Karipap
BAHAN KULIT KARIPAP:
- 1kg tepung gandum ( empunya resipi guna cap blue key)
- 1 cawan minyak masak
- 2 sudu makan marjerin
- 350ml air
- 2 sudu makan air rendaman kapur makan (yang jernih)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.
- Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
- Gaul tepung hingga jadi seakan serbuk roti.
- Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.
- Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
- Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
- Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.
RESIPI INTI KENTANG
BAHAN INTI KARIPAP:
- 1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
- 1/2 biji bawang besar | didadu kecil
- 4 sudu makan serbuk kari
- 8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
- 3 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.
- Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.
- Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.
No comments:
Post a Comment