Dear Teddy,
aku menulis untuk meluahkan rasa. rasa rindu yang teramat sangat kepada kau yang sebelum ini menjadi sebahagian makna besar dalam kehidupan aku.
5 tahun bersama. macam-macam yang kita lalui. pelbagai drama, cerita , kenangan dan memori yang kita reka berdua. ada cubaan, ada rintangan, ada ujian.. semuanya kita harungi bersama. saat aku marah, saat aku cemburu, saat kau cemburu, saat aku sakit, saat aku merajuk, saat kau menjadi mamat ketul ais batu.. bila diingat kembali, aku hanya mampu tersenyum. rindu.. sumpah aku rindu sangat.
Kau, anugerah yang paling istimewa yang aku ada. insan yang selalu ada disamping aku. insan yang selalu ada untuk dengar luahan aku. insan yang selalu ada untuk buat aku tenang. insan yang selalu ada untuk buat aku rasa selamat. insan yang bersusah payah memastikan aku tetap pergi check up.. aku pernah bagitahu kau, kau insan yang paling dalam makna dalam hidup aku. dan aku berterima kasih atas semuanya.
bila kita dalam keadaan begini, jujurnya aku sukar untuk melepaskan kau. aku jadi takut semula. aku rinduuuuu kau. aku masih perlukan kau. hanya doa pengirim rindu aku buat kau kerana kau adalah kenangan terdalam yang aku punya saat ini selepas kisah bersama daddy.
Love,
Chentaa Hatii
No comments:
Post a Comment