baru je habis tengok kdrama ni..
fuhh.. makan minggu juga laaaa nak habiskan citer ni..
maklumlahh.. kita tengok bila tengah rehat ... or sambil sambil tunggu mata lelap..
or masa tengah break..
and this is my review..
Korean Drama Young Lady and Gentleman
untuk sinopsis... cik purple dah pernah up dulu...
so.. korang boleh baca balik KAT SINI
permulaan drama ni dibuka dengan elemen perpisahan..
seorang ibu/ isteri meninggalkan suami dan juga anak kandungnya yang masih bayi untuk mengejar cita citanya. ini kerana suaminya miskin, dan dia tak mahu hidup susah melarat..
disebabkan dia terpaksa membawa bayinya ke tempat kerja... si ayah beberapa kali dibuang kerja .
kerana mengganggu pekerjaan... apatah lagi jenis pekerjaan yang dilakukan adalah berbahaya..
mana tak nyeee... ko kerja construction.. ko bawak baby.. agak gila jugaaa ko ni kan??
titik terendah dalam hidup sang ayah apabila dia cuba nak daftarkan anaknya tidak berjaya... kerana hanya ibu yang boleh mendaftarkan anak dalam daftar keluarga mereka.. (menurut undang-undang negara mereka)
bende ni yang buat sang ayah serabut hingga bertindak untuk membunuh dirinya bersama dengan anak itu..
tapi nasib baik... dia ditegah oleh seseorang yang sudi untuk menjaga anak tu..
and aku expect laki ni (si ayah) akan kawin dengan pompuan ni
as expected... memang betul ponnn.. hehehh.. pandai kan aku
next plot.... for me agak penting jugaaaa..
kalau xde plot yang ni.. xjadi citer ni weii... haaaaa gitu penting dia.
part Heroin kenal si Hero..
kisah dia.. heroin (baby tadi) jumpa pertama kali dengan hero...
heroin ni merajuk sebab gaduh dengan abang tiri dia (anak pompuan yg tolong si ayah tadi) ... pastu dia kne marah dengan mak tiri dia... bila bapak dia datang nak meleraikan pergaduhan.. bapak dia macam backup abang dan mak tiri dia.. dia pon bengang laaa..
kalau aku pon aku bengang... aku anak ko kot !!! dia buat hal.. why nak backup dia ~!!..
so.. dia lari rumah..
haaa. ko pon.. kecik kecik dah pandai merajuk lari lari rumah ehh...
masa dia lari rumah.. dia ter-accident dengan hero ni..
haaaa time ni la jumpaaa..
dan bermulalah bermacam-macam plot ceritaaa...
opkoss ending dia ending yang happy... dia kawin dengan hero..
tu biasaaaa dalam drama korea.. lagi lagi dalam citer cinta..
drama ni selain memperlihatkan tentang cinta...
dia banyak juga tekankan elemen kasih sayang... keluarga..
conflict keluarga dalam citer ni tak sudah sudahh..
lepas satu.. satu jadi... penattt tengokkk..
baru nak bahagia sikit... jadi lagi bende ...
drama ni juga agak slowww at certain part...
opkosss.. aku pon ade fast forwardddd... hahaha..
and ade juga elemen elemen comelll..
this one u can see masa anak anak hero ni bergurau senda dan bermesra dengan heroin ..
ade part kelakarrr...
ade part sedih..
yang part sedih ni... aku sampai nangis weeii.
for me.. citer ni worth to watch ..
memang sarat dengan emosi.. pengajaran..
and few things yang kita boleh amik as pengajaran dalam kehidupan kita..
cuma.. dia dia agak slow.. and panjang..
ade 52 episod ye.. jenuh aku nak abiskan.
nasib baik worth it..
No comments:
Post a Comment