Saturday, November 19, 2022

Resipi Ayam Pad Kra Pao

 

 

Ayam Pad Kra Pao (Ayam Selasih Thai)

 Bahan-bahan : 
  • 2 keping dada ayam saiz besar dicincang halus 
  • 5-6 ulas bawang putih 
  • 7-8 biji cili api (kalau tak makan pedas boleh kurangkan) 
  • 1 biji cili merah 
  • Daun kemangi/basil dalam 20-30 helai 
  • 1 sudu makan sos tiram 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 2 sudu makan kicap pekat 
  • 1 sudu makan kicap masin
  •  ½ sudu teh serbuk ketumbar 
  • Gula dan garam secukup rasa

 Cara memasak : 
  1. Tumbuk halus bawang putih dan cili api. 
  2. Masukkan serbuk ketumbar. 
  3. Tumis hingga naik bau, masukkan ayam cincang, masuk air sedikit kalau nak berkuah boleh lebihkan air. 
  4. Masukkan segala sos dan kicap. 
  5. Masukkan cili api dan daun selasih. Masukkan gula dan garam secukup rasa . 
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas


No comments:

Post a Comment