Thursday, September 16, 2021

Tips Redakan Rasa Sakit Gigi

Hey Whatsupp Guyss 

so.. hari nie cik purple nak kongsi sikit tips yang cik purple dapat dari carian cik purple

ye laaaa.. tengah sakit gigi... so, kita cari solution yang boleh kita buat untuk redakan sakit gigi tu ye. 

Tips Redakan Sakit Gigi 

1. Minyak Bunga Cengkih 

Minyak bunga cengkih berfungsi untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan bengkak. Minyak ini berkesan kerana ia mengandungi eugenol, sejenis anestetik semula jadi. Ia berfungsi sebagai pelega sakit sementara. Titiskan sedikit minyak bunga cengkih pada kapas, kemudian sapu kapas tersebut pada gigi dan gusi yang terlibat. Minyak bunga cengkih mungkin dapat melegakan rasa sakit, tetapi ia mempunyai rasa yang tidak menyelerakan. 


2. Kumuran Air Garam 

Cuba bilas mulut anda dengan air garam yang suam jika anda mengalami sakit gigi dan gusi bengkak. Tambahkan dua sudu kecil garam ke dalam secawan air suam. Setelah berkumur campuran tersebut dalam mulut anda, ludahkan keluar. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of the Indian Society of Pedodontics and Preventive Dentistry menyimpulkan bahawa kumuran air garam boleh membantu mengawal pengumpulan plak pada gigi dan mencegah penyakit gigi. 


 3. Kumuran Hidrogen Peroksida 

Seperti air garam, kumuran hidrogen peroksida boleh melegakan rasa sakit dan bengkak dalam mulut. Ia juga boleh membunuh bakteria, mengurangkan plak dan memulihkan gusi berdarah. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of International Society of Preventive & Community Dentistry menunjukkan penggunaan hidrogen peroksida sebagai ubat kumur boleh mengurangkan gingivitis. Sebelum anda berkumur, pastikan anda menyediakan campuran kumuran dengan betul. Campurkan 3% hidrogen peroksida dengan jumlah air yang sama. Kibas campuran itu dalam mulut anda, tetapi jangan ditelan.


 4. Minyak Pudina 

Minyak pudina telah digunakan sejak dahulu lagi untuk merawat sakit gigi, menurut Arabian Journal of Chemistry. Minyak pati ini mempunyai fungi antibakteria dapat mengurangkan kesakitan gigi, dan menjadipilihan popular bagi mereka yang ingin melegakan sakit gigi sementara menunggu untuk mendapatkan rawatan gigi. Gunakan kapas untuk menyapu beberapa titis minyak pada kawasan yang terlibat. Ingat bahawa rawatan sakit gigi yang boleh dilakukan di rumah hanya memberikan kelegaan sementara. Sentiasa dapatkan nasihat doktor gigi anda jika anda mengalami sakit gigi. Mereka boleh menjalankan pemeriksaan gigi yang teliti dan mengenal pasti punca masalah dan menyediakan penyelesaian.

 

dah cuba buat tips ni.. jangan lupa pergi check doktor jugak..
mana tahu kot kot perlukan rawatan susulan ke...
good luck.. selamat mencuba 

Sumber : colgate

No comments:

Post a Comment