Thursday, July 15, 2021

Buat Sahabat

 


Dear Sahabat Yang Dicintai, 

aku memilih untuk menulis kerana aku tahu kadang-kadang apabila berbicara, maksudku mungkin tidak terungkap secara mendalam. mungkin juga aku akan nanti terbawa emosi. hehe.. faham sajalah, aku pemalu orangnya. 

kegagalan cinta yang dahulu memberi kesan sakit yang sangat mendalam dalam diri. jatuh aku bagaikan tersedut pasir jerlus dan sedang aku cuba untuk membina kehidupan, bangkit dari kesakitan itu, aku berjumpa dengan kalian. ya, mungkin pertemuan yang tak disengajakan tapi aku percaya Allah datangkan aku insan-insan yang mungkin memberi makna pada hidup aku saat aku mengharapkan dan memerlukan seseorang ketika ini. terima kasih sahabat. 

  • Aisy, my lovely sister yang ada untuk aku buli temankan aku kesana kesini demikian halnya rumah ko satu kawasan(daerah) dengan aku. 
  • kecik, si manja yang selalu menjadi pendengar cerita saat aku bengang dengan 'sayang' dan 'shuben' aku. 
  • Faiz, my sayang... yang selalu sabar dengan kerenah anak-anak aku, yang selalu mendengar rintihan hati aku, yang selalu mendengar cerita2 bosan aku, yang selalu ada untuk aku
  • Farhan, si shuben... yang xpernah tahu erti penat nak membebel pada aku, my best mak jemah geng. 
  • Nazmi, si 'abang' yang penuh dengan manifestasi. 
  • Faezy, my sweet counselor yang ada saat aku memerlukan pandangan ilmiah. 

mengenali korang membuatkan kadang-kadang lupa akan luka dan sakit aku. koranglah penguat semangat aku. koranglah harapan kecil aku. 

benar, aku hidup dengan sokongan dan dorongan manusia disekeliling aku. masih merengkak membina kekuatan sebenarnya aku sekarang ini. tapi lately, bila korang sorang-sorang kecundang dengan permainan emosi , sedikit sebanyak aku juga tumbang. macam aku katakan tadi, aku berpegang pada korang.. jika runtuh support system aku, aku juga ikut tenggelam. 

maafkan aku andai aku melukai korang dengan tulisan aku. bukan niat nak menyakiti tapi hanya ingin korang mengerti bahaya besar ertinya korang pada aku.mungkin dalam korang tak sedar, korang hero aku, penguat semangat aku. 

aku minta maaf kerana aku mungkin satu bebanan untuk korang.  aku akan cuba untuk belajar hidup mencari kekuatan diri, mencari maksud diri ini. terima kasih atas memori indah, terima kasih atas kasih sayang korang buat aku. semoga lebih banyak lagi memori yang boleh kita cipta bersama di masa akan datang.  aku sayang korang sangat sangat. 

Love, 
Chentaa Hatii 

No comments:

Post a Comment