Senbei (Keropok Beras)
- 120 gm tepung beras
- 40 gm nasi putih
- ¼ sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak sayuran
- 4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
- Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga halus.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
- Uli adunan sehingga sebati.
- Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
- Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan.
- Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
- Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment