Sunday, July 11, 2021

Am i Being Selfish?

  


Dear Merlion, 

Mendengar khabar gembira kamu membuatkan aku senang. Sumpah ~!! aku tumpang gembira.  Selama ini kamu sabar ada dengan aku, sabar dengan idea idea mereng aku yang kadang kala aku tahu kau seperti nak katok katokkan kepala aku sebab fikir sebegitu. be there for me everytime i need a friend to lie on. 

mendengar khabar gembira kamu, jujurnya aku senang. aku kan sahabat kamu yang sangat menyayangi kamu. bahagia kamu adalah bahagia ku. lagi pula aku yang memang mengetahui perit, sakit perjalanan kisah kamu. 

tapi, 
dalam aku menumpang gembira. aku juga ada rasa takut dan khuwatir. adakah kita boleh seperti ini lagi selepas ini? adakah hubungan kita akan tetap sama? atau mungkin akan berubah sealiran perubahan status kamu itu.? 

aku perempuan, aku juga faham hati seorang perempuan. boleh ke dia menerima kisah persahabatan kita yang mesra begini? tak cemburu ke dia? boleh ke perempuan terima andai wujud wanita lain dalam hidup bakal pasangannya? mampu ke beliau? 

am i being selfish? kerana kisah sedih yang melanda aku.. aku jadi takut pada kehilangan. aku jadi takut dengan rasa keseorangan. am i being selfish. 

Love, 
Chentaa Hatii 

No comments:

Post a Comment