Hati Yang Dikhianati
Setelah pemergian ibu bapanya, Iskandar (Zamarul Hisham) mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria (Mona Allen) dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa (Isyariana) yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby (Arena Lieya) yang masih belajar.
Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas (Amar Baharin) yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang dengan kekasihnya,Tyra (Syamim Farid). Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri.
Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz (Mia Nasir) dan suaminya Imran (Shah Iskandar) yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Elyas ditempuh ranjau.
Konflik mula berlaku apabila Lisa mengetahui Elyas pernah mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya, Maria sebelum ini. Lisa semakin benci melihat Maria terus berpura-pura di depan Iskandar sedangkan wanita itu telah mengkhianati kepercayaan abangnya dan Lisa juga tidak dapat memaafkan perbuatan Elyas.
Elyas pula sudah insaf dan walaupun apapun yang berlaku dugaan yang dihadapi,dia tidak mahu berpisah dengan Lisa. Dalam masa yang sama, ibu Elyas iaitu Pn. Sarimah (Rosnah Johari) tidak bersetuju dengan pendirian Elyas selepas mengetahui apa yang berlaku antara anaknya dengan Maria dan Lisa. Puan Sarimah mahu Elyas kembali semula kepada Tyra yang merupakan bekas tunang Elyas. Maria juga mempunyai agenda sendiri untuk memastikan Elyas tidak bersatu semula dengan Lisa.
Hubungan Elyas dan Lisa yang terus diduga.
Kali ini dengan kehadiran Samir (Malek Mccrone) yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya (Siti Elizad Shariffudin) sebagai peguam dan anak kepada Delia (Mas Anizan) yang hanya membantu Elyas kerana wajahnya sama dengan arwah suaminya,Firdaus (Amar Baharin). Namun lama-kelamaan hatinya semakin bertaut cuba mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula mengubah perasaannya sehingga menimbulkan konflik apabila Lisa yang telah lama hilang di hutan muncul semula.
Kehadiran Azran (Iqram Dinzly) pula yang merupakan bekas banduan dan bekas kekasih Maria turut merumitkan lagi keadaan untuk membalas dendam kisah silam mereka terhadap Maria dan memasang hasrat untuk merampas legasi Solis sekaligus menjatuhkan keluarga Dato’ Ghafar (Sahronizam Noor).
Kebenaran tentang ayah kandung Is,Syaz,Lisa dan Baby yang selama ini disembunyi oleh Ngah Husin (Razak Ahmad) telah pun diketahui bahawa Dr Aman (Shah Rezza) ialah orang yang sama dengan Akmal Mansur selama ini masih hidup telah dilihat Iskandar sendiri sehingga dimasukkan ke hospital sakit jiwa.
Hubungan sulit Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar dan rahsia Maria sebenarnya keguguran yang kini berantakan bertambah menjadi lebih teruk sehingga Is hilang tuju arah namun ditemani oleh Bella (Afifah Nasir). Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam (Fendy Bakry) dan Husna (Husna Mustaffa). Baby yang sakit akibat diserang virus kini pun sedar.
Adakah keluarga Iskandar akan bahagia seperti dahulu atau selamanya berantakan? Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka setelah hati mereka saling dikhianati atau sebaliknya?
No comments:
Post a Comment