Thursday, August 4, 2022

Plan Awak tu Dalam Poket Saya je

 


si Abg King wasap.. 

"manis, boleh minta tolong tak? tapi... risau awak salah anggap " 

me like.. ape bende ehh.. tetiba je.. 

King : tolong transferkan duit kat mak boleh tak? saya ada prob dengan akaun.. tak dapat nak transfer.. mak urgent nak pulak tu.. saya dalam program ni.. hari tu sebelum gerak KL, saya lupa nak tinggalkan duit kat mak. 

me like... ohh.. okey.. 


after dapat no akaun segala...

aku pon transfer la duitnyaa... 

bila dah transfer... Abg King buat hal pulak..


King : awak mesej la kat mak.. bgtau awak dah transferkan. 

me : ehh.. awak la bagitau.. mak awak..  tak kan tetiba saya mesej pulak.

King : dah... mak cakap terima kasih 

(lah... kalau dah dia mesej mak dia.. why dia suruh kita mesej mak dia lak kan... ni sajaaa ni nak kita mesej dengan mak dia... kan kan kan) 

King : apa no akaun awak sayang? nnt sy transfer balik 

** bagi no akaun bisnes ** 

King : laaa.. akaun bisnes dia bagi.. nama nak datang nama awak sayang.. 

me : hahaha.. taktik kamu tu dalam poket saya je..  


notty dia... konon licik la tu eh..

hahaha.. 



No comments:

Post a Comment