Saturday, February 25, 2023

Resipi Dorayaki

 

 

Dorayaki

Bahan-bahan 
  • 3 biji telur 
  • 1/4 cawan gula 
  • 2 sudu susu pekat manis 
  • 2 sudu minyak masak 
  • 1/2 cawan air 
  • 2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder @ 2 cawan tepung kek 
  • Esen vanila 
  • Inti peanut butter / coklat 

Cara buat dorayaki 
  1. Pukul telur dan gula sehingga gebu. 
  2. Tambahkan susu dan minyak. Pukul lagi. 
  3. Tambah esen vanila dan masukkan tepung berselang seli dengan air. Sesuaikan adunan supaya tidak pekat dan tidak cair. 
  4. Panaskan kuali, sendukkan bulat-bulat adunan dan masak sehingga perang. 
  5. Sapukan inti dan sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment