Jangan Ganggu Jodohku
Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.
Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, serta riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun segalanya berubah setelah dia beeubah dan mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.
No comments:
Post a Comment