Ladang Burung Unta
Bagi yang menuju ke Padang Besar, Perlis bersama keluarga & anak-anak untuk aktiviti membeli belah, apa kata singgah di sini sekejap untuk melihat burung unta dengan lebih dekat. Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Padang Besar yang berdekatan yang boleh anda lawati bersama anak-anak selepas penat membeli belah di Arked Niaga Padang Besar.
Ladang burung unta ini bukanlah terlalu besar seperti Desaru Ostrich Farm di Johor tetapi cukup memadai untuk membuatkan anak-anak ceria melihat haiwan eksotik ini.
Bayaran ke sini pun percuma & lokasinya mudah untuk diakses dengan kereta, jadi tiada apa nak rugi. Di sini hanya terdapat 3-4 ekor sahaja burung unta & juga beberapa ekor ayam api-api. Ladang yang luas hijau terbentang ini dengan beberapa ekor burung unta, memang sangat ideal untuk anda bergambar bersama keluarga untuk dijadikan sebagai salah satu memori manis percutian berkeluarga di Perlis.
Ladang Burung Unta Perlis, Padang Besar, Perlis
9.00 am – 6.00 pm
No comments:
Post a Comment