Wednesday, May 29, 2024

[Drama] Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (2019)

 

 

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi (Nafiz Muaz) dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila (Uqasha Senrose) telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara akibat perbuatan abang kandung Kris, Khairyl (Yusuf Bahrin). 

Kris yang mengetahui bahawa kejadian yang menimpa Salsabila adalah disebabkan oleh perbuatan abangnya membuatkan dia berasa bersalah lalu membantu Salsabila bebas daripada pertuduhan tersebut. Pertolongan ikhlas Kris telah membantunya membuatkan Salsabila telah jatuh hati kepada Kris dan mereka mula saling jatuh cinta. 

 Namun kedatangan Yasmin (Elly Mazlein), iaitu tunang kepada Khairyl ke ladang milik datuk Kris dimana tempat Kris dan Salsabila bekerja membuatkan Kris berasa rimas dengan Yasmin yang selalu cuba mengoda dan menyusahkan dirinya dan Salsabila. Kris kemudian telah dipaksa untuk berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya, Dato' Kameel (Azri Iskandar) kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain. 

Ayahnya pula meminta Khairyl berkahwin dengan Salsabila. Akan tetapi Khairyl akan berkahwin dengan Salsabila atas sebab mahukan harta arwah Tok Abah (Harun Hashim). Ini kerana, dalam wasiat tok abah telah mengatakan Salsabila harus berkahwin dengan anak Dato' Kameel, tetapi tidak dinyatakan samaada Kris atau Khairyl. 

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangnya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara. Manakala Yasmin juga menghilangkan diri selepas keluarganya meminta ganti rugi daripada keluarga Dato Kameel. Oleh kerana perkahwinan Salsabila dan Khairyl terbatal,maka mereka harus membayar ganti rugi perbelanjaan dalam mengadakan majlis tersebut. Pak Ali (Aman Graseka), ayah Salsabila terpaksa menjual geran tanah kepada Shuib (Yusri Saleh), iaitu orang kaya dikampung mereka demi membayar ganti rugi tersebut. 

Empat tahun berlalu, Kris sudah menjadi askar berpangkat kapten seperti yang dia impikan. Dia tidak tahu apa terjadi pada Salsabila dan Khairyl. Disangkanya perkahwinan mereka sangat bahagia. Dalam masa empat tahun juga, pelbagai benda terjadi pada mereka sekeluarga. Dato Kameel terlibat dalam kemalangan dan koma selama tiga tahun selepas bertemu dengan seseorang di kampung. Salsabila pula telah kehilangan ayah tercinta dan hidup keseorangan. Dia masih rasa kecewa dengan perbuatan Kris yang menghilangkan diri selepas kejadian di hari perkahwinan mereka. Kris berusaha memikat kembali gadis yang dia dicintai. 

Salsabila yang kini dalam dilema dan tertekan apabila Shuib menuntut semula bayaran hutang Salsabila sebelum ini. Shuib juga mengenakan syarat kepada Salsabila, iaitu sekiranya Salsabila gagal membayar hutangnya itu, Salsabila harus berkahwin dengan Shuib. Disebabkan itu, Salsabila kini terpaksa menerima lamaran Shuib untuk menjadi isteri ketiganya demi membayar semula hutang tersebut lalu berhasrat ingin mendapatkan semula geran tanah miliknya. 

Kris yang mengetahui akan hal tersebut kemudian menemui Suri (Mia Nasir), iaitu isteri kedua Shuib dan membayar semua hutang Salsabila kepada mereka dan berjaya mendapatkan semula geran tanah milik keluarga Salsabila. Kris kemudian berpakat dengan Dali (Reza Hasbi) untuk mengagalkan perkahwinan Salsabila dengan Shuib. Dali berjaya memperdayakan Shuib sementara Kris menikahi Salsabila secara diam-diam. Salsabila yang kini sedar bahawa suaminya adalah Kris kemudian berasa marah dan menuntut cerai daripada Kris namun Kris enggan melepaskan Salsabila lagi. Berkat bantuan Dali dan isterinya, Salsabila memaafkan Kris dan menerimanya semula.


No comments:

Post a Comment