkan dirinya dan Salsabila. Kris kemudian telah dipaksa untuk berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya, Dato' Kameel (Azri Iskandar) kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain. 

Ayahnya pula meminta Khairyl berkahwin dengan Salsabila. Akan tetapi Khairyl akan berkahwin dengan Salsabila atas sebab mahukan harta arwah Tok Abah (Harun Hashim). Ini kerana, dalam wasiat tok abah telah mengatakan Salsabila harus berkahwin dengan anak Dato' Kameel, tetapi tidak dinyatakan samaada Kris atau Khairyl. 

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangnya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara. Manakala Yasmin juga menghilangkan diri selepas keluarganya meminta ganti rugi daripada keluarga Dato Kameel. Oleh kerana perkahwinan Salsabila dan Khairyl terbatal,maka mereka harus membayar ganti rugi perbelanjaan dalam mengadakan majlis tersebut. Pak Ali (Aman Graseka), ayah Salsabila terpaksa menjual geran tanah kepada Shuib (Yusri Saleh), iaitu orang kaya dikampung mereka demi membayar ganti rugi tersebut. 

Empat tahun berlalu, Kris sudah menjadi askar berpangkat kapten seperti yang dia impikan. Dia tidak tahu apa terjadi pada Salsabila dan Khairyl. Disangkanya perkahwinan mereka sangat bahagia. Dalam masa empat tahun juga, pelbagai benda terjadi pada mereka sekeluarga. Dato Kameel terlibat dalam kemalangan dan koma selama tiga tahun selepas bertemu dengan seseorang di kampung. Salsabila pula telah kehilangan ayah tercinta dan hidup keseorangan. Dia masih rasa kecewa dengan perbuatan Kris yang menghilangkan diri selepas kejadian di hari perkahwinan mereka. Kris berusaha memikat kembali gadis yang dia dicintai. 

Salsabila yang kini dalam dilema dan tertekan apabila Shuib menuntut semula bayaran hutang Salsabila sebelum ini. Shuib juga mengenakan syarat kepada Salsabila, iaitu sekiranya Salsabila gagal membayar hutangnya itu, Salsabila harus berkahwin dengan Shuib. Disebabkan itu, Salsabila kini terpaksa menerima lamaran Shuib untuk menjadi isteri ketiganya demi membayar semula hutang tersebut lalu berhasrat ingin mendapatkan semula geran tanah miliknya. 

Kris yang mengetahui akan hal tersebut kemudian menemui Suri (Mia Nasir), iaitu isteri kedua Shuib dan membayar semua hutang Salsabila kepada mereka dan berjaya mendapatkan semula geran tanah milik keluarga Salsabila. Kris kemudian berpakat dengan Dali (Reza Hasbi) untuk mengagalkan perkahwinan Salsabila dengan Shuib. Dali berjaya memperdayakan Shuib sementara Kris menikahi Salsabila secara diam-diam. Salsabila yang kini sedar bahawa suaminya adalah Kris kemudian berasa marah dan menuntut cerai daripada Kris namun Kris enggan melepaskan Salsabila lagi. Berkat bantuan Dali dan isterinya, Salsabila memaafkan Kris dan menerimanya semula.


Tuesday, May 28, 2024

batuk ini membunuhku

Dah makin terukk sebenarnya demam ni.
Hari jumaat sengaja amik cuti.. 
Nak manjakan badan.. treatment badan. 
Malam tu gradually suara hilang.. 
Sabtu total hilang ye suara. 

Semalam.. suara datang sayup sayup. 
Tapi kalau banyak cakap sikit.. 
Haabis.. batuk kong koong kong sekuat alam dia bagi.. makin sakit and perit tekak 
Balik.. makan ubat dan hilang..

Hari ni.. tekak masih x geng.. 
Sedihhh laaaaaa jiwa kitaa. 


[scent] Anna Sui - Anna Sui

 

 

#Scent
( Anna Sui - Anna Sui )


  • Anna Sui by Anna Sui is a Floral fragrance for women. 
  • Anna Sui was launched in 1999. 
  • Top notes are Raspberry, Apricot, Orange, Bergamot and Green Accord; 
  • middle notes are Iris, Bulgarian Rose, Floral Notes, Orris Root, Jasmine and Lily-of-the-Valley; 
  • base notes are Tonka Bean, Sandalwood, Amber and Cedar.


Saturday, May 25, 2024

LUGE @Gamuda Gardens Rawang


Besties Day Out.. 
kali ni we take over LUGE @ Gamuda Gardens, Rawang. 
ekceli.. aku dah beli tiket nak pi main bendalah ni masa pi MATTA FAIR bulan 3 lepas..
and kali ni baru free nak pi main. 


masa naik skyride... nak ke puncak sebelum dapat main Luge

masa kat MATTA FAIR.. 
dapat la harga murah sikit... promo la katakan.. 
dan aku amik 5 rides luge.. RM 64.00
kalau harga biasa dalam RM 80.00 ++
so.. jimat la jugaaa 


masa naik skyride ni, boleh nampak diorang main Luge kat bawah.. 
tak sabar ~!!

kitorang amik nak main malam..
sebab ada lampu lampu.
lagipon takdela main masa panas panas kan.. 
so.... why nott.. 

skyride... masa memula jeee ada yang gayat (Mel) 
siap dia warning tak bagi hayun kaki..
dah 2-3 kali naik.. dia join sekaki hayun kaki 

LUGE ni.. dia ala ala kereta go kart..
tapi tak guna enjin.. 
100% bergantung pada graviti.. 
sebab tu kena buat pada kawasan berbukit..
dan kita kena naik skyride untuk naik keatas.. 


4 sekawan ready nak berLUge

LUGE GAMUDA GARDENS ni pula ada 4 track..
so.. pilih yang mana korang sukaa..
masa 1st ride tu.. diorang ada macam small brief laaa macam mana nak main bendalah tu..
macam mana nak control kereta tu.. 
so.. nothing to worries..

dalam 4 track tu.. kitorang belasah 3 track je..
LEGEND, ULTRA & GRAVITI.. 
1st ride dah bedal legend.. membe marahhh.. hahahaha. 
but you need to try all baru laaaa puassss 

first ride tu.. aku dengan bear je la main pecut and lumbaaa.. 
mel & abg eddy slow motion kat belakang.. 
aku dengan bear mcm F1 Driver.. 
but bila dh masuk 2-3 ride.. laju juga mel tuuu bawak...
bear jangan tanyaaa.. dia memang favourite bab laju laju ni.. 

BTW topi helmet diaa tu ada macam satu cip..
sebab ada camera tersembunyiii..
tau2 masa scan kat bawah.. ada video or gambar yang diorang snap..
and gmbr dan video ni berbayar yeee..


 

Resipi Nasi Goreng Kampung


Nasi Goreng Kampung

  • 2 cawan Nasi Sejuk 
  • 1 genggam ikan bilis 
  • 5-6 pokok kangkung 
  • 2 ulas bawang putih- cincang halus 
  • 1 ulas bawang merah- hiris halus 
  • 2 sudu minyak masak 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar susu cili 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu sambal belacan 
  • 2 biji cili padi 
  • 1 biji telur-telur mata 

Cara Memasak 
  1. Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing.
  2. kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah serta cili padi.
  3. Masukkan sos tiram dan juga sos cili. 
  4.  Masukkan sos ikan dan sayur kangkung serta Nasi. 
  5.  Akhir sekali masukkan sambal belacan dan gorenglah sehingga nasi betul2 masak. 
  6. Dalam masa sama di dapur sebelah lagi gorenglah telur mata. 
  7.  Siap dihidangkan


Wednesday, May 22, 2024

[Drama] Rajuk Karina (2023)

 

 

Rajuk Karina


Karina dan Mizan adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan. 

Saiful pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina. 

Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan. 

Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. 

Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya. Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?


Tuesday, May 21, 2024

[Scent] Jo Malone - Mimosa & Cardamom

 

 

#Scent
( Jo MaLone - Mimosa & Cardamom )

  • Mimosa & Cardamom by Jo Malone London is a Amber Floral fragrance for women and men. 
  • Mimosa & Cardamom was launched in 2015. 
  • The nose behind this fragrance is Marie Salamagne. 
  • Top note is Cardamom; 
  • middle note is Mimosa; 
  • base note is Tonka Bean.


Sunday, May 19, 2024

Samurai Yakiniku @ Setapak


kali ni... aku dan kawan kawan..
ala.. kawan aku kaki makan tu biasanya 3 orang tu je..
Mell & Abang Eddy.. kali ni Bear tak ikut 
kitorang try satu restoran ni..
ekceli dah lama sebenarnya aku nak try..
sebab tertarik dengan konsep BBQ dia.. 

SAMURAI YAKINIKU..
and kami pilih untuk serbu cawangan dia kat Setapak. 
btw,, suggest untuk buat booking terlebih dahulu ye..
kedai dia x banyak sangat seat.. 
and always adaaaaa je orang datang. 
so.. sebelum datang please buat reservation..
and kat sini PARKING BERBAYAR.. 



harga buffet dia adalah RM 39.00 seorang.. 
dia datang sekali dengan 2 bahagian... grill dan soup..
tapi restoran jepun ni xbg pilihan sup... 
dia bagi sup dia je laaa.. 
celup la ko kat situuu..




buffet ni termasuk nasi.. 
salad..
daging (ayam, daging, kambing) 
sup miso
black pepper sauce..
air sejuk
sauce lain... kena amik kat sauce station..
and boleh tambah... minta je kat diorang if nak refill 



haa.. ni rupa sup celup diorang. 

so far makanan dia sedapp..
cuma aku personally lebih suka grill dari rebus rebus ni..
ayam dia sedapp.. bahagian tender kott dia bagi.. lembut lembutt gituu. 
kambing diaaa memang paling kerap kitorang tambah..
salad pon habis bertambah mel & abg edy dok makan.
nasi jepun dia biasa.. 
sup miso dia pon biasa.. 

cuma yang kurang adalah tempat meja dia sedikit sempit ok..
penuh mejaaaa.. so pepandai laaaa korang macam mana nak duduk...
harga and makanan... not bad.. 


 

Saturday, May 18, 2024

Komune Living & Wellness, Bandar Tasik Permaisuri

semalam aku check in dekat satu hotel ni.. 
Komune Living & Wellness kat Bandar Tasik Permaisuri. 
actually Si Mell yang ajakk
katanya ada coupon hotel... nak dekat expired.. 
so.. kita pon.. gunakan sebaiknya.. 


kat sini parking kalau nak masuk.. dia cashless..
so.. guna kad touch n go atau debit card..
then.. sebelum keluar.. ko kne validate card yang sama kat kaunter..
nanti dia wavekan.. 

btw.. lift dia pakai access card..
so.. no trepassing la yeee..



hallwayy nak ke bilikk..
normal jeee... 
tapi.. kdg2 masih boleh dengar orang jalan kat hallway tu dari dalam bilik.
maksudnya tak kedap suara ye.. 



masuk bilik.... tengok bilik... nice je tersusun.. 
konsep dia modern minimalis.. 
open cabinet.. 
ade peti sejuk mini.. 
ada pemanas air... 
untuk air.. ade water station (mcm coway - dekat dengan lift) 
tapi.. xde kopi, teh etc.. uols kena bawak dari rumah ye. sekian. 



toilet... 
haaa toilet ni special sikit.. pintu kaca.. tapi ada tinted kat tengah..
so.. boleh nampak kaki.. tapi xnampak badan laa.. 
and pintu dia xde lock..
kalau dapat kawan jenis pedajal.. hahaha.. pepandai ahh. 
pastu pintu dia 2 hala.. (means blh tutup belah shower or tutup belah pintu tandas.. 
weols more into tutup toilet... 
so.. we conquer the area masa guna.



katil dia.. aku sukaaa..
katil empukkkkk... tu antara sebab suka duduk hotel
katil dia bestttt gilerrrr 
bantal dia bagi 1 je...
jenis suka tido bantal banyak2.. kena bawak dari rumah. 



plug ada kat sebelah katil..
dedua belah.. so.. for us yang duduk berdua. tak berebut.. 
suiz lampu ada kat hjung katil..
tapi... diorang xletak side table.. sebab ruang kecik je.. 
so.. pepandai la hidup. 

overall.. for mee.. still okey bilik ni. 
tak kecik sangat..
still selesa..


oh ya.. kat sini ade few things yang boleh korang guna..
i mean the facilities..
tapi sebab dedua datang masa kerja..
tak sempat nak merasa semuaa.. 

mebi... next time.. 
insyaallah.  

 

Resipi Nasi Lemak Halba

 

 

Nasi Lemak Halba

 Bahan Bahan : 
  • 3 pot beras 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 3 biji buah pelaga 
  • 2 biji bunga lawang 
  • 1 sudu besar halba
  •  3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  •  1 inci halia 
  • 1 cawan santan 
  • 3 sudu besar gula 
  • 1 sudu besar garam 
  • 1 helai daun pandan
  •  5 cawan air

Cara Memasak : 
  1.  Basuh beras bersih. 
  2. Masukkan air, bawang, kulit kayu,buah pelaga, gula, garam.
  3.  Kemudian masukkan halba dan santan. 
  4.  Masukkan santan dan daun pandan. On the rice cooker. 
  5. Siap. Gembur nasi sekata. 
  6. Hidangkan bersama timun, sambal ikan bilis, telur serta ayam goreng.


Friday, May 17, 2024

BIla Besties Berjumpa


biasalah bila kawan kawan yang lama xjumpa..
bila dapat jumpaaa..
haaaa.. kecohhhhhh.. 
macam macam ceritaaaaa nak story. 



kelawar sponsor by Fatin.. 
sebab ambush rumah dia.. hehehe

haaa.. sambuunggg..
masing masing dah ada life masing masing..
ada yang dah tunang...
ada yang dah kawin..
ada yang dah ada anak.. 

so.. topik bersepahhhh la kitorang borak.
pasal pakwe (orang single) 
pasal anak2..
pasal kerja..
pasal itu ini.. 

alhamdulillah.. 
walaupon jarang jumpa..
tapi ada.... 
insyaallah.. more to come. 



 

Thursday, May 16, 2024

Pot Luck at Fatin's

unplanned activities selalu menjadi kan..
tetiba masa ondaway pagi tu nak pi kerja..
tetiba salah seorang mesej..
ajak jumpa.. lepak.. 
so... yeah... sorang kata on... 
dan taraaa.. semuanya jadi. 

kali ni Fatin open her house for us. 
lepakkkk lepak..
makan... potluck 

penuh satu mejaaaa dengan makanan.. 
hahaahhaa.. 
sambil makan.. sambil borak..
sambil jaga anak..
maklumlah... half of them dah masuk geng mak mak. 



satay ni.. sedap gilossss..
berlemakkkk... penuh rasa...
memang tak menyesal datang makan.. 







 

Wednesday, May 15, 2024

[Drama] One Million Dollar Voice (2023)

 

 

One Million DOllar Voice

Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton. Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun. 

 Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta. Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis. 

 Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut. 

 Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya


[Film ] Malbatt : Misi Bakara (2023)

 


Malbatt : Misi Bakara

Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, dalam kejadian Black Hawk Down.


Ade Orang Ajak Lari Rumah

 

ondawayy nak pergi kerja..

tetiba ade mesej masukk..

wei.... jom datang rumah aku..

ko tido je la rumah aku

xpayah balik.. 



while me.. tak prepare for this,,n

aku xbawak baju kot !!! 


membe selamba cakap..

xpe... nnti kita beli.. 

xpon ko pakai je baju aku...

spender disposal aku pon ko blh amik.. 


dasatt betul ehh dia.. 


Tuesday, May 14, 2024

[Scent] Maison Martin Margiela - From The Garden

 

 

#Scent
( Maison Martin MargieLa - From The Garden )


  • From the Garden by Maison Martin Margiela is a Chypre fragrance for women and men. 
  • This is a new fragrance. 
  • From the Garden was launched in 2023. 
  • The nose behind this fragrance is Olivier Cresp.
  •  Top notes are Tomato Leaf and Green Mandarin; 
  • middle note is Geranium; 
  • base note is Patchouli.



Saturday, May 11, 2024

Dilemma Hidup.

 


aku dalam dilemma.. 
perang dengan perasaan sendiri..
perang dengan hati sendiri..
perang dengan otak sendiri.. 
sungguh.. aku dilemma. 

aku.. kenal diri aku.. 
memang dari zaman dulu dulu..
nakal aku... hahahhaha.. 
kita panggil zaman jahiliyah.. 

then .. pelan pelan.. aku jadi normal..
just a normal human being..
opkoss  nakal tu ada.. jahat tu ada.. 
tapi tak ada yang melampau.. 

then dalam journey aku.. aku kenal dengan Mr Ted. 
something about him yang buat aku rasa makin senang kenal dengan dia.
makin lama.. makin rapat..
dan semakin rapat..
hingga bibit bibit kasih dan sayang muncul.
then.. episod bermacam warna aku lalui dengan dia.. 
5 tahun bersama.. bukan waktu yang sekejap..
macam macam memori kitorang cipta.. 
but apa nak kata. jodoh bukan milik kita..
dia pilih untuk pergi... 
yeee.. aku kecewaaa.. sedih.. marahh.. 
hingga aku kemurungan. 

dalam fight kemurungan.. 
aku cuba kuatkan diri.. ubah diri..
"NAK JADI BAIK UNTUK DIRI"
"BE BETTER ME" 
ni laaa slogan kata yang selalu aku cakap kat diri.. 
hari hari aku cuba kuat.. 
tak buat lagi dosa silam. 
tak buat lagi perangai buruk dulu.. 

yet.. iman tu ada naik turun.. 
kejap okeyyy.. kejap aku hanyutt.. 
tak mudahhh... beratttt sangat.. 

kemudian dipersimpangan.. Allah temukan aku dengan Mr Butterfly . 
kenal dia yang baikkk... akhlaknya baik.. perangai dia baik..
kalau tenung balik diri.. sungguh aku rasa tak layakk. 
sumpahhh aku terlalu segan dengan dia.. 
perempuan pendosa macam aku.. layak ke dengan dia? 
tapi.. sebab aku nak jadi baik... mungkin sebab tu kot Allah temukan kami.
jadi pemangkin dan kekuatan aku.. 
tapi.. jodoh kami juga tak panjang..
aku sedar diri.. aku pendosa.. banyak dosa aku.. 
manakan pula dapat lelaki sebaik dia.. 

tapi.. aku percaya.. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita.. 
ada sesuatu yang Allah nak bagi.. 
mungkin Allah amik dia sebab aku terlalu bergantung kepada manusia.
bukan sepenuhnya berserah pada Dia. 

with the spiriit.. aku cuba kuatkan diri..
jadi baik untuk diri sendiri..
be better me tomorrow.. 

tapi lately.... something comes and kacau pemikiran aku.. 
jujurnyaaa.. aku penatt.. 
penat lawan diri sendiri.. sendirian.. 
penatt ... 
hinggakan aku terfikir yang aku ni fake..
aku sendiri tengah perang antara 2 identiti dalam diri aku..
aku yang baik VS aku yang jahat.. 
otak aku keep on telling me that im fake.. 
aku bukan baik mana pon.. 
takatt sikitt ye yang berubahh.. tapi banyak tu masih jahattt je.. 
dan mula la otak suruh jadi diri sendiri..
jadi diri aku dalam kehidupan biasa aku.. 
yang macam dulu dulu.. 

aku xtau nk buat ape..
aku sakittt.. 
aku penatt..
aku malas nk fikirr..tapi.. 
this been hunting meee.. for few dayss dah.. 

help me~!! 



Movie Date Dengan Apek Celup

 ekceli bende ni plan dari minggu lepas..

kalau ikutkan diaaa.. minggu lepas nak kidnap aku gi tengok wayang..

tapi masa tu badan pon penat..

esok kerjaa..

pkol 10 lebih malam masa tu..

mana maunya kitaa.. 


so... kita pospon ke minggu ni..

kita tengok wayang... citer Syeriff.. 

orang dok cakap best best.. kita pon nak tengok laaa. 



macam biasa... balik kerjaa..
kita gerak pergi tgk wayang.. 
cuma bila plann... kita susun cantik timing kitaa..
so.. masa tengok wayang.. kita rasa puas.. 
tak ada la kita ternganga wayang tengok kita. 

for syerifff..
nantiiii.. aku  rajin.. aku buat review khasssss pasal citer tuuu . 


Resipi Mee Bandung

 

 

Mee Bandung

Bahan Bahan 
  • 3 paket mee kuning (celur dan toskan) 
  • Hirisan daun sup, bawang goreng dan chili flakes untuk hiasan 
  • 1 kg daging (potong, rebus sampai empuk, simpan air rebusan) 
  • 2 biji bawang holland * 
  • 7 ulas bawang putih *
  •  1 cawan lada kering *
  •  2 sudu besar udang kering * 
  • 1 cawan minyak masak 
  • secukupnya Air 
  • 1 cawan sos cili 
  • 1/2 cawan sos tomato
  •  1/2 cawan sos tiram 
  • 1 kiub ayam 
  • 1 paket serbuk nasi goreng ayam Adabi 
  • secukup rasa Garam dan gula 
  • 1/2 kg isi udang 
  • 1 batang lobak merah (hiris) 
  • 1/2 biji bunga kobis (potong) 
  • 2 biji tomato (potong)
  •  5 biji telur
  •  3 pokok sawi bokchoy (potong) 
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air) 

Cara Memasak 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing & pecah minyak. 
  3. Tambah daging dan air rebusan. Kacau. 
  4. Masukkan isi udang. Kacau. 
  5. Perasakan dengan semua sos, garam, gula, kiub ayam dan serbuk nasi goreng ayam. Jika kurang kuah, tambah air. Kacau dan biar mendidih. 
  6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. Kacau.
  7.  Bila dah menggelegak, masukkan telur sebiji demi sebiji, reneh sebentar. 
  8.  Masukkan sawi. Kacau dan tambah air tepung jagung. Kcau sebati bila kuah dah masak, tutup api.
  9.  Hidangkan dengan mee kuning, bawang goreng, daun sup dan chili flakes jika mahu pedas. Siap 

Wednesday, May 8, 2024

[Drama] Perempuan Itu (2023)

 

 

Perempuan Itu


Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. 

 Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya. 

 Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Tuesday, May 7, 2024

Dinner with Miya

 tadi lepas balik kerja..

aku sempat merayau ke Gombak..

nak jumpa Cik Miyaaaaaaa.. 

dah lama plan nak jumpa xjumpa jumpa..

last last nak dekat habis raya.. baru la jumpaa. 


weols jumpa kat Oldtown area Gombak.

saja.. lepak.. borak borak kejap.. 


pastu jumpa laaaa my fruit child aku yang baru tuuu
last jumpa budak kenit tu masa dia baru 1 minggu. 
ni dh besar.. dh 3 bulan..
dok sengihhhh je budak tuu.. 


si abang dia pon join tadi..
dia nampak aku.. dia tepuk je kita..
gitu je budak bertuah tu sapaaa..
but opkosss lepas tu dia salam n cium tangan.. 
pakej dapat peluk n cium lagi. 

gonna meet them again... 
tu tengah tunggu waktu sesuaii..


[Scent] Dior - Hypnotic Poison

 


#Scent
(Dior - Hypnotic Poison ) 


  • Hypnotic Poison by Dior is a Amber Vanilla fragrance for women.
  •  Hypnotic Poison was launched in 1998.
  •  Hypnotic Poison was created by Annick Menardo and Christian Dussoulier. 
  • Top notes are Coconut, Plum and Apricot;
  •  middle notes are Brazilian Rosewood, Jasmine, Caraway, Tuberose, Rose and Lily-of-the-Valley; 
  • base notes are Vanilla, Almond, Sandalwood and Musk.


Monday, May 6, 2024

Jumpa My Celebrity Crush

 semalam aku ada post pasal aku pergi open house abang angkat aku..

Abg Qazem dan Juga Kak Embun.. 

dalam dok beropen house..

makan.. makan.. makan.

dan tetiba... ade seseorang datang.. 


masa tengok dia tu..

goshhh.. mata kita.. terpaku... 

aku kenal dia....

aku minat kat dia.. 

masih hensemmm lagi dia..


and he is salah sorang my celebrity crush masa zaman sekolah dulu.. 

hensemmm dooo dia.. 



taraaa... abg Rashdan Baba. 

okkkk.. rezekiii akuuuu.. 
jumpa crush zaman kecik dlu.. 
hehehehe


Mesin Photostat Rosak !!

 dalam banyak banyak benda kat ofis tu..

aku tak boleh terima kalau mesin fotostat aku rosak.

and amik masa lama giler nak betulkan..

memang mengamok.

memang hilang mood. 


ko rasa camne??? 

kerja aku memang selalu n banyak guna mesin fotostat..

kalau dia rosak.. wooo boleh buat jadi pening 


mesin ni pulak start rosak since khamis lepas..

so.. keje aku pending dari khamis smpai la hari ni.. 


betul2 betul gangguuu yeee



Sunday, May 5, 2024

Open House Kak Embun & Abg Qazem

 


tadi aku pergi open house rumah abg qazem dengan kak embun
dah dapat jemputan.. 
kita pergi laaaa.. 

abang ada masak daging palembang..
sedap giler oiii. 
kalau abang start jual ni..
aku antara orang yang akan repeat.. 
jujurr... sedapp.. 


and opkosss.. masa gather ni laaa kita jumpa kawan kawan kita.. 

thank you kakkk dan abang atas jemputan. 


Saturday, May 4, 2024

Resipi Pes Sambal Ikan Bakar

 

 
Pes Sambal Ikan Bakar

Bahan Bahan 
  • 2 biji bawang besar* 
  • 4 ulas bawang putih* 
  • Segenggam lada kering* 
  • 1 inci halia* 
  • 1 inci lengkuas*
  •  3 batang serai* 
  • 4 biji lada besar merah* 
  • Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan masing2)* 
  • 5 helai daun limau purut (buang tulang belakang)* 
  • 1 sudu besar udang kering* 
  • 1 ketul kecil gula melaka 
  • 2 asam keping 
  • secukup rasa
  •  Garam dan gula secukupnya
  •  Air 2 cawan
  •  minyak masak 

Cara Memasak : 
  1.  Kisar bahan *. 
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. 
  3. Perasakan dengan gula melaka, asam keping, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Tambah sedikit air dan tumis sampai garing sekali lagi. 
  5. Dah siap, sejukkan dan simpan dalam bekas.


Friday, May 3, 2024

Edge Award

 


akhirnyaaa...
hari yang kita tunggu akhirnyaaa..
hhehehe.. 

hari ni juri dan judges for Edge Award datang..
segala mak nenek stress fo the last 2-3 months akhirnyaaa habis hari ni..
alhamdulillah..

lepas ni mebi boleh stay rilex sikit...
x stress sangat.. 


Thursday, May 2, 2024

thank you


hari hari terakhir intern dibawah jagaan seketul cik purple..
alhamdulillah... x rosak kot budak ni.. 
im dedicated okeyy jd mentor dia ni.. 


thank you jadi peneman kat ofiss..
thank you sabar dengan workload banyak kat ofiss..
thank you jadi assistant pada akak.. 


i wish you all the best in future..
sedut banyak lagi ilmu kat tempat baru.. 


Wednesday, May 1, 2024

[Drama] Wanita Syurga (2024)


Wanita Syurga


Menceritakan tentang Ardini (Siti Khadijah Halim) yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar, (Redza Rosli) lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Warith. 

 Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya. Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. 

Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Farah (Riena Diana). Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Farah kerana dia seorang yang bekerjaya. Ardini mendapat sokongan Puan Faizah, ibu mertuanya menjalani masalah rumah tangganya. 

Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu. Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang?


Hari Buruh