Saturday, December 3, 2022

Resipi Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom

 


Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom 

Bahan-bahan: 

Bahan-bahan perapan daging:

  •  1-1.5 kilo daging biri-biri 
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap pekat manis 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu kecil serbuk Allspice (boleh guna rosemary, thyme, Italian herbs) 
  • 1 ½ sudu besar serbuk lada hitam 
  • ½ sudu kecil garam 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2-3 sudu besar yoghurt 
  • 2 sudu besar minyak zaitun 
  • Sedikit gula 
  • Sedikit perahan jus lemon 


Bahan-bahan kentang putar: 

  • 3-4 ketul /600g kentang 
  • Susu penuh krim 
  • Secubit garam 
  • 2 sudu besar mentega 


Bahan-bahan untuk sos perang: 

  • 2 sudu besar mentega 
  • 1-2 sudu besar serbuk lada hitam
  •  ½ biji bawang holland 
  • 2 ulas bawang putih
  •  1 tin sup krim cendawan 
  • 1 tin air
  •  ½-1 sudu besar kicap pekat manis 


Bahan-bahan side dish: 

  • Brokoli 
  • Kubis bunga
  •  Karot 
  • Daun salad


Cara Penyediaan: 

Cara-cara untuk perapan daging: 

  1. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos tomato, serbuk allspice, lada hitam, garam, parutan bawang putih, yoghurt, minyak zaitun dan sedikit gula. 
  2. Tambah sedikit perahan jus lemon dan gaul sebati sos perapan. 
  3. Sapu sos dan salut sekata pada daging biri-biri, 
  4. Tutup dengan plastik dan perap daging semalaman atau sekurang-kurangnya 4-5 jam. 


Cara-cara untuk kentang putar: 

  1. Rebus kentang dengan air secukupnya dan sedikit garam sehingga masak lembut. Toskan air dan buang kulit kentang. 
  2. Masukkan mentega kedalam kentang dan lenyek sehingga hancur. 
  3. Tambah susu penuh krim sedikit demi sedikit dan sedikit garam. 
  4. Sambung lenyek sehingga lembut dan hancur halus.

 Cara-cara untuk sos perang: 

  1. Panaskan kuali, lalu tumiskan mentega dan bawang holland dadu. Tumis sehingga bawang lembut. 
  2. Masukkan bawang putih cincang, serbuk lada hitam, sup krim cendawan dan air rebusan. 
  3. Tambah kicap pekat manis dan sedikit lagi serbuk lada hitam. Gaul sehingga sos perang masak. 

Cara-cara untuk Lamb Chop Dan Sos Black Pepper Mushroom: 

  1. Celur hirisan lobak merah, kubis bunga dan brokoli dalam air rebusan kentang. Angkat dan masukkan dalam air sejuk.
  2.  Panaskan minyak zaitun dan panggang daging perap sehingga masak lembut. Setelah masak, hidangkan daging panggang bersama hiasan daun salad, sayur yang telah di celur, kentang putar serta sos perang.

Tip: 
  • Bahan penting yang membantu untuk proses melembutkan daging semasa perapan adalah yoghurt manakala bahan bagi mengelakkan daging tidak kering apabila dipanggang adalah minyak. Jika tiada minyak zaitun, boleh saja gunakan minyak masak yang lain. Pastikan tempat panggang betul-betul panas sebelum mula untuk memanggang daging.



No comments:

Post a Comment