Saturday, August 27, 2022

Resipi Mee Goreng Basah

 

 

Mee Goreng Basah

BAHAN-BAHAN: 
  •  1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
  •  10 ekor sotong – dibersihkan, potong dan tos 
  • 1 paket Fish ball – dibersihkan potong dan tos
  •  1 ikat sayur sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos 
  • 1 biji tomato – dibersihkan dan dibelah 6
  •  4 sudu besar cili kisar 
  • 5 sudu besar sos cili
  •  1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar kicap pekat
  •  5 sudu besar kicap manis 
  • 2 sudu besar kicap mi 
  • 1 cawan kecil air
  •  2 sudu besar minyak masak untuk menumis

 BAHAN TUMBUK LUMAT: 
  •  10 biji cili api 
  • 3 ulas bawang putih 

CARA MEMASAK: 
  1.  Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak. 
  2.  Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit. 
  3.  Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball. 
  4.  Masukkan air 1 cawan kecil. 
  5.  Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
  6.  Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap. 

 INFO: 
  •  Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup. 
  • Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya


No comments:

Post a Comment