Thursday, January 19, 2023

Best Thing Happen in 2022

 


dah masuk 2023..
tak salah kot kalau kita throwback sikit tentang 2022. 
and topic dia adalah


what is the top 3 best thing happen in 2022?

banyak sebenarnya event event yang berlaku sepanjang tahun 2022

tapi sebab kena pilih top 3... 

i think... dalam banyak banyak.. yang ni yang paling berkesan dalam diri Cik Purple. 


1. Misi Bantuan Banjir 

alhamdulillah... tahun 2022, Cik Purple berkesempatan untuk turun padang dalam misi kemanusiaan .  and kali nie kita pergi kat ceruk pendalaman sikit tuk beri bantuan. Team bawa Cik Purple ke bahagian Temerloh, Pahang. And kali ni, memang turun direct ke akar umbi.. jumpa langsung dengan orang ataupon mangsa mangsa yang terlibat secara langsung dengan musibah banjir lepas. 


2. Bebas Ubat Depresi . 

yang mana tahu.. tahun 2020 tu banyak benda sedih dan down yang Cik Purple kena lalui.. banyak pengajaran, banyak kesakitan yang Cik Purple tanggung. hingga Cik Purple dapatkan rawatan pakar untuk sakit.. and unfortunately been diagnosed for MDD (Major Depression DIsorder) and kena consume ubat depresi..  Efek yang Cik Purple dapat daripada consume ubat depresi tu kadang-kadang buat Ck Purple hilang kawalan pada diri... termenung, lemau, tak nak bersosial.. and alhamdulillah, tahun 2022 chenta dapat lepas daripada teruskan makan ubat depresi. i have a little bit control about myself.  

walaupon tahun 2022 tak adalah seindah mana sangat. but, i try to avoid telan ubat. ye la.. dah memang naturely diri ni benci ubat.. tak reti telan ubat pil.. jadi bila kena makan tu.. terasa macam teruk sangat dah rasa dia.. walaupon relapse balik sakit ni.. and kadang-kadang berada diluar kawalan.. i try my best tuk kawal sebaik mana yang boleh. 


3. With Friends 

alhamdulillah juga.. 2022 ni Cik Purple dapat luangkan masa buat macam-macam aktiviti dengan kawan-kawan. dari lepak sesaja.. bersukan.. trip makan makan... bercuti.. i have fun. syukur juga kawan-kawan ada dengan Cik Purple walaupon tahu diri ni tak sempurna. kadang-kadang drama drama cuplikan tu terbit... tapi.. alhamdulillah.. syukur mereka masih ada. 



No comments:

Post a Comment