Saturday, December 24, 2022

Resipi Keria Gula Melaka


Keria Gula Melaka

 

Bahan-bahan: 

Bahan-bahan untuk keria: 

  • 1 kilo keledek oren 
  • Air secukupnya
  •  1 sb garam 
  • 2 cawan tepung gandum 

Bahan-bahan untuk salutan gula: 

  • 1 cawan air 
  • 250g gula melaka 
  • 4 sb atau 1/2 cawan gula putih
  •  1 sb gula batu (pilihan) 
  • 1 sb minyak masak

Cara Penyediaan: 
Cara-cara untuk keria: 
  1. Kupas kulit keledek, korek buang kalau ada bintik-bintik hitam. Basuh bersih dan potong saiz sederhana sama besar (jangan terlalu besar takut lambat masak tapi jangan terlalu kecil takut terlajak lembut). Masukkan keledek dalam periuk dan tuang masuk air sampai keledek tenggelam. Masukkan garam dan rebus sampai empuk. 
  2. Bila keledek dah masak, keluarkan keledek dan tapis kering. Pindah masuk keledek dalam mangkuk dan masa panas-panas lagi, lenyek keledek sampai lumat halus. 
  3. Bila dah hancur lumat, biarkan keledek sejuk (kalau gaul panas-panas takut keledek lembik dan kena tambah banyak tepung nanti keria jadi tak sedap).
  4.  Gris loyang dengan minyak. Dan juga bancuh sedikit minyak dengan sedikit air (untuk gris tangan masa membentuk keria). 
  5. Bila keledek dah sejuk, masukkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh. Rehatkan doh anggaran masa 5-19 minit.
 Cara-cara untuk bentukkan keria: 
  1. Salut tangan dengan bancuhan minyak tadi. Bulatkan doh menjadi bentuk bebola (kalau tak boleh agak, boleh timbang 40g untuk 1 keria). 
  2. Celup jari (jari telunjuk) dalam air minyak dan tekan buat lubang ditengah, depan dan belakang. Bentukkan sampai habis. 
Cara-cara untuk goreng keria: 
  1. Panaskan minyak (api sederhana kuat) dan goreng keria. 
  2. Bila dah masak 3-4 minit, tolak (pisahkan keria dari kuali) dan alih-alihkan keria. Perlahankan sikit api dan goreng sampai keria masak dalam (keria akan terapung). 
  3. Bila keria hanpir perang kuatkan sikit api dan goreng sikit lagi sampai keria perang sekata. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak. 
Cara-cara untuk salutan gula: 
  1. Masukkan air, gula putih dan gula melaka. Kacau sampai gula cair. Boleh tambah gula batu, salutan gula nanti akan keras elok kalau tambah.
  2.  Masukkan minyak masak, supaya salutan gula lebih berkilat. Kacau sampai gula pekat. 
  3. Masukkan keria goreng perlahankan api. Kacau keria sampai bersalut gula sebati dan kering. 
  4. Cepat angkat dan leraikan keria bila gula dah hampir keras.


Tip: 

  • Untuk resepi keria kali ni  guna keledek oren, tapi selalu peniaga akan guna keledek putih. Boleh guna keledek oren tapi harganya lebih mahal. 
  • Selepas lenyek, biarkan keledek sejuk. Kalau gaul panas-panas takut keledek lembik dan kena tambah banyak tepung, nanti keria jadi tak sedap. 
  • Untuk senang bentuk keria dan doh tak melekat pada tangan, bancuh sedikit minyak dengan sedikit air dalam mangkuk kecil (tak perlu banyak). 
  • Sebelum angkat keria (masa goreng) kuatkan api dan kerap kacau, hasilnya kuih akan kurang serap minyak. Kena pandai main api untuk dapat keria yang rangup dan bulat elok.



No comments:

Post a Comment