Friday, September 17, 2021

My 101 Dreams

Dreams...

kena tulis. then direalisasikan.. 

and kali nie Cik Purple nak share about my Dreams.

semoga Allah permudahkan. 




so, today Cik Purple nak share task cik purple sempena tahun baru nie.. 

101 Dreams of Cik Purple

** i think its gonna be a bit long.. just bear with it..

so lets get started..!!


        Untuk Diri Sendiri

  1. mencapai target berat badan 50 kg pada tahun 2021 dan maintain berat badan tersebut 
  2. misi badan kerengga, badan yang sihat dan fit. 
  3. istiqamah dalam melakukan senaman. 
  4. istiqamah dalam menabung dan membuat simpanan. 
  5. dapat melakukan solat 5 waktu dengan sempurna. diikuti dengan solat-solat sunat. 
  6. selalu membasahkan lidah dengan zikir, selawat dan ayat-ayat suci al-quran secara lisan atau pon di dalam hati. 
  7. dapat khatam al-quran setiap tahun
  8. menjadi muslim yang baik dan solehah
  9. menjadi seseorang yang menghormati masa, bermotivasi tinggi, komited dengan tugasan, berwawasan tinggi, tidak malas dan tidak suka bertangguh. 
  10. menjadi seorang yang optimis dan lebih bijak dalam pengurusan masa. 
  11. have more time to appreciate myself as human and women - self reflection, self-treatment, self rewarding. 
  12. menjadi seorang yang lebih positif, lebih baik, tidak kuat overthinking dan dijauhi dengan masalah stress, anxious dan lain-lain mental health. 
  13. mempunyai kesihatan yang baik sepanjang hidup dan dijauhi oleh penyakit berbahaya. 
  14. start buat investment for medical - insurance, hibah, clinical & dentistry
  15. actively blogging and youtube-ing (youtuber) untuk menyampaikan maklumat berguna buat masyarakat 
  16. diberi kesempatan masa dan peluang untuk memdapatkan tunjuk ajar dari sifu dan guru yang hebat dan berjaya serta mempunyai masa untuk mendalami ilmu duniawi dan akhirat
  17. mempunyai ramai sahabat dan kawan-kawan yang berkualiti dan sentiasa ditermani dengan orang-orang yang kita sayang dan disayangi mereka. 
  18. mempunyai sahabat yang baik, mempunyai niat yang baik dalam bersahabat dengan kami. yang menyokong usaha dan mendoakan kejayaan kami, yang menegur salah dan silap yang kami  lakukan dan mereka yang ikhlas berkawan seperti saudara sendiri.
  19. mampu menjadi sahabat yang baik, selalu ada ketika diperlukan, yang selalu dirindui oleh sahabat. 
  20. diberi pengakhiran hidup dengan kematian yang khusnul khotimah tanpa sebarang aib terbuka, dengan keadaan yang baik. 

    Perkahwinan 

  21. berkahwin dengan Mr Ted pada tahun 2021 dalam majlis yang meriah dan penuh bahagia dan tawa (doakan guys ~!!) 
  22. henna nights bertemakan arabian night/ gadis desa bersama dengan kawan-kawan yang rapat serta saudara mara 
  23. bernikah di dalam dewan bersaksikan keluarga terdekat kedua belah pihak. 
  24. bersanding pula diraikan oleh keluarga, sahabat andai, rakan-rakan di sebuah dewan yang berhawa dingin dan dihiasi hiasan yang indah 
  25. ketika majlis berlangsung, saya ditemani oleh teman-teman dan sahabat yang rapat sepanjang majlis dan mereka membantu dalam pelancaran majlis sebelum dan ketika majlis berlangsung. 
  26. honeymoon di Bali Indonesia, Maldives, dan Turkey
  27. mempunyai suami yang baik, sabar, memahami, menyokong, yang setia, menyayangi dan mencintai saya sebagai wanita, isteri, sahabat, dan kekasih 
  28. dapat menjadi sahabat, teman, isteri yang terbaik buat suami serta ibu yang baik buat anak-anak
  29. suami dapat menyediakan keperluan asas bagi kami seperti rumah untuk kami berteduh, kenderaan untuk bergerak, keperluan makan dan pakai secukupnya. 
  30. tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan akan pulang dengan senyuman (without complaint)  dan mendoakan perkahwinan yang kami jalani nanti diberkati dan dirahmati oleh Allah. 
  31. have a good bonding time with husband walaupon dah berkahwin. keep romantic and sweet walaupon dah beranak cucu. 
  32. mampu mencipta keluarga yang harmonis, bahagia dan gembira bersama suami, anak-anak, keluarga dan juga keluarga suami
  33. suami sayang dan cintakan saya seorang dan tak berniat untuk poligami atau curang. (amin .. amin.. amin) 
  34. menjadi makmum dalam setiap solat yang dilakukan oleh suami ketika berada dirumah. jika beliau ke surau atau masjid, cuba menjadi ikutan beliau ke masjid atau surau. 

    Perancangan Masa Hadapan 

  35. mendapat income 3 angka sebulan pada tahun 2021 dan mendapat income sebanyak 5-6 angka pada tahun 2022. (amin amin amin) 
  36. dapat membeli rumah idaman (rumah banglo 3-4 tingkat di kawasan Putrajaya / Cyberjaya) 
  37. dapat membeli kereta idaman untuk saya, suami dan keluarga. (toyota camry, ranger rovers, mercedes benz, toyota vellfire, bmw, mustang, etc)
  38. mempunyai beberapa buah rumah dan tanah atas nama sendiri 
  39. mempunyai simpanan yang cukup sehingga saya mencapai tahap "financial stability/freedom" dan bebas hutang (at the moment ada hutang belajar - PTPTN (RM 17,000)  & MARA ( RM 30,000) ) 
  40. berkesempatan untuk menunaikan haji bersama suami tersayang pada tahun 2024 . ( need to tabung RM 30,000 for this) 
  41. mempunyai rumah inap di Melaka (kampung) dan juga kampung suami, jika berlaku majlis keramaian serta jika pulang ke kampung tidak perlu menginap di hotel atau menyusahkan keluarga.
  42. mempunyai simpanan emas, simpanan kewangan yang mencukupi
  43. mempunyai pelbagai pelaburan yang berjaya dan memberikan hasil lumayan. 
  44. mempunyai resort milikan saya sendiri yang sesuai jika hendak dijadikan tempat riadah, tempat berkumpul dengan keluarga, kawasan untuk majlis keramaian, kawasan untuk majlis perkahwinan dan lain-lain. 
  45. mempunyai dewan diatas milikan saya untuk digunakan sebagai pusat mencari ilmu, melakaukan majlis keramaian dan lain lain.
  46. dapat memberikan anak-anak sebuah rumah dan sebiji kereta bagi setiap seorang. 
  47. mempunyai koleksi barang kemas yang cnatik hadiah daripada suami. 
  48. mempunyai beberapa buah kebun dan dusun buah-buahan - boleh dijadikan sumber pendapatan dan juga sumber tarikan tempat kami berkumpul jika tiba musim buah-buahan. 

    Untuk Keluarga 

  49. dapat memberi keselesaan hidup kepada mommy
  50. dapat memberi kehidupan yang selesa & bahagia buat anak-anak. 
  51. dapat membantu suami dalam urusan hal rumahtangga & keluarga kami semampunya. 
  52. mempunyai anak-anak yang baik, yang soleh dan solehah serta mampu mebesarkan mereka dengan penuh kasih sayang, dan menjadikan mereka orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. 
  53. adik-beradik dapat hidup dengan selesa dan berjaya dengan kehidupan masing-masing
  54. mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan keluarga serta keluarga suami (mertua) serta disayangi oleh mak dan ayah mertua. 
  55. dapat melahirkan zuriat buat suami tercinta dengan mudah serta mendapat layanan yang baik daripada staf, nurse dan doktor selama proses lahiran tersebut. 
  56. anak- anak yang dilahirkan cukup sifat, sihat dan dijauhkan dari sebarang komplikasi kesihatan yang memudaratkan. 
  57. have more mother-daughter, sisters , mother in law-daughter in law bonding time
  58. dapat membantu ahli keluarga yang di dalam kesempitan dan kesusahan. 
  59. menjaga dan merawat rumah pusaka - rumah rumah milikan dari arwah daddy dan mommy

    Leisure

  60. dapat pergi umrah bersama dengan suami, anak-anak, mommy, mak dan bapa mertua. dan diberi peluang untuk menunaikan solat fardhu di raudatul sakinah tanpa sebarang gangguan, serta menunaikan solat sunat di hajr ismail. 
  61. dapat naik cruise bersama suami dan keluarga 
  62. dapat melancong di dalam dan diluar negara bersama dengan suami dan keluarga pada setiap tahun serta menjadi host family day buat keluarga saya dan keluarga suami
  63. dapat melawat dan mengelilingi dunia bersama suami. 
  64. dapat berjalan (melancong) ke Balkan, Istanbul, Abu Dhabi, London, Rome, Paris, New Zealand, Australia
  65. mempunyai travel buddy yang baik, serasi ketika pergi bercuti. 
  66. merasai kenikmatan bercuti di dalam caravan bersama suami - target New Zealand & Australia.
  67. diberi keizinan oleh Allah untuk melakukan umrah pada setiap tahun dan mengerjakan haji setiap 5 atau 10 tahun bersama dengan suami.  
  68. have my own work station - for my art & craft, my baking stuff etc
  69. mempunyai beberapa buah rumah inap di beberapa bandar yang selalu dikunjungi oleh kami sekeluarga dan boleh dijadikan sumber pendapatan (sewaan) atau tempat rehat kami sekeluarga. 

    Perniagaan 

  70. mempunyai perniagaan yang berjaya dan  berkembang maju  dengan cemerlang
  71.  mempunyai wisma perniagaan saya sendiri dan mempunyai office saya sendiri di sana
  72. mempunyai legacy saya yang tersendiri yang boleh saya wariskan kepada waris sah saya - suami, anak-anak dan keturunan saya. 
  73. mempunyai ramai rakan niaga yang berkuali dan bermatlamat tinggi, serta stokis dan agen yang dahagakan kebahagiaan dan kestabilan kewangan 
  74. mempunyai perniagaan yang berkembang hingga ke antarabangsa dan terkenal di mata dunia. 
  75. mempunyai mentor dan guru yang baik dan membantu membentuk saya menjadi seorang yang berjaya 
  76. menjadi idola dan ikutan yang baik kepada golongan remaja, wanita dan usahawan yang berjaya.
  77. mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan juga luar negara.
  78. mempunyai beberapa bentuk perniagaan yang kesemuanya berjaya dengan cemerlang. 
  79. mempunyai beberapa buah kenderaan yang dibeli diatas nama perniagaan yang diasaskan oleh saya. 
  80. mempunyai staff yang baik, cekap dan efisyen, serta yang bermotivasi tinggi, ikhlas bekerja, jujur dan amanah dalam melankukan tugasan harian mereka ketika bekerja . 
  81. mampu menjadi majikan, mentor, dan guru terbaik buat staff, stokis dan ejen dibawah tumpuk pimpinan saya. 

    Untuk Masyarakat (Saham Akhirat)

  82. mempunyai yayasan yang diterajui oleh saya dan suami. 
  83. dapat membina masjid atas nama yayasan yang dikelolakan oleh saya dan suami 
  84. dapat membantu gologan-golongan yang susah, berpenyakit, gelandangan, anak-anak yatim dibawah yayasan yang dikelolakan oleh saya dan suami. 
  85. dapat memberi bantuan kepada golongan pelajar yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran mereka. 
  86. mampu memberi sedekah secara istiqamah. dengan niat yang baik
  87. mempunyai beberapa buah bangunan yang separuh hartanya (warisannya) diwaqafkan kejalan Allah dan islam. 

    Rumah Idaman 

  88. rumah yang dekat dengan kemudahan- keretapi (lrt/mrt), pos bas, pos teksi dan easy access ke luar dan masuk dan easy access ke lebuhraya 
  89. rumah yang mempunyai pengawasan sekuriti yang baik dan terhindar dari malapetaka  - kes curi, samun, banjir , tanah runtuh dan lain lain 
  90. mempunyai master bedroom yang super luas - ada walk-in wardrove yang cukup for me and suami, ada bilik air yang besar serta dilengkapi dengan bath tub
  91. mempunyai bilik yang cukup bagi setiap anak anak  with their own en-suite bathroom 
  92. mempunyai living hall yang super luas dan selesa jika kaum keluarga datang bertamu 
  93. dapur yang luas dan bersih - ada wet & dry kitchen include with ruang untuk baking and cooking. dan kalau buat makan-makan , boleh lepak santai di dapur dengan selesa bersama dengan ahli keluarga yang lain. 
  94. ada ruangan untuk study & kerja yang selesa buat kami serta boleh digunakan sebagai family hall & ruang rehat dan boleh berkaraoke. 
  95. ruang solat berjemaah untuk satu keluarga serta boleh digunakan untuk kelas pengajian al-quran.
  96. dining hall yang luas dan selesa dengan kerusi yang empuk serta dilengkapi dengan set pinggan mangkuk yang cantik. 
  97. ada ruangan patio yang luas serta ruang untuk taman mini bagi menanam beberapa jenis tumbuhan segar. 
  98. ada ruangan kolam renang yang selesa buat kami sekeluarga beriadah
  99. 2 - 3 bilik tetamu yang selesa
  100. parking  porch yang boleh memuatkan 4 -6 buah kereta. 
  101. jiran jiran yang baik dan saling menghormati antara satu dengan lain


No comments:

Post a Comment