Sunday, July 18, 2021

Terkejut


Dear Diary, 

sumpah hari ni aku bagaikan kena panahan petir sekejap. bila mana aku yang sedang bercuti dari discord, masuk ke discord untuk lihat update update terbaru, untuk mengintai ngintai ruangan , melihat lihat suasana, akhirnya terkejut bila mana aku terbaca satu posting di "info penting". 

posting di "Info Penting" di hantar oleh Mya, mengatakan bahawa Abah menyerahkan server pada mya. jujurnya aku cuba untuk faham tapi makin datang marah aku. dalam hati terdetik, ehhh orang tua ni dah kenapa? gila ape tetiba buat keputusan drastik ni. 

curiousity kills the cat.. and it kilss me at the moment. aku mesej mya bertanyakan kenapa . dia hanya menjawab "abah ada masalah peribadi". aku tak puas hati, aku mesej abah.. bertanya kan beberapa perkara dan it leads to aku marah. dan ya! aku marah . mengenali personality aku sendiri, aku xmampu menahan rasa. kalau aku rasa aku perlu luahkan, aku cakap. dan ye.. aku luahkan marah aku pada abah. 

sebab yang kecil, yang mungkin diselesaikan tapi atas tiket "overthinking" semudah itu dia buat keputusan. aku xtahu ape yang merasuk kepala dia. jin ifrit barangkali. tapi bila mengingatkan itu, sumpah aku jadi geram. nasib baik dia jauh. kalau tak aku ketuk ketukan jari kaki dia dengan hammer. geram ~! 

akibat rasa mara yang tak habis terluahkan, sakit dada aku datang. haihh.. ape la nasib. 

Love, 
Chentaa Hatii 

No comments:

Post a Comment