Saturday, August 20, 2022

Resipi Kek Sarang Semut

 


Kek Sarang Semut

BAHAN-BAHAN: 
  •  1 cawan gula 
  •  1 cawan air panas 
  • 2 sudu marjerin atau mentega 
  •  4 biji telur (gred A atau B)
  •  1 cawan susu pekat (kalau tak nak manis, boleh letak ¾ cawan saja) 
  • Esen vanilla
  •  1 cawan tepung gandum
  •  2 sudu kecil soda bikarbonat


 CARA-CARA: 
  1.   Masak gula sehingga menjadi perang atau nampak seperti rupa hangus. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas. Hati-hati ketika tuang air panas kerana boleh terjadi letupan kecil. Tuang sikit demi sedikit. 
  2.  Kemudian, masukkan marjerin atau mentega. Biarkan larut semua. Ketepikan.
  3. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur, susu pekat, esen vanila. Kacau sehingga sebati. Boleh juga gunakan cara whisk.
  4.  Selepas itu, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Apabila sudah sebati adunan kek tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau-kacau bagi sekata.
  6.  Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang (loyang yang digunakan ini ialah saiz 5).
  7.  Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan menggunakan api besar. 

 Sedikit tips untuk memasak kek sarang semut: 
  •  *Sapu minyak di bahagian bawah loyang sebelum masukkan adunan supaya senang untuk diterbalikkan. 
  • *Untuk elakkan gula melekat ketika dipanaskan, masukkan 2 sudu air dan kacau sehingga gula betul-betul cair. Baru biarkan sampai jadi perang atau hangus. Guna api sederhana (tidak kecil dan tidak terlalu besar). 
  • *Boleh gunakan gula perang untuk cepatkan proses membuat gula hangus.
  •  *Masukkan bahan-bahan lain ketika air gula sedang mendidih. 
  • * Jika guna kaedah bakar, panaskan oven 20 minit suhu 180°. Bakar guna api bawah 30 minit pertama atau kalau kek dah berbuih tinggi. Lepas itu, baru guna api atas bawah, fan on.


No comments:

Post a Comment