Hello Luvmaniacs,
few days ago chenta dah review pasal satu drama yang sempat chenta re-run masa demam..
haaa.. ni kesinambungan aktiviti marathon drama tu yeee..
yeeee.... bukan satuu.. huhuhu.
SINOPSIS DRAMA TITIAN HASRAT
Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.
Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.
Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.
Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.
Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?
jujurnya bukan sekali ni je pernah tengok drama titian cinta ni..
rasa dah lebih 2-3 kali tengok citer ni..
kenkadang bila bosan.. tak boleh tidur.. dan terlalu kat timeline salah satu episod..
dan tetiba.. why not tengok semula..
pada mula tengok citer ni macam typical malay drama..
cinta orang kaya dengan orang miskin... kawan jeles.. kawan sailang..
tapi through out the plot.. ehh banyak betul plot twist dia ye.
bukan satu je plot twist dia.. banyak ~!!!!
typical drama cinta melayu lagi lagi adaptasi novel ni kan..
takkan senang la nak bahagia.. ade je pihak yang jeless..
mak mentua tak suka menantu la... ex gf tak senang hati tengok bekas dia bahagia laa..
tu semua buat geram.. lagi lagi watak lead antagonis dia.... geram betul aku..
rasa nak tarik tarik rambut dia..
but dalam drama ni.. sempat juga la aku menangiss...
terasaaaa okey hiba dia... fuhh.. zapppp dihiris..
and merasai juga la manisya Zul Ariffin tu...
ohhh dia kot.. siapa tak cair..???
what i can say about the drama..
drama ni sangat berat tentang hubungan suami isteri dan kekeluargaan..
if you nak merasai secara mendalam...
boleh tengok drama ni
No comments:
Post a Comment