Dear Diary,
aku post disini diari sakit dada aku ini..
25/7/2021 (Ahad)
- pergi ke putrajaya sebagai siapan nak ke checkup di kk presint 18 (appointment dah dibuat)
- allergies dan juga sakit dada.. nak mohon for full medical check up
- sekitar jam 11 malam aku dah tido, akibat ubat selsema (untuk allergy) yang aku makan.
- sekitar jam 4 pagi aku terjaga sebab sakit dada... aku mintak teddy gosok & picit belakang & lengan dan sapukan balm bagi membantu aku kurangkan rasa sakit dada.
26/7/2021 (isnin)
- checkup klinik kesihatan precint 18. buat ecg, jab for allergies.
- balik ke rumah, makan dan rehat.
- sekitar jam 2/3 petang.. ketika terlelap tetiba tersedar akibat sakit dada dan bahu bagaikan orang yang hypothemia (bagaikan luruh segala energy) berlari minta tolong teddy gosok dan picitkan belakang. bila agak tenang, tidur semula
- petang itu sekali lagi rasa sakit dada... mintak teddy sekali lagi picitkan badan dan sapukan balm. kemudian tidur semula.
- maghrib (7 ++ pm) .. mungkin kerana tidur dalam posisi yang sama dalam masa yang lama. badan sepertikan lock. tiada energi nak gerakkan badan. hanya mulut yang boleh bercakap sedikit. untuk gerakkan badan, terasa pedih sendi saat ade yang bantu alihkan badan.
- malam, minta tolong urutkan badan dan sapu balm sebelum tidur.
27/7/2021 (selasa)
- alhamdulillah pagi ni tak rasa sakit sangat .. segar sedikit.
- petang sekitar jam 4 lebih sakit dada mula datang,,, rasa berat dada, sakit bila bernafas, sakit bahagian belakang, lenguh tangan
- urut badan yang tercapai dek tangan...
-selepas maghrib, sekali lagi sakit dada menyerang. minta teddy tolong gosokkan badan, picit tangan dan lengan.
- malam sekitar jam 11 malam, badan lenguh, minta disapukan balm.
28/7/2021 (rabu)
- pagi ni rasa seperti nak demam. sakit sendi agaknya,
- sekitar jam 11 pagi, sekali lagi sakit dada datang . masa ni tengah baring, mood santai. dan pilih untuk tidur.
29/7/2021 (khamis)
- sekitar jam 12.00 tengah hari tadi, sekali lagi dada berat, rasa berat bila tarik nafas
Love,
Chentaa Hatii
No comments:
Post a Comment