Brownies Cookies
- 350 g dark chocolate
- 40 g (3 sudu besar) mentega
- 2 biji telur + 1 biji kuning telur
- 2/3 cawan (150 g) gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/4 cawan (35 g) tepung gandum
- ¼ sudu teh baking powder
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 180 °C.
- Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
- Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
- Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
- Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
- Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
- Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
- Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
- Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
- Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Tip:
- Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang 3 kali ganda supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar.
- Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.
No comments:
Post a Comment