Alamatnya Cinta
Kisah Ellie Farhana (Hannah Delisha) seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad (Hisyam Hamid). Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali.
Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie. Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara wartawan Natalia. Emma, pengurus Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya.
Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan itu, makin huru hara hidup Ellie. Namun Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat Faliq menyiasat perihal ayahnya dan dia mendapatkan semula hak milik rumahnya apabila tiba waktunya. Faliq turut mengenakan syarat yang dia perlu mengemas rumah dan memasak untuknya.
Selepas berkahwin, mereka pergi berbulan madu apabila terpedaya dengan rancangan Omar. Sejak itu mereka semakin rapat. Dalam sama yang sama, Jay pengarah filem cuba mendekati Ellie. Jasmine pula cuba mendapatkan semula Faliq.
No comments:
Post a Comment