Wednesday, December 21, 2022

Film: Senario Lagi (2000)

 

 

Senario Lagi 


Mengisahkan tentang Azlee yang baru saja dinaikkan pangkat telah membeli kereta terpakai "Wira Hijau" untuk membawa isteri, Zati (Syanie) dan Zali (Al-Fariz) untuk bercuti ke Cherating. Mazlan (Ejen Bank) sedang mencari kereta curi yang dibeli oleh Azlee dan mengekorinya hingga ke Cherating sekali. Azlee terserempak dengan Linda (Umie Aida) dan mereka berdua jatuh hati sesama sendiri dan membuatkan Zati cemburu. Mazlan mengajak Yassin tolong bawa kereta curi itu ke Kuala Lumpur tetapi dia menolak. Sedang asyik Azlee dan Zati bertengkar dalam kereta, mereka terlanggar Saiful yang membonceng motosikal. Wahid (pencuri kereta) telah mencuri kereta Azlee dan bawa lari ke Thailand. 

 Azlee telah ditelefon oleh polis bahawa pihak polis telah berjaya jumpa kereta yang telah dicuri di permeriksaan polis, Azlee dan keluarganya gembira dan terima kepada Mazlan. Wahid berhenti kereta dan mencampakkan beg dan memasukkan Yassin ke dalam bonet kereta. Mazlan memberikan nombor plat kereta kepada Azlee dan menjelaskan bahawa kereta yang bukan dimiliki oleh Azlee, tetapi kereta yang dimiliki oleh seorang yang ingin saman Azlee. 

 Semasa Wahid dalam perjalanan, tiba-tiba kereta yang telah disangkut oleh lumpur. Orang-orang India mahu menumpangkan kereta Wahid kerana kereta mereka rosak, lalu 2 orang India menolak kereta. Di dalam perjalanan itu, Azlee dan Mazlan ingin jatuh cinta kepada Linda lalu dalam perjalanan, tetapi Azlee terkejut lalu terlanggar reban ayam. Nasib baik mereka terselamat daripada kereta yang akan terjatuh. Linda memaksa mereka untuk menolong mencari kereta yang dicuri. 

 Semasa sampai di kenduri Orang India mengajak Wahid untuk makan tetapi dia menolak. Yassin menjerit dan meminta tolong lalu budak perempuan India membuka but kereta. Yassin telah dibawa kekasihnya yang dinama Kamala. Kamala ingin pergi ke kedai lalu Yassin membawa Kamala ke kereta. Sampai berhenti di kedai, Azlee, Linda, Mazlan dan keluarganya mengejak mereka.


No comments:

Post a Comment