Saturday, November 26, 2022

Resipi Nasi Komok Thai

 


Nasi Komok ( Khao Mok Kai)

 Bahan-bahan : 
  • 1 ekor ayam 
  • 3 sudu makan rempah Komok 
  • 4 cawan beras basmathi 
  • 6 cawan (cwn sama ukuran beras)+ 1 mangkuk air 
  •  Rempah penumis (1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 pelaga, 5 cengkih) 
  • 6 ulas bawang merah* | 2 ulas dimayang halus
  •  3 ulas bawang putih* | 1 ulas dimayang halus 
  • 1 1/2 inci halia | 1/2 inci dimayang halus 
  • 2 sudu makan minyak sapi 
  • 2 sudu teh marjerin
  •  2 sudu makan minyak masak 
  • 1/2 tin susu cair

 BAHAN UNTUK SOS 
  • 8-10 ulas cili padi 
  • 2-3 biji cili merah 
  • 5 tangkai daun ketumbar 
  • 2 sudu teh cuka
  •  garam dan gula secukup rasa 

 Cara memasak:- 
  1.  Potong ayam(selalunya potong 16) cuci dan toskan. Cuci juga beras basmathi, rendam selama 10 minit dan toskan. 
  2. Kisar bahan yang bertanda*. 
  3. Panaskan minyak sapi, marjerin dan minyak. Bila dah cair masukkan rempah penumis dan bahan yang telah dimayang halus,masak sehingga kekuningan.
  4.  Masukkan pula rempah komok yang telah dibancuh bersama sedikit air. Kacau rata dan masukkan air. 
  5. Apabila air menggelegak, masukkan ayam. (saya masukkan juga batang, akar serta sedikit daun ketumbar)
  6.  Apabila ayam telah hampir masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam (kali ini lumurkan juga dengan sedikit rempah komok)
  7.  Goreng ayam kekuningan tetapi jangan terlalu garing nanti ayam menjadi agak kering. 
  8.  Keluarkan semangkuk air rebusan ayam untuk sos.
  9. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan curahkan ke semua bahan dan air rebusan ayam tadi. 
  10.  Masukkan juga susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan nasi masak dan kering.
  11.  Kisar cili dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang diketepikan tadi. 
  12.  Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Reneh sehingga kuah agak pekat. 
  13.  Hidangkan Nasi Komok bersama daun salad, ketumbar dan timun.


No comments:

Post a Comment