Tuesday, January 31, 2023

[Novel ] Sayangku Mia - Una Unee

 

 

Sayangku Mia - Una Unee

Seandainya Engkau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku. 

 Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata. 

 “Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.” – Tengku Zharif Iskandar 

 Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan.

 “Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.” – Tengku Zharif Iskandar 

 “Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,” – Damia Qalisya


[Scent] Lattafa - Nadjia

 

 

#Scent
( Lattafa - Nadjia )

  • Najdia by Lattafa Perfumes is a Aromatic Aquatic fragrance for women and men. 
  • This is a new fragrance. 
  • Najdia was launched in 2020.
  •  Top notes are Lemon, Cinnamon, Apple, Lemongrass and Bergamot; 
  • middle notes are Watery Notes, Lavender, Rosemary and Cardamom; 
  • base notes are Amber, Musk, Sandalwood, Tobacco and Cedar.


Sunday, January 29, 2023

Kampung Main Cipulir

 

 

Taman Main Cipulir

Destinasi ini adalah salah satu alternatif wisata Jakarta murah meriah dan nyaman untuk keluarga di area Jakarta Selatan. Di sini, Anda dan keluarga dapat menikmati beragam fasilitas, seperti kolam renang, spot outbound, naik kuda, flying fox, dan permainan lainnya. 

 HTM Kampung Main Cipulir adalah Rp8.000,00. Harga tersebut belum termasuk tiket masuk ke beberapa area seperti spot outbound. Tempat ini buka setiap hari mulai pukul 08.00 – 16.00 WIB.


Taman Rekreasi Bukit Jernih, Perlis

 

 

Taman Rekreasi Bukit Jernih

Sekiranya anda shopping di Padang Besar & ingin pulang ke KL, apa kata singgah dahulu di Taman Rekreasi Bukit Jernih untuk berehat sebentar sambil menenangkan diri. Taman rekreasi ini mempunayi sebatang sungai kecil, yang jernih airnya & redup persekitarannya. Walaupun anak sungai ini kecil sahaja, tetapi arusnya kelihatan deras namum tidak merbahaya seperti di jeram. Untuk anak-anak kecil, sesuai untuk main-main air di sini. 

 Memandangkan destinasi ini bukanlah tempat pelancongan utama di Perlis, maka kuranglah pelancong yang datang. Namun, sekiranya anda dalam perjalanan dari Padang Besar ke KL & sebelum naik highway, bolehlah singgah di sini. Untuk mereka yang kaki DSLR, kawasan taman ini memang sangat ideal untuk menghasilkan karya photo yang cantik. Subjek-subjek seperti sungai, akar-akar pokok yang timbul menjalar di atas tanah & pokok-pokok merimbun tinggi, pasti akan membuatkan anda tak sabar nak datang sini untuk melepaskan gian picit-picit butang DSLR & mirrorless camera anda. 



Sungai Bukit Jernih, Lorong Bukit, Taman Jernih, 02450 Kangar, Perlis


Thursday, January 26, 2023

Dapat offer kerja

 its been a while tak menulis update diri..

i think post ni macam simple post je kot.. 

dalam seminggu ni.. ade yang call.. offer kerja.

and kalau boleh nak cepat i masuk..


position okey..

gaji... not bad.. tapi turun sikit dari yang sekarang. 

cuma kejauhannnnnnn ..

now kerja dari rumah.. tapi i dah tepu sangat sangat kerja kat rumah

ni kerja kena keluar.. tapi... huishh.. kejauhan pulak.

but still in KL juga. 


tengok laaa... 

akan ku jawab dalam 2-3 hari ni.. insyaallah.. 

semoga Allah permudahkan jalan yang baik baik untuk aku..

aminnn. 



Wednesday, January 25, 2023

Film : Avengers : Age of Ultron (2015)

 


Avengers : Age of Ultron

In the Eastern European country of Sokovia, the Avengers—Tony Stark, Thor, Bruce Banner, Steve Rogers, Natasha Romanoff, and Clint Barton—raid a Hydra facility commanded by Baron Wolfgang von Strucker, who has experimented on humans using the scepter previously wielded by Loki. They meet two of Strucker's test subjects—twins Pietro (who has superhuman speed) and Wanda Maximoff (who has telepathic and telekinetic abilities)—and apprehend Strucker, while Stark retrieves Loki's scepter.

Stark and Banner discover an artificial intelligence within the scepter's gem, and secretly decide to use it to complete Stark's "Ultron" global defense program. The unexpectedly sentient Ultron, believing he must eradicate humanity to save Earth, eliminates Stark's A.I. J.A.R.V.I.S. and attacks the Avengers at their headquarters. Escaping with the scepter, Ultron uses the resources in Strucker's Sokovia base to upgrade his rudimentary body and build an army of robot drones. Having killed Strucker, he recruits the Maximoffs, who hold Stark responsible for their parents' deaths by his company's weapons, and goes to the base of arms dealer Ulysses Klaue in Johannesburg to get vibranium. The Avengers attack Ultron and the Maximoffs, but Wanda subdues them with haunting visions, causing Banner to turn into the Hulk and rampage until Stark stops him with his anti-Hulk armor.

A worldwide backlash over the resulting destruction, and the fears Wanda's hallucinations incited, send the team into hiding at Barton's farmhouse. Thor departs to consult with Dr. Erik Selvig on the apocalyptic future he saw in his hallucination, while Nick Fury arrives and encourages the team to form a plan to stop Ultron. In Seoul, Ultron uses Loki's scepter to enslave the team's friend Helen Cho. They use her synthetic-tissue technology, vibranium, and the scepter's gem to craft a new body. As Ultron uploads himself into the body, Wanda is able to read his mind; discovering his plan for human extinction, the Maximoffs turn against Ultron. Rogers, Romanoff, and Barton fight Ultron and retrieve the synthetic body, but Ultron captures Romanoff.


The Avengers fight among themselves when Stark and Banner secretly upload J.A.R.V.I.S.—who is still working after hiding from Ultron inside the Internet—into the synthetic body. Thor returns to help activate the body, based on his vision that the gem on its brow is the Mind Stone, one of the six Infinity Stones, the most powerful objects in existence. This "Vision" earns their trust by being worthy of lifting Thor's hammer, Mjölnir. Vision and the Maximoffs go with the Avengers to Sokovia, where Ultron has used the remaining vibranium to build a machine to lift a large part of the capital city skyward, intending to crash it into the ground to cause global extinction. Banner rescues Romanoff, who awakens the Hulk for the battle. 


The Avengers fight Ultron's army while Fury arrives in a Helicarrier with Maria Hill, James Rhodes, and S.H.I.E.L.D. agents to evacuate civilians. Pietro dies when he shields Barton from gunfire, and a vengeful Wanda abandons her post to destroy Ultron's primary body, which allows one of his drones to activate the machine. The city plummets, but Stark and Thor overload the machine and shatter the landmass. In the aftermath, the Hulk, unwilling to endanger Romanoff by being with her, departs in a Quinjet, while Vision confronts and destroys Ultron's last remaining body.

Later, with the Avengers having established a new base run by Fury, Hill, Cho, and Selvig, Thor returns to Asgard to learn more about the forces he suspects have manipulated major events. As Stark leaves and Barton retires, Rogers and Romanoff prepare to train new Avengers: Rhodes, Vision, Sam Wilson, and Wanda.

In a mid-credits scene, Thanos dons a gauntlet and vows to retrieve the Infinity Stones himself.


[KDrama] Coffee Prince (2007)

 


Coffee Prince 


Choi Han-gyeol (Gong Yoo) is the grandson of chairwoman Bang (Kim Young-ok) of Dong-in Foods, a company that has a thriving coffee business. He has never had a job and does not care for responsibility. Han-gyeol is hung up on his first love, Han Yoo-joo (Chae Jung-an), who only sees him as a friend. 

Go Eun-chan (Yoon Eun-hye) is a 24-year-old tomboy who is often mistaken for a guy. Her father died when she was 16 years old and since then she has taken over as the breadwinner in her family. When Han-gyeol and Eun-chan meet, he, not knowing that she is a girl, decides to hire her to pretend to be his gay lover so that he can escape the blind dates arranged by his grandmother.

 After getting an ultimatum from his grandmother, Han-gyeol takes over a rundown old coffee shop, later renamed "Coffee Prince," to prove that he's capable, both to his grandmother and to Yoo-joo. In order to attract female customers, he only hires good-looking male employees. Eun-chan, desperate for money, continues to hide her gender to get a job at Coffee Prince. Soon, feelings start to develop between Eun-chan and Han-gyeol. As Han-gyeol is unaware that Eun-chan is a woman, he starts to question his sexuality and is thrown into turmoil.


Drama Cinta Belum Tamah Tempoh (2019)

 

 

Cinta Belum Tamat Tempoh

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara (Bella Astillah) bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish (Hun Haqeem) sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa (Dayang Areeda) dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin kerana ditakuti langkah bendul. 

 Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin (Nafiz Muaz) untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya, Puan Iris (Liza Abdullah) untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri. Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal (Fendy Bakry), seorang CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama dan bekas kekasih Qaisara sewaktu zaman universiti. 

Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara. Qaisara memilih untuk bersama keluarganya . Megat Haikal pula disukai oleh pembantunya yang dia anggap sebagai sahabat, Aween (Sissy Imann). Dapatkah Radin memikat hati Qaisara?. Siapakah yang bertakhta di hati Qaisara? Radin atau Megat Haikal?.


Tuesday, January 24, 2023

[Novel] Pesonamu - Una Unee

 

 

Pesonamu - Una Unee

Hasya Humaira Danial Tarmizi atau Aira yang bertugas sebagai dietitian akhirnya terpaksa akur dengan prinsip sendiri untuk tidak jatuh cinta dengan mana-mana doktor di hospital tempat gadis itu bekerja, setelah melihat kesungguhan Doktor Afiq Naufal yang mula membuka pintu hatinya dan menerima kehadiran lelaki itu sebagai teman istimewa, biarpun pada mulanya mereka berdua sering bertengkar tentang profesion kerjaya masing-masing. 

 "Aira, saya ikhlas nak memperisterikan awak. Saat pandangan pertama, saya sebenarnya dah jatuh hati pada awak. Bila awak datang tegur saya, waktu tu saya rasa sangat bahagia sebab awak perasan kewujudan saya. I really love you, Aira." – DOKTOR AFIQ NAUFAL

 "Aku takkan sesekali kahwin dengan doktor!" – AIRA

 Dalam mula menyulam cinta bersama, kemunculan Emir Rayyan telah mula menimbulkan kekusutan Aira yang asyik diganggu oleh lelaki kasar dan bengis ini. Kecantikan Aira telah membuatkan lelaki bergelar diver ini nekad mahu menjadikan Aira sebagai isteri dan juga melahirkan anak-anaknya. Lelaki ini juga bersedia untuk bersaing dengan Doktor Afiq Naufal. Dan satu kejadian tidak diigini yang telah terjadi menyebabkan Aira kini berasa rimas dengan Emir Rayyan! 

 "Emir, boleh tak awak terima kenyataan yang kita ni memang tak ada jodoh? – AIRA

 "Kalau aku tak dapat, aku akan make sure orang lain pun tak dapat kau." – EMIR RAYYAN 

 Gila! Itulah yang Aira rasakan apabila mendengar permintaan mengarut itu. Dirinya terus diburu dan lelaki keras kepala seperti Emir Rayyan bukanlah orang yang boleh dibuat main. Gara-gara lelaki itu juga, hubungannya dengan Doktor Afiq Naufal hampir musnah. Antara Emir Rayyan dan Doktor Afiq Naufal... Siapakah yang menjadi pilihan Aira? Berjayakah Emir Rayyan merangkul cinta Aira? Atau dapatkah Doktor Afiq Naufal menjadikan Aira sebagai suri hidupnya? Kejadian tidak diingini apakah yang telah terjadi kepada Aira ketika gadis ini bersama Emir Rayyan?


[Scent] Floral Street - Wonderland Peony

 

 

#Scent
( FLoral Street - WonderLand Peony )

  • Wonderland Peony by Floral Street is a Floral fragrance for women and men. 
  • Wonderland Peony was launched in 2017. 
  • The nose behind this fragrance is Jérôme Epinette. 
  • Top notes are Guava, Red Berries and Sicilian Lemon; 
  • middle notes are raspberry bloom, Peony and Violet; 
  • base notes are Cotton Candy, Vanilla, resins, Woody Notes, Cedar and Vetiver.


Sunday, January 22, 2023

birthday mummy

holaaaaa eberibadii.. 
aku nak sambung ceritaa.. 
jumaat lepas birthday mummy.. 
yang ke 59 tahun. 


sebabkan mummy pon pergi kerja..
then bizii.. 
kebetulan pula nak buat kenduri.. so i said.. kita celebrate kat kampung je laaa.
alang alang ramai orang.. meriah sikit. 

so... masa ari kenduri tu..
lepas dan setel yang penting penting..
tetamu pon macam dah kurang sikit..
aku dengan Ms ANgel ponn merayau la sekejap..

dia nak mintak tunjukkan jalan nak pergi Shell..
nak isi minyak..
while.. aku pula cari bakery... so.. sekalian la kitorang keluar.. 


first bakery tu tutup..
mebi sebab raya cina kot..
dia pon pakat tutup..
pusing pusing pusing.. ehh.. jumpa ade baker bukak.. 
memang tak citer banyakk.. 
pilih pilih and bayar.. 

sampai jeee... makcik tu tegur..
sebab nampak kotak kek tu kottt..
then xde ape.. bukak. pasang lilin and nyanyi..
mummy memalu masa ni..
tapi.. end up dia layankan ajeee..


dah siap nyanyi semuaa.. 
dia tiup lilin...
then potong kek..
makan la kek tu beramai ramai.. 
haaaaaaa... macam kena serang piranha yeee kek tuu.. 
xtau la sebab sedap ke..
atau sebab kaler dia lawaaa. 
hahahaha.. 

anyhow... happy birthday mummy.. 




 

Kenduri Tahlil and Doa Selamat (2023)


Assalamualaikum semuaaa.. 
gotta busy these few days.. 
i think few days ago i ada citer persiapan kenduri doa selamat ni.. 
and i think i ada cerita pasal kambing golek ni kan. 

and today is the dayy..
kenduri dayyy.. 
bangun pagi.. and start kemas and prepare apa yang patut.. 
most of things lagi lagi food.. tu catering yang buat..
then we add on with kambing golek. 


selain kambing golek... 
yang datang with set of salad.. coleslaw... cheezy wedges.. cheese sausage.. 
this one.. sos black pepper dia sedap gilerrrrrrr 

for catering.. 
kita amik nasi minyak.
lauk rendang daging. 
acar sayur.. 
papadam..
then add with bihun sup. 


yang kami masak..
ayam goreng..
bubur kacang durian. 
then ada kuih and kek sikitt.. 
gitu gitu je.. 

jujurnyaa.. aku ada juga ajak kawan kawan dari KL..
yang mana dekat dengan aku..
and aku ade jemput kawan yang aku tau dia dok melaka.. 
so.. ade yang datang.. thanx guysss. 


alhamdulillah.. setel semua..
semoga ada sedikit kebaikan yang kita dapat salurkan kat arwah daddy dan saudara saudara yang telah pergi.. 






 

Pasar Tanah Abang

 

 
Pasar Tanah Abang 

Jika Anda ingin berwisata sekaligus shopping atau sekadar window shopping, Pasar Tanah Abang merupakan salah satu opsinya. Di sini, Anda akan menemukan berbagai jenis barang dagangan, mulai kaos oleh-oleh khas Jakarta hingga makanan. Tempat ini semakin berkembang setelah dibangun Stasiun Tanah Abang, Masjid Al Makmur, dan Klenteng Hok Tek Tjen Sien di areanya.



Ladang Burung Unta , Perlis

 

 

Ladang Burung Unta

Bagi yang menuju ke Padang Besar, Perlis bersama keluarga & anak-anak untuk aktiviti membeli belah, apa kata singgah di sini sekejap untuk melihat burung unta dengan lebih dekat. Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Padang Besar yang berdekatan yang boleh anda lawati bersama anak-anak selepas penat membeli belah di Arked Niaga Padang Besar. 

Ladang burung unta ini bukanlah terlalu besar seperti Desaru Ostrich Farm di Johor tetapi cukup memadai untuk membuatkan anak-anak ceria melihat haiwan eksotik ini. Bayaran ke sini pun percuma & lokasinya mudah untuk diakses dengan kereta, jadi tiada apa nak rugi. Di sini hanya terdapat 3-4 ekor sahaja burung unta & juga beberapa ekor ayam api-api. Ladang yang luas hijau terbentang ini dengan beberapa ekor burung unta, memang sangat ideal untuk anda bergambar bersama keluarga untuk dijadikan sebagai salah satu memori manis percutian berkeluarga di Perlis. 



Ladang Burung Unta Perlis, Padang Besar, Perlis 
9.00 am – 6.00 pm


Happy Lunar Chinese New Year








 

Saturday, January 21, 2023

Resipi Sambal Goreng Jawa

 


Sambal Goreng Jawa

Bahan tumis: 

  •  2 biji bawang besar (dihiris nipis) 
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis) 
  • 10 tangkai cili kering (dipotong nipis menyerong)

 Bahan lain: 

  •  2 paket tempe (dihiris dan digoreng garing)
  •  3-4 ketul tauhu (dihiris dan digoreng garing) 
  • 3-4 biji kentang (dihiris dan digoreng garing) 
  • Sedikit hati ayam (dihiris dan digoreng sekejap)*optional 
  • 2 paket suhun (direndam dlm air) 
  • 1 keping fucuk (dipotong dan direndam dalam air) *optional 
  • Sedikit kacang panjang (dihiris serong)
  •  1 sudu besar gula 
  • Sedikit perasa jika perlu
  •  ½ sudu teh garam 
  • Kicap manis secukupnya
  •  ½ cawan air asam jawa (cair) 
  • 1 cawan air 
  • 3 sudu besar ikan bilis (tumbuk lumat) 
  • 2 senduk minyak masak (untuk menumis)


Cara-cara: 

  1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk lumat dan bahan tumis. Tumis hingga agak garing.
  2.  Masukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam. 
  3. Renjiskan kicap manis dan kacau hingga naik minyak. 
  4. Masukkan suhun dan fucuk serta air. 
  5. Masukkan pula kacang panjang. Kacau seketika. 
  6. Masukkan bahan-bahan lain yang dah siap digoreng tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.



Friday, January 20, 2023

Nabi Zulkifli , Raja Yang Luar Biasa

 


Nabi Zulkifli, Raja Yang Luar Biasa

Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.


Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak. 

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya." Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. 

Sekali lagi raja berkata: "Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?" Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli. Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar." 

Kemudian Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah. 

 Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur. Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja (Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda. Kedatangannya disambut wakil Zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau. 

Disebabkan tetamu itu tidak mahu beredar, malah meminta urusannya diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mahu menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar. 

 Satu hari berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang derhaka itu, tetapi dibantah. Rakyatnya berkata: "Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mahu hidup. Jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang." Mendengar perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa:
"Ya Allah, aku menyampaikan risalah Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka."
Tidak lama selepas itu, Allah menurunkan wahyu:
"Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan kabulkan."
 

 Nabi Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman Allah bermaksud:
"Dan ingatlah akan Ismail, Nabi Ilyasa' a.s. dan Zulkifli. Semuanya orang yang paling baik."




Thursday, January 19, 2023

Best Thing Happen in 2022

 


dah masuk 2023..
tak salah kot kalau kita throwback sikit tentang 2022. 
and topic dia adalah


what is the top 3 best thing happen in 2022?

banyak sebenarnya event event yang berlaku sepanjang tahun 2022

tapi sebab kena pilih top 3... 

i think... dalam banyak banyak.. yang ni yang paling berkesan dalam diri Cik Purple. 


1. Misi Bantuan Banjir 

alhamdulillah... tahun 2022, Cik Purple berkesempatan untuk turun padang dalam misi kemanusiaan .  and kali nie kita pergi kat ceruk pendalaman sikit tuk beri bantuan. Team bawa Cik Purple ke bahagian Temerloh, Pahang. And kali ni, memang turun direct ke akar umbi.. jumpa langsung dengan orang ataupon mangsa mangsa yang terlibat secara langsung dengan musibah banjir lepas. 


2. Bebas Ubat Depresi . 

yang mana tahu.. tahun 2020 tu banyak benda sedih dan down yang Cik Purple kena lalui.. banyak pengajaran, banyak kesakitan yang Cik Purple tanggung. hingga Cik Purple dapatkan rawatan pakar untuk sakit.. and unfortunately been diagnosed for MDD (Major Depression DIsorder) and kena consume ubat depresi..  Efek yang Cik Purple dapat daripada consume ubat depresi tu kadang-kadang buat Ck Purple hilang kawalan pada diri... termenung, lemau, tak nak bersosial.. and alhamdulillah, tahun 2022 chenta dapat lepas daripada teruskan makan ubat depresi. i have a little bit control about myself.  

walaupon tahun 2022 tak adalah seindah mana sangat. but, i try to avoid telan ubat. ye la.. dah memang naturely diri ni benci ubat.. tak reti telan ubat pil.. jadi bila kena makan tu.. terasa macam teruk sangat dah rasa dia.. walaupon relapse balik sakit ni.. and kadang-kadang berada diluar kawalan.. i try my best tuk kawal sebaik mana yang boleh. 


3. With Friends 

alhamdulillah juga.. 2022 ni Cik Purple dapat luangkan masa buat macam-macam aktiviti dengan kawan-kawan. dari lepak sesaja.. bersukan.. trip makan makan... bercuti.. i have fun. syukur juga kawan-kawan ada dengan Cik Purple walaupon tahu diri ni tak sempurna. kadang-kadang drama drama cuplikan tu terbit... tapi.. alhamdulillah.. syukur mereka masih ada. 



Wednesday, January 18, 2023

Film: Fantastic Beast - Where to Find Them (2016)

 


Fantastic Beast : Where to Find Them 

In 1926, British wizard and "magizoologist" Newton "Newt" Scamander arrives in New York City. He observes Mary Lou Barebone, the non-magical ("No-Maj" or "Muggle") head of the New Salem Philanthropic Society, preaching that witches and wizards are real and dangerous. Attempting to recapture a Niffler that escaped from his suitcase of magical creatures, Newt meets No-Maj Jacob Kowalski, an aspiring baker, and they unwittingly swap suitcases. Porpentina "Tina" Goldstein, a demoted Auror of the Magical Congress of the United States (MACUSA), arrests Newt for breaking magical law. Since the suitcase in his possession only contains Jacob's baked goods, Newt is released. At home, Jacob opens Newt's suitcase, inadvertently freeing several creatures into the city.

After Tina and Newt find Jacob and the suitcase, Tina takes them to her apartment and introduces them to Queenie, her Legilimens sister. Jacob and Queenie are mutually attracted, though American wizards are forbidden to have any contact with No-Majs. Newt takes Jacob inside his suitcase, magically expanded to house various creatures including an Obscurial, a parasite that develops inside magically gifted children when their abilities are suppressed; those afflicted rarely live past the age of ten.

After they recapture two of the three escaped beasts, Tina returns the suitcase to MACUSA, but they are arrested, as officials believe one of Newt's creatures is responsible for killing Senator Henry Shaw Jr., who was actually attacked by a different Obscurial. The Director of Magical Security, Percival Graves, accuses Newt of conspiring with the infamous dark wizard Gellert Grindelwald, and decides to destroy Newt's suitcase and obliviate Jacob's recent memories. Newt and Tina are sentenced to death. Queenie senses this, rescues Jacob before his memory can be wiped, then helps Newt and Tina escape and retrieve Newt's suitcase. A tip from Tina's goblin informant Gnarlak leads the four to recapture the last of the escaped creatures.


Graves approaches Credence, Mary Lou's adult adopted son, and offers to free him from his abusive mother in exchange for helping to find the Obscurial causing destruction throughout the city. Credence finds a wand under his adopted sister Modesty's bed, which Mary Lou assumes is his; when Credence is about to be punished, the Obscurial kills Mary Lou and her eldest daughter Chastity. Graves, assuming Modesty is the Obscurus' host, dismisses Credence as a Squib and refuses to teach him magic as he had promised in return for service. Credence reveals he is the real host, having survived due to the intensity of his magic, and attacks the city in broad daylight.

Graves approaches Credence, Mary Lou's adult adopted son, and offers to free him from his abusive mother in exchange for helping to find the Obscurial causing destruction throughout the city. Credence finds a wand under his adopted sister Modesty's bed, which Mary Lou assumes is his; when Credence is about to be punished, the Obscurial kills Mary Lou and her eldest daughter Chastity. Graves, assuming Modesty is the Obscurus' host, dismisses Credence as a Squib and refuses to teach him magic as he had promised in return for service. Credence reveals he is the real host, having survived due to the intensity of his magic, and attacks the city in broad daylight.

MACUSA fears their secret world has been exposed, but Newt releases his Thunderbird to disperse a potion that obliviates recent memories over the city as rainfall, while MACUSA wizards repair the destruction and erase the recent events from the news. Queenie kisses Jacob goodbye as the rain erases his memories, and Newt returns to England. Jacob opens a bakery with pastries resembling Newt's beasts, and, when Queenie enters, he smiles at her.


[Kdrama] Cinderella Stepsisters (2010)

 

 

Cinderella Stepsister

Ever since she was young, Eun-jo (Moon Geun-young) has learned to trust no one and live strong on her own. Used to being dragged from one broken home to another by her manipulative, money-grabbing mother (Lee Mi-sook), Eun-jo doesn't know what to make of her mother's latest catch Dae-sung (Kim Kap-soo), the solemn head of a traditional rice wine brewery. Both Dae-sung and his daughter, bubbly spoiled princess Hyo-sun (Seo Woo), warmly welcome wary young Eun-jo into their sprawling home, and treat her with a kindness that she simply can't stomach. 

Instead, she forms a bond with brewery staff Ki-hoon (Chun Jung-myung), the first person to see past her tough act, and it is his betrayal that will hurt the most. However, Dae-sung's genuine kindness to her eventually melts Eun-jo's defenses, and she learns to trust and love her stepfather. Naive Hyo-sun, meanwhile, stubbornly seeks affection at every turn, only to slowly realize she's losing Ki-hoon and everything else in her life to her cold stepsister. 

Eight years later, Jung-woo (Ok Taecyeon) reappears in Eun-jo's life, a boy she used to treat as her little brother who is now a young man determined to win her heart. Reluctant sisters Eun-jo and Hyo-sun both experience angst and rivalry, as their polar-opposite personalities and love-hate relationship bring them through many ups and downs from adolescence to adulthood.


Drama Alamatnya Cinta (2018)

 

 

Alamatnya Cinta 

Kisah Ellie Farhana (Hannah Delisha) seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad (Hisyam Hamid). Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali. 

 Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie. Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara wartawan Natalia. Emma, pengurus Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya. 

 Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan itu, makin huru hara hidup Ellie. Namun Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat Faliq menyiasat perihal ayahnya dan dia mendapatkan semula hak milik rumahnya apabila tiba waktunya. Faliq turut mengenakan syarat yang dia perlu mengemas rumah dan memasak untuknya. 

 Selepas berkahwin, mereka pergi berbulan madu apabila terpedaya dengan rancangan Omar. Sejak itu mereka semakin rapat. Dalam sama yang sama, Jay pengarah filem cuba mendekati Ellie. Jasmine pula cuba mendapatkan semula Faliq.


Tuesday, January 17, 2023

Anahera Dark Knight


 

kalau ada for her... tak sah kalau first collection tak ada for him 

kita kena adil..  kan.. 


dark knight (for him) 

aromatic fougere 

notch yang korang akan bau : vanilla, aromatic, green 

✿  top notes : mint, green apple, lemon 

middle notes : tonka beans, ambroxan, geranium 

base notes : madagascar vanilla, vetiver, virginian cedar, atlas cedar, oakmoss 

rm 39.00



[Novel Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah

 

 

Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah

FAYQA LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya kerana terlibat dalam peristiwa hitam yang menimpa kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bumbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa kehilangan keluarganya sendiri. 

Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar sebagai jeneral sengal sering mengganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang. 

 “Why is it that my reproductive part always become your point of attack?” - DZARIFF 
 “Sorry. Mulut awak tak ada insurans.” - FAYQA 

 Jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulalah kehidupan yang manis namun tetap­­ tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda. 

 “Saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak, awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?” - FAYQA 

 “Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga pula dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. Faye nampak tak negativity breeds more negativity.” - DZARIFF 

 Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai bersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimpanya, dia sedar dia perlu bertindak. Berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk mengelakkan sebuah kehancuran. Apabila orang tua berikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh mana Fayqa dapat bertahan?


[Scent] Maison Louis Marie - No 4 Bois de Balincourt

 

 
#Scent
( Maison Louis Marie - No 04 Bois de BaLincourt )


  • No.04 Bois de Balincourt by Maison Louis Marie is a Woody Spicy fragrance for women and men.
  •  No.04 Bois de Balincourt was launched in 2015. 
  • Top notes are Sandalwood and Cedar; 
  • middle notes are Nutmeg, Vetiver and Cinnamon; 
  • base note is Amberwood.


Monday, January 16, 2023

Anahera White Angel

 


 

Hello Luvmaniacs, 

hari tu Cik Purple ada share yang chenta ada keluarkan satu rangkaian wangian.

yang brand dia Cik Purple namakan Anahera.. 


dan nama pon rangkaian wangian.. 

salah satu yang paling dekat dengan Cik Purple adalah perfume.

dan ini adalah salah satu range wangian dibawah jenama Anahera 

white angel 


white angel (for her) 

amber vanilla 

notch yang korang akan bau : vanilla, coffee, sweet 

top notes : pear , pink pepper, orange blossom

middle notes : coffee, jasmine, bitter almond, licorice

base notes : vanilla, patchoili, cedar, cashmere wood

harga : RM 39.00





Kambing Golek?

tadi mummy hantar benda ni.. 
resit dia order kambing golek.. 
aku... tepok dahi.. 


semangat betul mummy kali ni..
kenduri tahlil and doa selamat je. 
dia punya eksaited tuuu lain macam kali ni.. 

tak ape laaa... 
niat nak bagi orang makan..
niat nak sedekah..
niat nak beri kebaikan pada saudara-saudara yang dah pergi..
semoga kebaikan buat mereka dan kami..
tak ape laaa.. sekali sekala nak makan besar.. 
hehehehe.. 



 

January Week 2

 


January Week 2 
(09  Jan - 15 Jan 2023) 

finish 1 online course
- walk total 10 km 
- read 1 book 
- finish 1 drama / movie 
- 2 photoshoot 
- exercise 3 hours 
- meet people 
- start business (12 january 2023) 



alhamdulillah.. week 2 seel dahh.. 
few of things target to be done last week.. dah setel.. 
and  some tak berjaya buat.. 

what i can say... i ada sikap suka bertangguh..
buat kerja sikit.. relax nak banyakk..
last last... hamekkk kau... banyak tak jalan. 

hopefully semua akan kembali seperti sedia kala nantii.. 
gambatte kudasaiii 


Focus

 








Sunday, January 15, 2023

with Hat


just a quick post   
sempena National Hat Day.. 
saja nak throwback gambar gambar yang i pakai topi.. 
hehehehe.. 





 

Monumen Nasional (Monas) , Jakarta

 

 

Monumen Nasional (Monas) 

Lokasi yang umum pula disebut Monas ini merupakan monumen peringatan yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan. Ada dua destinasi yang bisa Anda pilih, yaitu Cawan & Museum serta Puncak Monas. Wisata 

Jakarta Pusat ini buka setiap hari mulai pukul 08.00 – 22.00 WIB. HTM berkisar antara Rp2.000,00 hingga Rp.15.000,00.



Tasik Timah Tasoh, Perlis

 

 

Tasik Timah Tasoh 

Merupakan sebuah tasik buatan manusia dan di sini mempunyai sebuah resort yang sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan yang tenang. Sekitar tasik ini juga sering menjadi tempat untuk mencerap bintang dan dikatakan lokasi yang paling strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar bintang-bintang & Milky Way. 

Perairan Tasik Timah Lasoh juga terkenal di Perlis sebagai destinasi memancing & terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti Talapia, Ubi, Keli, Haruan dan Gelang Pam. Tidak jauh dari Tasik Timah Lasoh ini, terdapat tarikan lain seperti dusun buah-buahan & denai jungle trekking.



Timah Tasoh Dam, Kangar, Perlis



Hat Day


 

Saturday, January 14, 2023

[Review] Kdrama : The Glory Season 1

 

 
masa tengah tengok short kat youtube. 
ternampak laaaa pulak short pasal drama yang satu ni.. 
The Glory
so... kita tengok je laa kan.
and this is my revieww 



kdrama ni mengisahkan tentang seorang wanita (Dong Eun) ketika masih di persekolahan dibuli oleh sekumpulan teman teman tanpa sebarang sebab munasabah. 
teruk juga laaa dia dibuli tu kan..
diorang letakkan hair curler yang yang panas ke badan si heroin ni . 
(tetiba terbayang kes pelajar UPNM yang meninggal kena buli dulu) 
Dong Eun ni pula bila dia membantah.. lagi teruk dia kena. 

masa tu ada juga yang cuba nak bantu dia 
perawat sekolah.. tapi salah seorang tukang buli ni gunakan kuasa dan duit untuk perawat ni diberhentikan. 
dia juga gunakan duit untuk tutup mulut mak si heroin ni. 
akibat dia... makin menjadi jadi laaaa bengang si Dong Eun ni.. 
hingga dia pernah bersumpah untuk hancurkan hidup si tukang buli ni. 

dalam cerita ni.. dia tunjukkan how dia manipulasi untuk dapatkan data..
macam mana kerja keras dia untuk dapatkan segulung ijazah.. 
how dia plan taktik untuk laksanakan target dia.. 

but unfortunately.. citer ni macam tergantung..
ye la... 8 episod je weei..  
tengah seronok with the plot.. eh eh eh.. end sudah.. 
for me.. dia macam tergantung emosiii wei.. 
anyhow... katanya ada season 2.. tunggu je la ye. 



Resipi Bubur Lambuk

 

 

Bubur Lambuk 

BAHAN-BAHAN
  •  1 biji bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar) 
  • 200g udang kering (dikisar) 
  • Campuran rempah ratus: bunga lawang, kulit kayu manis, dan lada hitam 
  •  250g daging (dipotong dadu) 
  • 2 cawan beras 
  •  1 pek sup bunjut 
  •  1 helai daun pandan 
  •  1 sudu kecil halba 
  •  1 sudu kecil garam 
  •  ½ cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL 
  • Daun sup (dihiris) 
  • Bawang goreng 
  •  Air 
  • Garam
  •  Minyak 


CARA PENYEDIAAN 
  1. Panaskan minyak dan tumis udang kering, bawang merah, dan bawang putih yang dikisar. 
  2.  Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, dan lada hitam. Teruskan menumis.
  3.  Masukkan daging dan kacau sehingga menjadi perang. 
  4.  Masukkan air, diikuti dengan beras yang telah dibasuh. 
  5.  Sebagai penambah perisa, masukkan daun pandan, sup bunjut, halba, dan garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. 
  6.  Masukkan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dan kacau sehingga mendidih. 
  7. Hidang bersama daun sup dan bawang goreng.


Friday, January 13, 2023

[Review] Novel Cinta Infiniti

 

 
minggu lepas... Cik purple baru abis baca novel ni.. 
biasalah... sambil sambil nak tidur tu kan..
kita baca novel sambil amik mood.. 
untung nasib... masuk dalam mimpi..
hehehehe.. 
Cinta Infiniti 
and this is my review. 


Cinta Infiniti...
permulaan kisah.. dibuka dengan seorang pelajar yang baru nak internship..
dengan suasana keluarga yang rapat... 
tapi sedikit konservatif... 
JANGAN BERCINTA SELAGI BELUM GRADUATE 
tapi.. lepas graduate.. disuruh kawin.. 

dalam citer ni dipertemukan dengan  2 cinta sekali guss.. 
mula dengan usik mengusik.
tanpa sedar.. timbul rasa.. 
rasa sayang.. rasa rindu.. rasa ingin memiliki.. rasa ingin protect.. 
alaaa.. macam korang buat kat pasangan korang la..
cuma dalam citer ni.. ade 2 laki buat bende tu kat si heroin ni.
(untungggg heroin... ade 2 orang laki sayang) 

tapi.. kadang-kadang takdir berkata lain..
saat kita menyunjung kasih kita pada seseorang bagaikan minyak yang penuh.
kalau bukan takdir.. dia bukan juga akhir jodoh kita. 
(macam kisah aku dengan Mr Ted laaa pulak) 
tapi... kat sini dia menunjukkan sisi gelap bila kita terlalu obses dengan perasaan cinta 
hingga akhirnya bukan cinta jadinya..
possesif.. 

for me.. its a nice novel to read..
ade elemen cinta..
ada elemen persahabatan. 
kisah keluarga.. 
banyak juga laaa benda yang sedikit relate with my love life story.. 
tapii.. nasib i x obses dengan diaa.. 
oh... ending dia happy ending.. 



Nabi Harun Fasih Berbicara

 

 

Nabi Harun Yang Fasih Berbicara


Harun bin Imran bin Qahits bin Lewi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar. 

 Firman Allah bermaksud:
“Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.” 

 Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran:
“Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.” 




Thursday, January 12, 2023

Anahera Ready To Meet You



bismillahirrahmanirrahim 
after a few months waiting.. 
alhamdulillah.... now Anahera perfume is ready to meet you guys out there. 

doakan perjalanan bisnes i ni okey..
insyaallahh... kalau ini jalan dan sumber rezekinyaaa..
doakan .